Tudung Online

zalora_1

Sekarang ni ramai dah kawan-kawan yang saya kenal, beralih arah untuk berhijab. Alhamdulillah. Sesuatu yang sangat baik. Bukan kawan-kawan je, tapi artis-artis pun ikut sama.  Bila dah ramai berhijab, maka makin tinggi permintaan tudung. Dulu, masa baru mula berhijab, fesyen tudung tak banyak lagi. Masa tu nak beli tudung, saya pergi je ke Jalan TAR, tak pun tunggu balik kampong. Fesyen dia pun mendatar je. Masa tu tudung bawal tengah hot. Tapi sekarang macam-macam tudung dah ada. Tak terkejar dah nak ikut trend. Kepada yang mampu kejar, takpelah janji ikut syariat. Betul tak?

Sekarang ni , banyak sangat orang jual tudung. Lebih-lebih pasaran tudung online. Banyak fesyen terkini yang dijual dek kerana permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan wanita yang berhijab atau kini turut dikenali sebagai hijabista.

 Wanita beragama Islam kini turut memainkan peranan penting dalam fesyen Muslimah dunia. Mereka semakin aktif dalam menguasai pentas fesyen dengan stail pakaian dan dress Muslimah moden. Penglibatan tokoh-tokoh besar dalam mengembangkan fesyen gaya Muslimah membuahkan hasil apabila semakin dikenali di peringkat dunia.

zalora_2

Dulu masa nak beli tudung , kena turun Jalan TAR, PKNS lah kini tidak lagi, buat je  online shopping . Banyak tudung lawa-lawa, harga pun menarik. Kalau ke kedai, kadang rasa tak selesa, nak beli barang kalau Sales person dok mengikut belakang kita, lepas tu kalau ada yang bawak anak lagi rimas tau. Macam saya, saya suka beli tudung online je. Sambil-sambil lepak kat sofa, on TV, amik ipad, surf internet, masuk online shop yang berkenan, pilih style, pilih warna, bayar, tunggu 2 hari dah sampai. Tak payah dah keluar ke kedai.

Tudung yang jual online ni, best tau sebab banyak yang dijual adalah daripada koleksi eksklusif pereka-pereka fesyen terkenal tanah air. Tak caya cuba tengok kat Website Zalora Malaysia.Cantik, macam-macam gaya dan warna.

zalora_3

Mereka menyediakan koleksi tudung wanita online yang cukup meluas dengan rekaan moden yang pastinya memukau para wanita. Selain daripada itu jika anda  mahu dapatkan tawaran MYSale yang terbaik anda boleh lihat di website Zalora Malaysia. Mereka menyediakan fesyen tudung dengan rekaan terkini daripada jenama dan pereka fesyen terkenal. Apa yang menariknya anda boleh beli tudung wanita online dengan harga yang sangat berpatutan bersama diskaun menarik!

5 thoughts on “Tudung Online

  1. Mummydearie

    Saya mula bertudung kalau tak silap in Feb 2006. Masa tu mmg trend tudung bawal ajelah. Itupun dah terkial-kial. Maklumlah baru berhijab. Sekarang ni mmg macam-macam style pun ada. Pening nak memilih. Lagi best bila main tekan keyboard aje, tak payah berhempas pulas gi Jln TAR lagi.

    Reply
  2. Lydia

    Assalamualaikum. Jom visit facebook page Hijab by Jentayu. Kami menawarkan variasi tudung yang menarik pada harga yang berpatutan. Siap ada diskaun lagi bila beli banyak. Cepat sementara stok masih ada. Salam bcantik2, ikhlas dari Hijab by Jentayu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.