Tempat Ziarah di Madinah

Semasa di Madinah , ada beberapa tempat yang kami ziarah. Antaranya

Bukit Uhud

Di sinilah bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal. tahun ke 3 hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Perang Uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini  berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Gunung Uhud. Haa sapa belum baca kena baca. Masa perang Uhuhd lah Saidina Hamzah terkorban, lepas tu Hindun, belah dada amik hati dia kunyah. Masa datang sini, cuaca panas terik tapi sejuk. Tak lama kiterang kat dalam ni sebab Ashraff darurat. Nak toilet.

budak comel

 

Masjid Quba

Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam islam. Ia dibina sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w tiba dari Mekah ketika berhijrah bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar.Sampai masjid ni, ambil peluang untuk solat dua rakaat. Nak solat hajat pun sempatlah, sebab tourist guide kasi masa 45 minit. Kiterang ikut MIL je senang.  Wuduk siap siap ambil kat hotel lah.. kalau tak standby dengan wuduk spray kot kot terkentut ke apa ke kan. Kat sinni memang sentiasa sesak ngan orang. Lepas solat balik ke bas, tak payahlah nak bershopping bagai. Tapi mata geram nengokkan buah tomato, buah timun yang di jual. Nasib baik tak masak kalau tak dah rembat.

Masjid Quba

 

Kilang Al Quran

Sempat pergi ke sini tapi Ashraff and Kheirul je masuk. Sbb diorang masuk ke kilang. Kejap je. Habis melawat, dapat Alquran sorang satu. Alhamdulillah.

Dalam kilang Quran

 

Bukit Magnet

Alhamdulillah dapat juga ke sini. Bukit Magnet. khabarnya kawasan ni medan magnet terbesar. entahlah. Tapi sesuatu yang menakjubkan bila bas semasa menurun bukit terasa sangat berat. Tapi masa naik bukit melaju dia .walhal pemandu bas tak tekan minyak cuma free gear. Sampai selaju 130km/j dia pun cakap, Ini perlu ditekan brek. Hahahaha. Itulah kuasa Allah. Baru sikit tu. Lepas tu ketua jemaah ada jugak turun buat eksperimen, curah air atas jalan. Kalau ikut logik air tu kena mengalir turun sbb jalan bukit kan, tapi yang ni tak, air tu mengalir melintang. Allahuakbar

Kat Bukit Magnet, makan ais krim

 

Ladang Kurma

Dapat singgah di sini, tapi tak beli pun. Buah kurma pun takde atas pokok sebab bukan musim dia. Ni mungkin kalau pergi tengah musim bunga. Selalu bulan puasa ada lah buah atas pokok. Kat sini, harga kurma mahal kalau nak bandingkan kat Madinah. Mahal banyak lah. Macam coklat, kat Madinah jual 20-23 rial sekilo sini jual 40 rial sekilo.  Tak beli . Kiterang walk walk see see

bergambar kat dalam kedai Ladang Kurma. Afriena takde . Dia ngan MIL. Dia kan pantang lepa …tidurr jer

 

Selain dari tu, tempat ziarah lain Perkuburan Baqi. Tak berhenti cuma lalu sebab dah lambat. Tapi sempatlah untuk memberi salam. Masjid 2 Kiblat pun tak singgah, sebab nak kejar waktu Zuhur kat Masjid Nabawi. Tapi apa- apa pun sesuatu yang menarik untuk kami semua. Semasa di Madinah, kami juga ada pergi ke klinik sebab nak follow up kepala Rayyan. Nak buang benang tu. Murah je caj rawatan . Cuma 10rial. Lepas klinik, kiterang makan-makan sambil jalan untuk terus ke masjid. Kami juga jalan-jalan area bandar, tengok-tengok barang. Rasanya cuma beli coklat dan kopiah sebab coklat tu Ashraff kata nak kasi kawan dia. Madinah yang best makan lah. Sandwich / kebab dia sedap. Air mangga pehhh pekat likat tapi manis sangat untuk lidah kiterang lah. Bebudak ni kalau tak nak makan nasi mesti mintak makan sandwich.

 

Sandwich yang sedap di Madinah

Note: Harap jangan di salah anggap dengan posting kami. Kami cuma berkongsi. Semoga kita semua dijemput Allah untuk ke sana (lagi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.