Monthly Archives: April 2016

Daftar Haji anak-anak

Alhamdulillah… berkesempatan jugak daftar haji bebudak ni. Duit dalam akaun dah lama cukup untuk daftar tapi asyik lupa je. Last week alang-alang, nak masukkan duit tabung dorang, sementara ingat, terus daftar. Not bad jugak dorang kumpul duit syiling, balance sekolah, duit mak paks edara kasi..pandai menabung. Ashraff lah yang nekad, duit ni simpan nak pergi haji ni. Dapat duit terus masuk tabung.

Tau tak tahun berapa dorang dapat pergi haji?

Tahun 2099!!!

Afriena tengok kertas tu dia cakap… 2099??? Ni Afriena dah jadi moyang lah macam ni. Moyang? Nak gelak ke tak nak gelak ni. Heheheh Actually tak kisah tahun berapa pergi, yang penting dah daftar, Tiba masa dijemput Allah, duit cukup, Insya Allah pergi jugak. Yang penting kita dah niat.

haji

Badminton Night

My adik beradik organising badminton night. Once a week every friday night main badminton kat Subang.  Saja untuk merapatkan silaturrahim dan buang peluh. Like kiterang, Once a month boleh lah join, seminggu sekali tak mungkin hahaha sebab, dah petang ada kelas TAekwondo, malam Taekwondo.. apakah ini?

Tapikan serius best main badmintan ramai-ramai ngan adik beradik. Hari tu yang lepak 5 beradik campur laki bini , kecuali 2 orang lagi single. Yang lagi 2 tak dapat join lah . Best lah terpekik-pekik I melompat. I bukan nye reti sangat main badminton, kalau setakat pukul bulu tangkis tu boleh lah… tapi dia punya peluh keluar , macam kering dah air… Lawan adik beradik, team laki-bini, ipar duai… fuhh.. Kids plak lawan geng sepupu lah. TU pun cuma AShraff n Afriena ngan sepupu dorang Iman n Auni. Yang lain kecik lagi so kena duduk diam je.

Frankly… badminton ni bukan my game lah sbb I prefer swimming or bola baling… tapi since kecik main badminton lawan ngan parents, cousins ,arwah pak sedara ) we called him Pak Long ) suka main badminton. Malam-malam turun pi court so main badmintaon. Bila balik kampung, dia siap belikan raket lagi. best.. memori sebegiru kan.

So looking forward next month for badminton plak….while my adik-adik main tetiap minggu. Kiterang once a month since… I have 2-3 Taekwondo session in a week,  swimming 2-3 a week cukup lah. BUkan nak kurus just to feel good je. Best tau bila dapat keluar peluh ni. anw, swimming session… Ashraff n Afriena dulu terhegeh-hegeh nak swimming… ajar stroke slow-slow, sekarang selalu sgt nak challnge mama dorang. Sah sah dorang menang. Me? Rasa macam kurang kelajuan dah. penat beb. Now… ngajar Rayyan plak… nampak dia dah berani dah… dulu main kat pool budak lepas tu ajar kat pool adult, dia main jarak sedepa, lepas tu dua depa sekarang kalau dari tengah pool dia boleh dah swim ke tepi. Tapi I follow belakang gak takut dia penat. Pool dalam. FYi, once budak berani terjun pool, take it seriously tau, sbb ini lagi bahaya…

image

Rayyan… Dia memang takkan berlari sana sini kalau sampai tempat baru. Always takes some time..

image

Adam n Rayyan with Aunt Cdah

image

NI sebab mak dia amik gambar maka, gambar anak dia yang banyak… Aisyah

image

Ni tgh lawan ngan my sis n bro. Sebelum tu dah lawan ngan my sis n her hb, Dorang ni tahap pro dah..main 2 kali seminggu. Me cannot lah…

 

Semoga kita semua sentiasa sihat ye

Makan cendol yang sedap di kajang

Sabtu lepas, kiterang ke Kajang, ngantar kawan Ashraff sbb dia sleepover kat rumah. Lepak swimming. For a night itupun Rayyan tak kasi balik. Dia memang happy kalau ada orang pangkat abang pada dia datang. Dia mana nak kawan yang kawan sebaya dia. Bila cakap Abang Adli nak datang tido sini… yeay lah dia. Sampai malam tu semua tido lambat. Dah lah sebelum tu dah pergi swimming… banyak betul tenaga dorangkan. Dorang lepak main game bertiga. Afriena tak join lah. Dia lepak dalam bilik dia. Dia kan pemalu.

So esoknya kiterang hantar dia balik rumah kat kuaters penjara Kajang. First time masuk dalam tu… Lepas hantar dia balik, tetiba perut lapar. Padahal pagi dah santap lempeng sedap punya. So on the balik tu sekali Kheirul ternampak kedai jual rojak dan cendul. Sanggup dia u-turn kat Petronas (Batu 1 Jalan Semenyih), lepas singgah kat situ. Sebab semua lapar dan haus, laju je turun, kecuali Rayyan. Dia tak nak turun sbb dia tak nak makan bawah pokok. Dia nak makan kat kidai. Read: Kidai. maksudnya nak makan dalam kedai restoran yang ada aircond lah sbb panas kan…. Satu hal plak, kena dukung dia. Dalam tak nak makan bawah pokok dia order ABC. Bebudak order ABC, parents order cendol pulut. Pastu order makan. Order rojak ayam, mee rebus, mee goreng. Pastu share lah. Sebab rojak ayam sedap, tambah lagi satu rojak ayam. Rayyan yang tak nak makan, last -last mee goreng yang mama dia punya, jadi hak milik dia. Afriena pun makan bersuap my mee goreng. Sedap plak mee goreng dia. Simple tapi sedap. Rojak ayam dia pun sedap. Masa kiterang pergi rasanya kedai baru bukak kot, tak de orang lagi. KEna hari panas, makan cendol pulut yang pulut dia kena balun ngan Afriena n Ashraff, pastu kena plak ABC…. pehhhhh/

Ok patut cuba

Macam mana nak kesana? kalau dari Hospital Kajang, jalan terus. Hospital belah kiri, jalan terus nampak Petronas lepas tu Shell, pastu nampak lah gerai mamak tu. Tak pun set je GPS, Petronas Batu 1, Jalan Semenyih

image

Ni rupa kedai dia

imageTengoklah menu dia…..
.Tak tau nak order apa..hahahha

image

Rojak Ayam yang kena order 2 kali, sebab sedap

image

Mee Rebus pun sedap. Tapi sebab I membesar dengan Mee Rebus kat Singapore, makan I prefer Mee Rebus Singapore

image

Mee Goreng ni, makan bertiga. Tak cukup tau. Mee goreng ayam. Sedap

image

Rayyan cakap, ABC macam Badum (Bandung lah tu, dia kan pelat) Tu belum lagi you all dengar dia sebut empat. Jadi ampat, enam jadi anam

image

Afriena kata sedap…makan ABC ni. licin dia makan semua benda. Semua bersuap. rojak papa dia suap, mee goreng mama suap. Ashraff makan rojak ayam diam-diam tak nak share dah dia sbb katanya sedap sangat. Lepas tu dia akan tanya soalan , bila Ashraff nak kurus ni

Next week nak makan lagi lah kat sini… Insya Allah