Pakej Urutan Selepas Bersalin

ramai plak yang tanya pasal urut mengurut lepas bersalin. Kali ni , saya amik pakej yang datang rumah. Tukang urut ni saya search kat internet. since duduk Rawang, tak tau mana nak cari.

But I am telling you… inilah tukang urut paling best yang pernah rasa. Hehehe memang berbaloi bayar

Kakak tukang urut ni berdaftar dengan Mamacare by LPPKN. Kira kakak ni memang belajar mengurut dengan teknik yang betul bukan main dapat dalam mimpi.

Urutan dia memang best walaupun kekadang ada jugak tergenggam penumbuk sbb tahan sakit bila kena urut untuk banyakkan susu.

Haaa ni pakej 3 hari

copy n paste dari messager je

3 hari rawatan akak adalah seperti berikut.

Urutan pemulihan
Urutan hilang angin kepala
Urutan byk kan susu
Bertungku pulih rahim
Berbengkong rapat tulang punggung
Daun herba
Sapu param dan pilis
Consultation post natal

Semua di atas keje (1 sesi dlm 2 ke 3 jam) average dlm (Rm180) x termasuk pengangkutan. Jumlah dalam RM540 . Caj pengangkutan lain

Kakak ni namanya Rohaya… muda lagi. Dah 18 tahun pengalaman mengurut. Selain postnatal massage, dia ada buat perinium massage, acupuncture,  bekam n ada lagi tapi lupa.

semua dia atas memang best. Daun herba yang Kakak Rohaya bagi untuk mandi memang terbest.Segar badan mandi

so far hari ni dah 40 hari. Masih lagi pantang. Pantang makan dan masih tak buat kerja berat hatta sapu sampah atau buat laundry walaupun gigil tangan nak amik penyapu geram tgk sampah kat laman rumah. Nasib baik Ashraff n Afriena buat walaupun kadang tak berapa bersih. Pejamkan jelah mata tu.masak memasak dah buat tapi ban cuci mencuci org lain buat. Geram je tgk dorang buat kerja sinki tak lap kering. Mak kita cakap… pejamkan dulu mata

bab makan… baru sekali mkn bergoreng pastu byk mkn bakar , rebus n kukus

bebudak ni senang makan…. sbb dorang ala ala italian sikit… pasta je manjang

oh ye kot kot sapa nak contact kak Rohaya ini nombornya 

012 2572258- Kak Rohaya

sekian ulasan ikhlas saya

 

 

Leave a Reply to Yatie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.