Meatball Pasta : Great Menu for kids

Semalam masak pasta for dinner. Actually bebudak ni request nak pasta. FYI, dorang ni susah sangat nak makan nasi. kalau makan nasi pun mesti ada sup je. Kalau Afriena lagi best, nasi sahaja.Kesian tengok dorang,kalau masak nasi mesti makan sikit. So semalam I buatlah Meatball pasta.

Resepi kat bawah

INGREDIENTS

Untuk meat ball

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – 1 di parut, 1 lagi dihiris
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • 3 sudu oat
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng – Shallow fry dengan minyak canola

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • buat bebola kecil
  • pastu goreng separuh masak .

Untuk Sos

  • 1 batang celery- dihiris
  • 1 tin sos pasta prego -original punya
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji besar tomato di dadu
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak sesudu minyak
  • tumis bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang kuning, lobak merah dan celery
  • masak hingga layu
  • masukkan tomato puri dan tomato yang didadu
  • tambah sedikit air
  • perasakan dengan herba, lada hitam dan garam
  • masak hingga tomato yang didadu tu macam dah lembik
  • masukkan bebola daging  dan air daging (kalau masak separuh masak ada air daging, jangan di buang)
  • kacau rata, tambah sedikit gula untuk menstabilkan rasa masam tomato
  • Bila bebola daging dah masak bolehlah hidang dengan pasta.

Ashraff dan Afriena suka sangat sampai makan bertambah-tambah. Semua sayur di atas kalau tak nak parut pun takpe, boleh di dadu. Tujuan sayur diparut adalah untuk menyenangkan bebudak tuh makan sayur.

3 thoughts on “Meatball Pasta : Great Menu for kids

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.