Sabtu Lepas banyak plak berjalan. Dari 10 pagi keluar sebab budak-budak ada appointment dengan denstist. Teermasuk lah saya yang kena buat appointment untuk buang gigi bongsu. saya adalah insan penakut dengan dengan jarum, tapi kena beranikan diri jugak untuk buang gigi bongsu tu. Doktor tu cakap, sementara you berani baik, cepat-cepat kasi buat. Sebenar nya ada klinik kat rumah ni, tapi melihat cara doktor cek gigi, macam dia tak yakin sangat. Bercakap pun macam tak berapa paham, maka ada baik nya pergi ngan doktor yang meyakinkan. Lagipun doktor gigi ni mesra dengan budak-budak. Dia memang dah paham benar dengan perangai Afriena. Meraung satu taman kalau nak cabut gigi. Tapi semalam pergi klinik, dia first jumpa doktor. Cuma nampak merengek sikit dah tak nangis. Mungkin dia dah pandai malu kot. Saya dah cakap, bila pakai tudung perangai kena jaga.
Lepas habis jumpa doktor,saya jumpa kawan kawan lama sekejap. Oh my… rindu nya kat Nora. Kawan saya masa belajar kat UiTM dulu. Dah lam tak jumpa. Ada kat lebih 10 tahun kot. Bersembang pun tak lama, ANW, Thank Nora sebab beli lasagna dan sokong bisnes kawan kau. And thank you sbb cakap lasagna tu sedap . :)
Dah habis appointment kat Bukit Antarabangsa, kami ke Bangi plak. Mencari barang kat bakeri. Macam biasalah…ada je benda nak beli kan. Dan bila Rayyan bawak bakul ada je barang yang ambik, masa balik rumah ada. Faham tak maksud saya ni??? Mama dia tak ambik benda tu, tiba-tiba masa bayar ada plak…
Dah habis membeli itu ini, Kami mencari makan pulak. Ohhh minggu ni kena banyak buat baking ni. Pusing-pusing cari kedai makan, jumpa D’Limau Nipis. Nam[ak ramai orang makan. Nampak ikan bakar, nasi campur…ohhhh kami memang mencari nasi lauk campur. Masa on the way nak ke restoran ada sorang lady tegur.
Assalamualaikum… ni akak sawanila kan???
Saya sangat keliru sebab ada orang kenal saya. Bukan saja saya, tapi Ashraff, Afriena dan Rayyan.
Saya jawab ye. Saya lupa apa yang disembangkan heheheh, sebab masa tu Rayyan nak start buat perangai nak berguling kat atas jalan. eeeee geram betul ngan sikecik ni. Dia sebenarnya, tak nak keluar kereta nak duduk dalam tu. tak nak makan. Tapi masa makan setengah ekor keli berlado tu dia makan.
Sorry ye awak, saya tak sempat tanya nama, nama blog bla bla..silly me. Tapi kalau awak baca post ni, awak silalah tinggalkan komen. Selain tu…terima kasih sangat sebab tegur saya hari tu. Mintak maaf sangat sebab tak boleh berlama-lamaan kat situ.
Dah habis di situ masuk restoran. Ashraff n Afriena amik bubur nasi dan mihun sup. Mihun sup habis Ashraff makan, bubur nasi pun dia tolong perabih makan. Memang dia makan banyak sekarang. Dah gemuk dah Ashraff sekarang. Afriena lah jugak leceh betul bab makan. Kheirul amik kerabu perut, gulai kawah pastu apa lagi tah. I tak tahu macam mana lauk dia, tapi dia kata sedap dan licin pinggan nya.
Pinggan saya plak cuma ada kerabu tauge dan keli berlado. Keli tu separuh Rayyan makan. Dia memang suka ikan keli. Lepas tu saya amik sekor ikan pekasam. Gilerr sedap ikan pekasam. Lauk lain tak pandang sebab itu semua boleh masak kat rumah. Tapi ikan pekasam??? lauk yang mungkin saya masak kat rumah sebab nanti bau busuk kan. hahaha Tapi memang sedap masakan kat situ. Layanan pun sangat mesra. Rasa macam pelik orang panggil saya Puan. hahahah nasibbaik bukan panggil datin kuang kuang kuang. Biasa orang panggil akak or adik je.
Alahai..kecur ailio tgk ikan pekasam dok terbaring dlm pinggan gitu.
Mak pun suka mkn ikan pekasam…mmg x pandang belakang la kalo dpt ikan pekasam
Ikan pekasam..pastu ada bawang gore g layu, cili adu pastu sayur masah air….peghhhhh…
Nasib baik ‘puan’ kalau dipanggilnya ‘makcik’ alahai terasa pulak dah semakin tua, ya tak? I pun suka ikan pekasam ni tapi jarang nampak. Ada satu hari tu dah siap2 ambil lauk penuh pinggan tetiba pulak nampak ikan pekasam! Tak sempat nak merasa, mahu senak ambil portion sikit punya banyak.
Syokkan bila tetiba ada orang kenal kita thru blog. Bukan nak membangga just rasa macam seronok aje :)
Itulah terasa diri dihargai….
Btw, u should try kat d limau manis….ikan pekasam not bad. Sbb ikan pekasam kalau kita goreng kat rumah sendiri mau pengsan jiran jiran hahaha beratur mintak sikit