Monthly Archives: October 2017

Pakej Urutan Selepas Bersalin

ramai plak yang tanya pasal urut mengurut lepas bersalin. Kali ni , saya amik pakej yang datang rumah. Tukang urut ni saya search kat internet. since duduk Rawang, tak tau mana nak cari.

But I am telling you… inilah tukang urut paling best yang pernah rasa. Hehehe memang berbaloi bayar

Kakak tukang urut ni berdaftar dengan Mamacare by LPPKN. Kira kakak ni memang belajar mengurut dengan teknik yang betul bukan main dapat dalam mimpi.

Urutan dia memang best walaupun kekadang ada jugak tergenggam penumbuk sbb tahan sakit bila kena urut untuk banyakkan susu.

Haaa ni pakej 3 hari

copy n paste dari messager je

3 hari rawatan akak adalah seperti berikut.

Urutan pemulihan
Urutan hilang angin kepala
Urutan byk kan susu
Bertungku pulih rahim
Berbengkong rapat tulang punggung
Daun herba
Sapu param dan pilis
Consultation post natal

Semua di atas keje (1 sesi dlm 2 ke 3 jam) average dlm (Rm180) x termasuk pengangkutan. Jumlah dalam RM540 . Caj pengangkutan lain

Kakak ni namanya Rohaya… muda lagi. Dah 18 tahun pengalaman mengurut. Selain postnatal massage, dia ada buat perinium massage, acupuncture,  bekam n ada lagi tapi lupa.

semua dia atas memang best. Daun herba yang Kakak Rohaya bagi untuk mandi memang terbest.Segar badan mandi

so far hari ni dah 40 hari. Masih lagi pantang. Pantang makan dan masih tak buat kerja berat hatta sapu sampah atau buat laundry walaupun gigil tangan nak amik penyapu geram tgk sampah kat laman rumah. Nasib baik Ashraff n Afriena buat walaupun kadang tak berapa bersih. Pejamkan jelah mata tu.masak memasak dah buat tapi ban cuci mencuci org lain buat. Geram je tgk dorang buat kerja sinki tak lap kering. Mak kita cakap… pejamkan dulu mata

bab makan… baru sekali mkn bergoreng pastu byk mkn bakar , rebus n kukus

bebudak ni senang makan…. sbb dorang ala ala italian sikit… pasta je manjang

oh ye kot kot sapa nak contact kak Rohaya ini nombornya 

012 2572258- Kak Rohaya

sekian ulasan ikhlas saya

 

 

Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair untuk Sambutan Hebat Lifetime!

Wira masakan negara, Diana Chan bakal pulang ke tanahair buat kali pertama sejak kemenangannya yang gempak di MasterChef Australia Musim 9 tayangan Lifetime (Saluran Astro 709)!

Diana dilahirkan di Sitiawan, Perak dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat inspirasi memasak daripada masakan Peranakan ibubapanya di rumah sebelum berpindah ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan selanjutnya bekerja di sana

Bulan lalu, akauntan berumur 29 tahun ini menjuarai siri TV realiti masakan popular tersebut dan memenangi hadiah utama sebanyak AUD250,000 (RM834,000) secara tunai. Perjalanan tiga bulan yang epik Diana disiarkan di Lifetime;

Tonton  semula perjalanan kemenangan Diana dengan adegan terbaik MasterChef Australia Musim 9

dari: 14 Okt – 4 Nov 2017, Setiap Sabtu, 12tgh di Lifetime (Saluran Astro 709).

Untuk menyambut kemenangannya, Diana pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur. Beliau akan berkongsi pengalamannya yang luarbiasa dan menjawab semua soalan peminat, serta mengadakan demonstrasi masakan istimewanya.

Finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low, juga akan menjadi sebahagian daripada acara tersebut dengan aktiviti demo masakan masing-masing.
Jangan terlepas peluang keemasan ini!

Anda sema di jemput hadir ke acara berikut:

Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair untuk Sambutan Hebat Lifetime!
Tarikh: 7 Oktober 2017, Sabtu
Masa: 12tgh – 6ptg; Penampilan Diana dari pukul 3ptg – 5ptg
(Pendaftaran media pada jam 2.30ptg)

Tempat: South Court (Tingkat Bawah) | Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook Live: Acara ini akan disiarkan di Facebook Live di @LifetimeAsia untuk membolehkan peminat lain menyertai sambutan ini.

TV: Tontoni semula perjalanan kemenangan Diana dengan adegan terbaik MasterChef Australia Musim 9 dari 14 Okt – 4 Nov 2017, setiap Sabtu, 12tgh di Lifetime (Saluran Astro 709)