Assalamualaikum…selamat hari raya semua
raya tahun ni, kiterang tak balik kampung. Kiterang tukar trend raya. instead of balik kampung, kiterang buat travel raya. Tempat yang dipilih ialah Melaka. Sebab Melaka dipilih ialah, my brother duduk Melaka and Melaka kira menarik lah..boleh lah my family beraya rumah besan kat Melka, lagipun my SIL baru balik dari Riyadh sebab kerja kat sana, jadi taklah dia travel sana sini untuk raya kan?
Raya hari Isnin, tapi hari sabtu dah check in kat Melaka. kiterangs ewa homestay kat sana…Homestay dia satu taman dengan rumah my brother. Senanglah… Nanti nak periuk nak lesung ke apa ke hello je. Memang masak bagailah kat homestay tu. Masak untuk berbuka, masak untuk raya. Hari Sabtu pagi pukul 10 dah bertolak ke Melaka. Jalan memang best lah. Sejam setengah dah sampai. Sampai je lepak besembang bercerita pasal baju raya..sekali…TIDAK!!!!!! Baju raya tertinggal kat rumah. Hahahaha boleh tertinggal baju raya. Benda paling penting tuh.Nasib baik Melaka je kan. So terpaksa Kheirul n my abah balik KL amik baju, while kiterang sambung sembang n kids sambung main PS2. Lepas tu kiterang keluar pi family store beli barang dapur untuk 4 hari. Petang tu balik, kemas dapur, potong bawang potong cili, mesin itu ini untuk 4 hari punya. Senang lah sebab nak masak je..amik dalam fridge nantikan. Sambil sambil tu pekik sana sini sebab anak anak sedara dok bergaduh lari sana lari sini.
petang untuk berbuka, kiterang masak, asam pedas ikan jenahak, ayam masak kicap, sayur kacang panjang goreng, ulam ulaman, sambal tempoyak dan petai. Bayangkan lauk atas meja…buat mcm buffet lah..sebAb adik beradik ramai, campur menantu and cucu.lepas tu my brother tambah dengan rojak plak… Memang lengkap lah. Habis makan, ada yang ke masjid ada yang main bunga api kat depan rumah. Terpekik pekik main bunga bebudak ni.
Dah habis main kat luar main dalam rumah plak… Pastu gaduh gaduh,astu berlari sana sini.. Pukul 1 lenih jugak kiterang tido. Yang bestnya yang girls tido satu bilik, boys tido luar, my parents satu bilik and lagi satu bilik utk another family since my SIL menyusu badan and with newborn kita kasi dia satu bilik lah…bersembang jer… Yang boys kat luar siap menjamu selera dengN capati kat luar. Tak larat lah makan…cuma sedar sedar my mom dah bangun sahur goreng mihun. Rayyan pun bangun nak makan sahur jugak. Lepas tu dia tido balik then bangun pukul 10 lebih. Dia lah yang paling lambat bangun.
Esoknya…bangun pagi menyibukkan diri buat ketupat plak. Buat ketupT pulut. yang tu serah kat my parentlah. Selalu my abah lah yang sibuk kat dapur menolong mak … Pastu bungkus tu siblings yang buat. I plak keluar pergi Mydin teman Kheirul potong rambut, lepas tu cari sotong barng sekilo dua sbb nak masak, sotong goreng tepung untuk berbuka. Sambil sambil tu jamu mata dengan baju raya murah murah kat situ. Benci tau..
balik rumah my turn plak masak. Menu hari tu ialah.. Sup tulang hasil tangan parents and sisters,the. I masak siakap sweet sour, sotong goreng tepung n sayur by my sis. Sayur kacang panjang dgn kepala sotong. Oh ye semalam sayur peria dgn telur ..chinese style..
biasalah..makan mesti bising. Habis makan kemas..lepak sembang samapi pukul 3 pagi kot… Itulah jadi ya kalau tido sebilik. Tapi takpe bukan selalu kan…esoknya pagi bangun pagi kena siapkan bebudak, pi solat raya boys jelah…pastu nanti kita sambung cerita ye…