Taknak ubat, taknak ubat

Itulah yang dilaungkan oleh Rayyan. Tak nak ubat nak balik. no no no… nak mama, nak mama, nak bayek. Pukul 3.30pagi meraung kat klinik sbb tengah amik neb. Ni kali kedua rasanya kena neb. Orang lain amik neb relaks je takde masalah. Dia mesti meronta meraung. Kisah dia macam ni… Pukul 3 pagi dia nangis batuk-batuk pastu dia ngadu sakit. Badan dia panas sangat masa tu, dengan menggigil lagi. Terus kejut semua orang bawak pergi klinik 24 jam. Jauh nun di Padan Jaya pergi. Tapi 20 minit dah sampai. I lah kena mendukung dia dia, tak nak dah orang lain. Memang tak pandang dah papa, abang , kakak. Dia nampak mama dia je. Dah lah I nak carry dia berat kan.

demam

Keluar kereta pun nak mama masa papa dia nak angkat. no papa carry, nak mama carry. yelah anak anak. Dukunglah dia, sambil dia peluk kuat. Sedih bila tengok anak sakit kan. Alhamdulillah tak payah tunggu lama,sbb tu panel, memang rekod ada kat situ. Senang sebab dah ada rekod apa alegik, ubat apa takleh amik.Masuk jumpa doktor, doktor cek terus kena neb.Apa lagi meraunglah dia. tak nak ni, nak balik. 5 orang pegang semata nak suruh dia sedut tu je.Semua kena naughty.2 nurse , satu doktor, and us the parent. siap cakap tangan I. sempat lagi tu. Dapat jugak dia sedut benda tu. Haih memang tak pernah lah tengok dia meronta. Dia punya dada bunyi macam burung tekukur dah. Dah settle, semua baru doktor, kasi ubat. memula, ingat nak mintak refer je spital, tapi doktor kata kasi ubatlah dulu sbb doktor cakap kalau masuk hospital nanti dia trauma. Sbb kat hospital dorang akan buat drip. Bila tengok keadaan dia yang kuat macam tu, bahaya untuk drip dia.Sapa yang pernah kena drip taulah macam mana rasanya drip. Memang kena handle with care. I memang seriau sangat dengan drip, tebuk menebuk, amik darah ni. Dah jatuh tahap fobia nak pengsan.

Bila dengar cakap doktor macam tu, we all setuju. So home treatment je. Tapi lately Rayyan susah sangat nak makan ubat. Dia dah pandai. Ubat tu dia rela kemam, biar lama takpe tapi takkan telan. nanti dia spitlah dalam cawan ke, sinki, ke toilet ke, atas lantai ke. Susah betul. Untuk buatkan suhu badan turun, I buat air barli, nasib baik dia minum. Offer madu pun tak nak padahal itulah yang dia suka makan.Ubat demam langsung tak nak makan. Campur dalam air tapi dia tau rasa so dia keluarkan balik pastu cakap taksedap. Dah habis cara dah, letak ubat dalam susu,dalam milo, dalam jus, semua dia tau rasa. Nasib baik ubat demam tu doktor kasi ubat belakang. Walaupun dia tak kasi pun orang bukak seluar dia, tapi masa tido boleh buat. Cuma ubat asthma dia je lah. Semalam kena lagi, I pujuk dia makan, kasi sikit-sikit…finally dia telan. buat masa ni dia tidur lagi. Pukul 3 pagi tadi dia masuk bilik I nak mama. Nak tidur sebelah mama, pastu tangan mama ni kena peluk dia. Kalau I beralih , tangan dia mesti peluk I. Dah 3 malam kot I tido dalam bilik dia atas katil single dia. Sempit dan buat sakit badan je. Tu yang bawak masuk tido sama. Jangan kencing sudah lah.

Sebenarnya Ashraff n Afriena pun macam tak sihat tapi dorang senang, bila dah rasa macam sakit tekak, nak batuk, dorang mintak je madu dan habbatussauda. Budak berdua tu senang makan ubat or supplement. Now..I lah orang yang rasa ngantuk. Sebab bila badan dia panas, I nak tido  pun tak boleh. Sbb nak kena basahkan badan dia dengan air sikit-sikit. Takmo masuk spital, nanti trauma. Bayangkan kalau dia tarik wayar kat tangan and plus this week is final exam untuk Ashraff n Afriena.

Rayyan je lah susah makan ubat sekarang nilah, dulu ok je. Tapi demam demam jugak, makan macam biasa banyak. Semalam keluar makan, mushroom soup semangkuk habis dia makan sendiri.

Get well soon son!

4 thoughts on “Taknak ubat, taknak ubat

    1. Yatie Post author

      Ni lagi parah ni..pastuh buat camner? Buat masa ni tgh kasi dia orange jus pastuh campur ubat yg mmg perasa orange. Ubat lelah ni masalah dia, sbb memang rasa tak sedap

      Reply
  1. mummydearie

    Semoga Rayyan cepat sembuh. Susah hatikan bila tengok anak-anak sakit. Rasa macam alahai tak sampai hati aje tengok mereka merintih sakit. Anak-anak I pun sama, dua-dua susah betul nak bagi ubat. Masukkan ajelah dalam air apa pun, mereka tahu ada ubat. Yang besar tu bila sakit sanggup tak mahu minum air di rumah takut maknya letak ubat sembunyi2. Disuruhnya kita beli air mineral water kat kedai.

    Reply
    1. Yatie Post author

      ha I rasa Rayyan pun macam tu. patutlah setiap kali mintak air dia akan tunggu I tuang, mesti sebab dia nak tgk ada konspirasi letak ubat tak dlm air.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.