Deepavali 2021
tak dapat balik kampung, Kami pergi camping.
- Nama tempat ; Teratak Tok Alang
- Harga Tapak :- RM65 untuk 3 hari 2 malam
- Jenis Khemah :- khemah unta saiz L
- Website/FB if got :-google je , mesti jumpa
Review:
Tandas 5/5 ,tandas bersih tapi sebab tandas cangkung jadi bau dia semacam. All of us cannot do business inside the toilet. Jenis nak toilet duduk yang takde bau. Kalau pagi tu, mesti banyak nyamuk keluar kot lubang tilet hahaha… punya tahan 2 hari simpan bawak balik rumah segalaisi perut.
Plugpoint takde, jadi pandai-pandai la survive. Boleh bawak power pack, atau apa apa power yang ada la untuk pasang lampu atau kipas. KAlau nak pasang aircond tak dapat la. TApi jangan bawak genset, itu mengganggu ketenteraman hutan.
Kitchen and sink , sink dia takde tapi tempat cuxi pinggan ada. tapi kami cuci sendir kat khemah, ambik air kat sungai. Nak cuci kat tempat yang tersedia macam tak berapa lalu sebab dekat ngan toilet. seriously.. kami mahkluk pelik kot. jenis penyegan
Sungai dia best. Dalam banyak camping , so far sungai dia paling best sebzb air jernih ada tempat cetek untuk anak – anak kecil dan ada tempat dalam untuk orang tua. Air agak laju tapi tak deras, siap boleh main pelampung ala ala hanyut ke hilir. best
Suasana kat sana best, takde orang karaoke, tak sunyi tapi boleh layan. Malam sejuk. Pagi lagi sejuk. MEmang best lah.
Line telepon takde kecuali DIGI yang lain kirim salam.
Kali ni camping, kami lebihkan masak kat rumah, packed n freeze it. Sampai sana kami panas kan.
Lauk yang dimasak kat rumah dan dibekukan
Gulai kawah tetel
sambal sotong kembang untuk nasi lemak
telur rebus siap-siap
senang sebab sampai sana, masak yang simple taknak susahkan diri sendiri.
Menu semasa kat sana
Day 1 – Dinner
Burger Ramly
Day 2
Breakfast
Roti canai frozen masak dan makan dengan gulai kawah tetel
Lunch
Fetucinni Carbonara with bacon & mushroom
Dinner
Nasi putih, Ayam golek (jiran campers belanja) n gulai kawah n ulam timun
Day 3
NAsi lemak sambal sotong
Bukan main lagi menu kan. aduhhh… kalau selalu macam ni habis lah diet. Kalau dok camping ni, asyik lapar je perut. LEpas makan terjun sungai, lepas tu naik sambung makan. I dah macam bebudak plak layan tayar lori main hanyut ke hilir dengan anak-anak sendiri sekali ngan anak-anak jiran. Sabar je lah..hehehehe.
We had so much fun and looking forward for another adventure