Monthly Archives: March 2017

Sampai Krabi baru boleh update blog

Assalamualaikum…….

Punyalah lama tak update blog..

Sampai Krabi baru boleh update. Rumah baru negaraku Malaysia tercinta belum ada Unifi. MAsa mula-mula pindah, jangan kata kotak Unifi, kabel pun takde. Ada tiga kali pergi gegar  pejabat Unifi, lepas tu 3-4 kali daftar ngan agent, baru nampak van Unifi masuk. Masuk untuk pasang kabel, korek lubang buat kabel tah kebenda. KAwasan yang kami pindah tu bukan kawasan baru, kawasan yang dah matured. Stress makcik ooii…Takleh update blog, takleh tengok TV, takleh macam-macamlah sebab nak buat kerja tak boleh

Hari ni baru sampai Krabi, jadi baru dapat update blog. Kami honeymoon+babymoon+familymoon…berapa banyak moon dah…

Banyak nak update sebenarnya nih.

Tapi takkan le datang moon-moon kat sini nak update semata…mestilah nak enjoy…