Sapa kata susah nak dapat halal food kat Hong Kong? Senang je. Our second time in Hong Kong. Saya kongsikan tempt yang kami makan je ye.
Aladdin Mess – Fu Hing House, 60 Russell St, Causeway Bay, Hong Kong
Dekat sangat dengan Times Square, Kalau dari AirBNB kami…kejap sampai. aAlam pertama kami sampai sini, kat sinilah kami cari makan. Bungkus je. Semua taknak keluar dah sebab penat campur dengan sejuk. Hari kami sampai, Hong Kong dah start sejuk. Pegalaman baru untuk anak-anak.
kita tengok gambar kat bawah untuk penerangan
Nampak tak SaSa dari jauh tu, atas kaler hijau tu adalah Aladin Mess.
Ni depan pintu kedai. Sila lah mendaki tangga.
Suasana kedai dia.
Menu dan harga. Jangan korang convert. Bila dah tukar RM ke HKD, jangan convert, boleh tercekik tulang kambing.
Sambil tunggu makanan siap, kita minum air dulu. haus betul dok sini. MInum air free dulu sebab, air botol simpan bawak balik bilik. Harga sebotol mineral 500ml kat 7E Hong Kong adalah HKD9. Botol jangan buang tau, Masak air dalam bilik refill then boleh bawak jenjalan. Minum air secukupnya. Tapi kalau kaya apadehal. Ini tip untuk rakyat marhaen macam kami yang pergi travel.
Astro pun dah datang sini. 20 init kemudian makanan kami dah siap. KAmi bungkus nasi beriani kambing, beriani ayam dan roti nan. Makanan dia sedap boleh tahan. Portion pun besar. Beli 3 nasi, 1 Nan cukup untuk kami berenam. Tu pun takleh habis tapi paksa habis sbb sayang woo.. tapi kalau ada microwave boleh je, simpan dalam fridge dan panaskan balik.
Gambar makanan takde sbb lupa kot nak ambik. Sampai bilik semua dah lapar. Makan kenyang then mandi, solat pastu tidur untuk bangun awal menuju kota fantasi Disneyland