Jumaat lepas, makin lama makin buntu nak masak lauk apa. Tengok dalam fridge ada ikan, ayam, paru and sotong. Ok sotong …kita boleh buat sotong goreng tepung. Ayam plak… Memula nak masak kicap je tapi ala boring nya asal ayam masak kicap, kari kurma… so rwefikir nak buat asam pedas ayam. Respi dia senang je… resepi asam pedas inkan… tapi ganti dengan ayam.
Bahan-bahan
- 4 ketul ayam potong kecil
- 2 senduk cili kisar
- bawang merah 8 biji/bawang besar 1 biji – kisar
- bawang putih 2 ulas -kisar
- belacan sebesar ibu jari – kisar
- serbuk kunyit satu sudu
- lengkuas 2 inci – ketuk
- halia 1 inci
- serai 2 batang – ketuk
- air asam jawa – semangkuk kecil
- sedikit minyak untuk menumis
- segenggam daun kesum
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai dan lengkuas
- kacau hingga garing dan masukkan serbuk kunyit
- bila tumisan nampak garing, nasukkan air asam jawa
- kacau seketika, tunggu hingga mendidih
- Bila mendidih masukkan, ayam.
- Bilaayam garam dan gula dan daun kesum
Note: I masak ayam tu lama jugak. Dalam 45 minit sbb nak suruh ayam tu resap rasa asam pedas.