Monthly Archives: October 2016

Her World : BEST HOME COOK CONTEST 2016

Sekali lagi, saya telah menyertai peraduan masak-memasak.  Saja suka-suka tanpa mengetahui apa hadiah dia. Yang penting dapat masak, dapat cabar diri sendiri dalam kemelut masak yang penuh tekanan. Alhamdulillah dapat masak dengan tenang dan berjaya menang.  Kali ini, BEST HOME COOK CONTEST 2016 menggunakan tema ubi kentang – US Potato. Jadi peserta perlu menghatar resepi yang kreatif. Pening juga memikirkan idea untuk masak kentang. Perlu lari dari norma hidup. Tak nak masak pie, mousaka, bergedil, sup kentang dan kari kentang. Jadi saya cari idea dalam google. Alhamdulillah dapat idea. Saya masak Aloo Tokri.

img_0741

BOleh lah Afriena yang tolong snap

img_0738

Potato productsimg_0737

MAcam-macam jenis ubi kentang.

Aloo Tokri sejenis makanan India -street food-. Aloo Tokri adalah asalanya dari bahasa hindi, maksud Aloo ialah ubi kentang, Tokri maksud dia bakul.. Tidak pernah rasa, atau tengok depan mata…tapi what the heck? apa salah nya mencuba kan.

Date: 22nd October 2016

Time: 9:30am -12pm

Venue: Starhill Culinary Studio, Kuala Lumpur

Seperti yang dijanjikan, kami sekeluarga pergi menuju ke tempat yang ditetapkan. Baru saya tahu, Yang dipilih adalah cuma 6 orang dan kami semua sudah kira menang RM500 sebagai hadiah saguhati. Nasib baik datang sebab ingatkan malas nak datang masak. Sebab macam tak yakin dengan resepi yang saya cipta. Hanya menggunakan 5 bahan termasuk ubi kentang kiranya amatlah susah jugaknah. Aloo Tokri , kalau di ikutakan memerlukan banyak bahan. Ada 2 -3 jenis chutney dalam bakul. Susah jugak. Jadi saya amik senang… dalam bakul tu kena ada rasa rempah sebab dia perlu ada rasa india, rasa masam jadi saya gunakan corriendar chutney yang ada rasa masam dari lemon, dan rasa manis pula , saya gunakan caramelised onion. Ni kira jadi macam fusion lah. Masa 45 minit singkat untuk saya sebab nak kena buat tokri aka bakul dari kentang, lepas tu kena bakar. But I like the pressure. Takkan nak menag duit tanpa buat apa-apa… takde trill lah kan.

hw3

tengah sibuk memasak

hw2

busy..jangan kacau… masa ada lagi 15 minit ni… rasanya baru masukkan tokri tu dalam oven huhuhu

img_0743

Recipe: Aloo Tokri
Ingredients
  • 5 pcs potato
  • 1 bunch Cilantro
  • 2 red onion
  • 2 tsp mix spice
  • 1 lemon
Method
  • Shred the 4 pcs potato and form to basket. leave 1 tablespoon for later use
  • Bake the potato basket for 20 minute
  • dice 1 potato and boil it till tender. taste it with salt pepper
  • make cilantro chutney – blend cilantro with spice, salt pepper , cooking oil and lemon juice
  • make caramelized onion – slice the red onion the slow cook to make the caramelized onion
  • fry the balance of the shred potato with mix spice. salt to taste
To serve – fry the potato basket, then fill it with boiled diced potato, cilantro chutney, caramelised onion then garnish with cilantro, diced red onion and fried shred potato

 

After 45 minute, akhirnya siap jugak. Harapan saya masa tu, jangan juri muntah heheheh sebab saya sendiri tak sempat rasa. Tapi bila dah nak balik sempat ambil satu bakul, untuk suami rasa. Dia kata sedap, full of indian flavours and my husband tidak menunjukkan rasa nak muntah atau pitam. So sedap lah kot. kalau tak takkan boleh dapat 1st runner up dan markah beza cuma 0.7 dengan grand prize winner.

hw4

Macam tak sangka kan boleh menang….

hw1

Group photo

step by step…kalau nak menang grand prize winner

3 Birthdays On October

BUlan 10 je..ada orang garu kepala. Sebab ada tiga birthdays. Ashraff 12/10, Afriena 15/10 and me 20/10. HEhehehe… Takdelah celebrate bagai pergi karaoke ke, pergi hotel buat party ke. Just biasa-biasa. Masa hari birthday Ashraff… memang dah sambut 3 sekali gus. Kiterang pi makan-makan kat Tony Romas. Sebab makan malam, bperut pun pun tak berapa nak makan dah. Tapi orang nak belanja kita makan je. 3 orang sekaligus sambut birthday.

Hari birthday Afriena plak, kiterang piknik kat tepi tasik makan laksa dan cendol. Ashraff n Afriena suka lah konsep lepak-lepak alas tikar duduk bawah pokok. Tapi RAyyan macam habis tanah dah tak nak duduk atas tikar. takut lalat lah, burung berak lah…RAyyan you to much city brat lah… Nak makan pun leceh tau. But we just didn’t care, kita makan je. Lepas makan kita ke rumah my brother kat Klang. Lepak kejap then bincang pasal piknik kat Sungai Tua on the next day.  And Afriena dapat sleepover kat sana. Suka lah dia…

piknik1

Macam ni pun dorang dah happy sangat… Makan kek bawah pokok, beralaskan tikar. Pekena plak laksa dan cendol pehhhh

piknik2

NI Tasik kat Shah Alam ni. Ingat dapat makan rojak tapi ada laksa utara je. Tapi laksa dia sedap you…

Then on my birthday,takde pi mana-mana just, dapat wish je. My mom siap call lagi untuk wish birthday. Tapi 2 hari kemudian, I dapat good birthday gift. Siap boleh belanja  satu family makan plak. Alhamdulillah… Dapat lah rezeki. Yang tu nanti kita cerita kemudian. HAdiah HAri Jadi takde sebab, kiterang dalam proses utk settle kan projek pindah rumah. Faham-faham jelah kalaui nak pindah rumah…

HAppy Birthday to all of us… Semoga hidup kami sentiasa diberkati Allah.

Piknik & BBQ @Ulu Yam

Pada hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga telah pergi berkelah di Sungai Tua, Ulu Yam. Perkelahan ini juga disertai oleh adik-adik saya. Perkelahan ini dirancang pada saat-saaat terakhir, mujurlah sempat kami membuat persediaan.  Saya dan KHeirul sempat membeli bahan masakan untuk BBQ. Menu BBQ kami ialah lamb shoulder, lamb chop, chicken wing dan sausages. KAmi keluar dari rumah kira-kira pukul 9  dan sampai di tempat yang dijanjikan pukul 10 pagi. Bila semua adik-adik sampai kami pun bertolak bersama-sama. Sesampai je di sana, anak-anak sungguh teruja. Maklumlah jarang jumpa sungai. Untuk pengetahuan, Ini adalah perkelahan pertama bagi Rayyan.

Sampai sahaja di sana, KHierul dan Ashraff mula memasang khemah, manakala adik-adik lelaki yang lain memasing khemah lagi satu. MEriah sungguh dengan hilaian ketawa anak-anak dan sepupu-sepupu mereka. Air sungai yang sejuk bukan penghalang untuk mereka bergembira. Sementara yang lelaki sibuk pasang khemah, yang perempuan sibuk memenuhkan meja dengan makanan. Ada nasi lemak, mihun goreng, nasi goreng, roti, selain BBQ dan ada juga nugget.

3fd41889-c707-4b66-b65d-56436a6106d9

Selesai memasang khemah, adik lelaki, Fahmin menghidupkan api untuk BBQ pula. Beruntung jadi kakak yang kecil semua adik-adik yang buat. hehehehe tappi takdelah saya duduk sahaja… saya mula menjadi chef BBQ. Sementara yang lain mandi , kita bakar dulu kambing dan ayam. Nanti bila yang sedang mandi kesejukan naik ke atas boleh makan. 17b001b3-8b4f-46e5-8caa-7802dd49e9a9

Chef of the day…. bila dah kesejukan, tempat yang paling selesa adalah di tepi BBQ pit.  menumpang haba sambil masak.
2eb093a2-cd08-4126-848f-cfba5622a969

Seronok rupanya bila memasak di tepi sungai. TEringat zaman kecil. Kami adik beradik selalu pergi ke sungai dan memasak. Selalunya kami bakar ikan yang ditangkap, masak mee segera dan juga membakar ayam. Itulah perkelahan kami adik-beradik semasa kecil. MEnghiburkan diri kami sendiri kerana tidak mampu untuk bercuti seperti orang lain.

72a3be95-938a-4c31-b533-2c886c333c1f

Dalam 10 orang adik beradik, kami bertiga je perempuan. Saya yang sulung, yang depan tu cikgu kaunseling adalh yang kedua, dan sidah yang keepat masih belum berpunya lagi tau.

2438f8c9-b6d9-460b-b47c-db8f6f8a01e8

Mandur sedang memerhatikan anak buahnya menjalankan tugas…

6113a860-a012-4440-8873-d54a9c94c766

Selepas tugas BBQ diambil alih oleh lelaki-lelaki, kami pula berkubang didalam air. Sejuk hingga ke tulang.95b9b29e-637d-45d2-8ac6-9217cf8ff9c3

Anak -anak cakap, mama ni nakal… suka kacau papa. hehehehe… Itulah saya. Sebelum mandi kacau suami masak dulu.6146be0b-060c-4e98-97d2-0fa2d2b55c8c

Tengoklah anak-anak.. mana tahu erti takut kalau dalam air. Tempat tu dalam sebenarnya. Kalau kami yang tua berdiri, memang tak pijak lantai. Semua ni berani. Sedang asyik mandi, tiba-tiba kelihatan seeekor ular air sedang menumpang laluan. Nasib baik saya di atas. Hahaha kalau tak mau mendengar pekikan… Anak-anak nampak ular, cuma cakap ada ular… bila ular sudah ke hilir sambung berseronok..

a199df2b-e961-417c-98f5-15bdb8bfea6b

Semua seronok kan… Inilah masa-masa yang seronok. Bersama meluangkan masa bersama adik beradik  dan sepupu.

69667f78-81ed-44ba-bfe6-71db64fc0cfc

Adik ipar yang memberi idea untuk berkelah.  Mesra orang nya, senang bertegur sapa dengan orang. Orang bisnes agaknya memang macam ni  kan?
d16832fa-e88b-4d57-accb-c3ee944f137c

Belum habis lagi bergambar. Walau dah berapa kali dipanggil suruh naik makan.

6e61aa68-8f03-4ba3-ab4b-938a05fe5d13

Layan je lah asal hati gembira.

acc88f72-ca49-43c3-958d-be35b64f99e9

Bagus tempat ni. Ada disediakan BBQ pit, pondok dan tong sampah, cuma mentaliti pelawat disini yang suka membuang sampah merata, walaupun disediakan tong sampah. Berbeza dengan negara luar, mereka menjaga kawasan reakrasi dengan baik. Lepas makan, sampah dibungkus elok bagi mengelakkan pelawat yang tidak diundang seperti tikus. Bila ada tikus, adalah kencing tikus, adalah ular yang datang. Kami naik ke atas lebih kuarang pukul 2, solat dalam khemah , lepas terus hujan. Jadi bersiap-siaplah kami mengemas dan pulang ke rumah. Sekarang anak-anak meminta untuk berkhemah pula. Sekarang masing-masing sibuk mencari tempat untuk berkhemah.

Anda ada idea?