Yearly Archives: 2016

Makan Asam Pedas Melaka

Masa pi Melaka hari tu… kiterang makan asam pedas kat Dataran Pahlawan. Ala area Downtown Melaka, Newton Foodcourt. Kalau dari Mahkota Parade to, haaa kat belakng tu je. Dah rasa macam orang Melaka dah, kalau mencari tempat makan kan? Sebenarnya, tak tau nak makan apa, since duduk town area, driving is no no, so jalan kaki cari makan lah . Sekali nampak Newton Foodcourt. Masuk jalan dalam tu… boleh kata banyak gerai jual asam pedas. Kiterang tgk mana yang menarik hati je lah, Last last makan kat gerai asam pedas JR… ye kot tu nama dia. Tak ingat.

Bebudak makan masakan panas gerai hujung, kiterang je makan asam pedas. Lapar ni, lunch cuma makan kuih nyonya yang beli kat Baba Charlie. hahaha tu je.  So I ambil asam pedas ikan pari, Kheirul plak, ikan parang. Lapar sangat, malaslah nak amik ikan parang…menguji kesabaran je. Rasa sikit je,

IMG_0488

Ni lah rupa set asam pedas. Ada telur masin dan ulam. Kheirul amik kupang. Kupang tu sedap tapi sebab over cook, jadi tak sedap lah… BIla overcook, kupang jadi kecut dan keras. Kalau asam pedas tu, kalau tanya Kheirul, dia kata bini dia masak lagi sedap… hahahhaha

Forme not bad lah… takdelah wow factor tu biasa je, sebab normally my asam pedas mesti ada daun kesum, sebab rasa daun kesum tu sedap, pastu ada bendi… Tapi asam pedas ni ok dah… cuma terlebih masin..mungkin sbb banyak belacan. Asam pedas ni, overpowered by belacan. Kena kurang kan belacan sikit…

Habis lah kena lahabau sat lagi, komen asam pedas orang Melaka…Maafkan saya.. mungkin citarasa saya lain … citarasa orang lain plak lain… Tapi hari tu makan asam pedas kat gerai tepi jalan masa konvoi tu, sedap plak.. apa nama tempat tu pun dah tak ingat heheheheIMG_0491

Tengok muka Ashraff dah macam kucing tengok ikan… My kids memang ..kalau asam pedas , sekarang main hirup je kuah.. Dah pandai makan asam pedas.  Memang licin lah kuali tu, Ashraff hirup kuah asam pedas…Kira sedap lah untuk dia… :)

Harga dia pun boleh lah tahan, kalau town area… boleh lah… bergelas kiterang order air, pedas giler …

Kuih -kuih Nyonya @ Baba Charlie, Melaka

Memang set dah dalam kepala hahaha actually memang ada dalam plan pun, kali ni pi Melaka nak makan kuih Nyonya. Since  selalu pergi tapi tak pernah nak beli kuih-muih. Oleh kerana bebudak ni suka sangat kuih-kuih talam and pulut, memang peluang lah ni. Dah beberapa kali tengok TV citer pasal kuih Nyonya kat Melaka yang kat Baba Charlie. So nak kena cuba ni. Pernah keluar dalam AFC and TV8. Mesti cuba ni. Yang unik dan yang menarik perhatian sebenarnya kuih dia banyak yang letak warna dari bunga telang. Masa tengok TV tu dia ada tunjuk kuih yang special iaitu kuih pulut yang warna biru lepas tu makan dengan kaya.

So apa lagi, set GPS kite pi ke Tengkera Melaka. Senang je cari… cuma kena masuk dalam jalan sempit sebab dia kawasan perumahan. Takpe ada side board. Dia dekat ngan Masjid TEngkera. Masjid Lama. Masa bayar kat kaunter, cashier dia siap cakap… kat sini ada Masjid, Masjid lama… Mungkin dia nak remind  or memberi direction pasal kejap lagi The Boys nak pergi Solat Jumaat.  tq…

 

IMG_0497

Sampai je dalam kedai tu… apa lagi…dah lah breakfast pau sebijik sorang harus lapar… semua kuih nak. macam-macam kuih dan warna. Macam biasa setiap orang ada fav dorang. Kalau Rayyan suka kuih lapis, Afriena suka kuih yang berpulut, Ashraff semua makan kecuali kuih koci dan Ang Ku… dia takleh telan…dia rasa lekat kat anak tekak..

tengok lah kuih-muih dia…

IMG_0496

kuih koci tu..Kheirul suka… Yang kaler biru tu kuih sagu…. I suka cara hidangan kuih sagu tu. boleh try buat sendiri nanti….sedap sangat…bebudak pun suka. Satu kuih ni pakat suap sikit sorang. Seri Muka dia sedap… huhuhuhu

IMG_0495

Ni Kheirul yang suka…. I makan satu je. Lain dia makan…

IMG_0493

Yang ni..pulut inti MUST BUY n’ TRY. perfect…IMG_0489

Berpinar mata tengok kuih…kalau boleh semua kuih nak amik. Tapi kena sabar…IMG_0498

Kuih ni yang dorang fokuskan masa dalam AFC kot… pulut ni dimasak lepas tu dia tekankan  kasi padat. Lepas tu makan dengan kaya. Sedap dan sangat special.

Kuih-kuih yang kiterang beli ni.. banyak Makan- makan ada lagi. Sampai esok pagi simpan. Boleh buat makan pagi dah sebab tak balik pun kuih dia. Janji kuih tu dalam balutan plastik dan uoll tak pegang ngan tangan atau gigit dia.

Boleh lah next time pi Melaka untuk singgah lagi…

 

Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan Ke-3 2016

Tahniah Afriena Atiqah kerana memenangi Emas- Sparring Perempuan 10-12 Tahun Colour Belt Junior. Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan Ke-3 2016. Dataran Pahlawan Melaka.

afriena
Tak sangka boleh menang sbb baru lepas baik dari sakit.ingat menang satu round je , tapi 4 round menang . mesti cikgu terkejut ni , budak tak bercakap kat sekolah ni jadi berani

Tahniah jugak Arash Ashraff sebab menang sparring untuk pusingan pertama. Pengalaman tu penting. Kalah sekali tak semestinya akan selalu kalah. Apa yang penting keyakinan dalam diri.

Alhamdulillah.. n\both of them are so happy,  Since dorang menang , So , I belanja dorang tengok wayang, sementara tunggu papanya habis event TKD. Melompatlah suka dorang. Citer  Avengers… Citer not bad.

image

BTW, terima kasih instructors sbb beri peluang dan ilmu. Tak sia-sia dorang berlatih 2 kali seminggu. :)