Cerita Sabtu lepas… sempena Hari Sukan Negara, MGTF Selangor tidak ketinggalan jugak. Siap masuk Malaysian Book Record lagi. Bangga…bangga…
Pagi lagi dah sampai… pi makan kat IKEA dulu lepas tu baru pi eCurve. Kiterang jadi geng baju Hijau sebab sponsor pun warna hijau.
Ni masa pecah papan…kena pecah 2700 keping papan. Dari pelbagai lapisan umur. NI kat luar. Kat dalam ada anak-anak bawah umur 8 tahun. Awwww semua cute tau.
NI masa lepas habis event ke, sebelum…tak tau… I takde.. I think selepas, masa tu I tak masuk mana=mana kamera. pergi beratur kat Rock climbing. Si Rayyan nak panjat batu. Abang and kakak pun nak join. Tapi lama sangat menunggu, terus lost interest. Dia nak balik dah
NI masa tengah bow. I kat atas rasanya. ikut suka mana nak duduk kan. Sebab kena jaga Rayyan. Dia tak suka duduk tengah panas. Nak aircond.
Haaa…. inilah buktinya. Semangat juang, semangat setiakawan, semangat kerjasama…
Oklah…. uolss nak tengok penuh tengok je video kat bawah. I nye…yang atas stage tudung pink… hehehehehe