Hohoho balik kampung

Apa lagi yang best selain balik kampung ???? Esp Ashraff and Afriena…seronok bukan main…dok tanya balik pukul berapa,  pukul berapa mama datang amik kat sekolah…. Kiterang balik petang rabu lepas budak habis sekolah… Jalan biasa je, Nak kata tak jem, jem jugak, KL kalau tak jem memang misteri…sangat misteri.  Sampai kampung pun pukul 10.30, tu pun sempat singgah beli satay , Mahal nya satay kat kelantan sekarang…tarafp KL dah harga dia. huhhhh taknak beli dah…err tapi sedap cuma kuah terlebih manis derrr…

Sampai  rumah baru nak duduk kejap, paksu datang…dia kata jom jom pi hospital, ayoh dah letoh (nazak)… Makan sate 2 cucuk pastu amik lagi 5 cucuk makan dalam kereta. TErus masuk kereta. Kheirul tak ikut sbb bebudak takleh ikut so, naik kereta my sis, abah yang drive. 20 min sampai spital machang…first time sejak dah tak sekolah, ni lah first time pi spital macahang..wow banyak yang berubah. dah ala ala spital swasta taraf dia. nurse pun baik. staff situ pun peramah. Doktor hensem… bukan I cakap my sis cakap ..adehh sempat lagi kan????

My atuk nampak macam sangat nazak… Kanser dia dah sampai ke paru-paru… 5 jam jugak lah dia tak sedar melawan semua ketidakselesaan macam tak leh nafas… semua gilir-gilir baca ayat suci alquran… pukul 2.30nampak dia dah penat, terus dia tidur. Kiterang tunggu sampai pukul 3.30pagi, lepas tengok dia dah tenang tidur, we devided to go home first sbb penat sangat… Masa nak balik cakap ngan dia masa tgh tido nak balik dulu, mmm dia dengar apa kita cakap, bukak mata kejap tidur balik.

Balik rumah tidur 2 jam, pastu bangun mandi siap pi spital balik sbb maksu kata dah sedar. {i melawat dia  dgn bebudak. Dah boleh bercakap dah… dia kata jangan lama-lama kat sini sbb bukan masa melawat nanti pak guard marah…tapi tangan dok pegang tak kasi kiterang pi. Pastu dia suruh buatkan horlicks, my mak suapkan dia minum, Pastu kiterang balik lah dulu… ehhh bukan balik pi cari fridge kat macahng and tanah merah, pastu pi Rantau Panjang makan mee celup.Sedappp betul makan…Lepas beli sikit-sikit terus lah balik sebab cuaca panas sangat . Lepak dok rumah lagi best. Dok rumah tolong-tolonh kemas rumah sebab yang lepas banjir hari tu belum habis kemas, tolong tengok barang hantaran tunang my bro..sbb on friday tu dia tunang.

tunang

sarung cincin…. tak lama lagi kawen lah ni 

Then Sabtu tu kiterang dah tolak balik sini sbb bebudak nak exam. Bawak balik buku…satu hapa pun tak baca. Dok main PS2… kejar kucing , pi sungai, mancing… banyak betul aktiviti dorang. Tu pun merajuk semua tak nak balik KL nak duduk kampung. Nampaknya cuti sekolah kena letak dorang kat kampung kot hahaha… pening kepala nenek and atuk dorang… Yang Rayyan suka dera kucing suka mandi air kolah.. pastu diam-diam dia terjun dalam kolah… hishhh dia kata swimming… mau tak stress nenek nanti.

Oh  ya.. my atuk nampak beransur sihat… dah kuar spital dah…ada kat rumah… semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk dia.

gambar-bambar yang cantik masa dalam perjalanan masa nak senja

image image image image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.