Monthly Archives: February 2016

Bakal Tok Imam

image image

Ashraff cakap… Rayyan ni nak jadi tok imam ni. Pasal apa dia cakap macam tu? sebab setiap kali orang nak solat, dia akan alas semua sejadah. Sementara orang dah sibuk ambik wuduk dia dah get ready atas sejadah. Dia pun solat sama, tapi wuduk tak amik. Dah lah pakai seluar pendek. Kalau pergi masjid, dia pun solat sama.

So far dia tau amik wuduk, cuma dia ikut suka dia lah buat masa ni. HArap-harap masinlah mulut Ashraff, Rayyan nak jadi tok imam.

image

Ni lah bakal tok imam , dalam kereta tadi. Lepas hantar abang n kakak gi sekolah, dia request nak makan akok. Kena singgah kedai makan kejap. 4 biji akok tu habis dia makan sorang.Takde nak mintak share ke apa, sebab dia memang suka makan akok.

huhuhu nak balik kelantan, nak makan akok kat sana…lagi sedap.

Masak Sedap sikit

Alhamdulillah … finally ada jugak selera nak masak sedap sikit. Setelah bertungkus lumus demam dan melayan orang demam, finally semua ada selera nak makan. Ahad lepas lepas habis training taekwondo, terus pikir nak makan apa. Mula-mula Kheirul ajak makan seafood, Lately, semua malas nak keluar makan jauh-jauh.. penas kot kat luar..

So I cakap..apa kata kita beli and masak kat rumah. Daripada keluar rumah penat-penat, kadang makan tak berapa sedap baik kita beli and masak. Kita beli ketam dan masak. You all… kalau pi makan ketam kat luar tambah itu ini mau kena 150++… tapi kalau masak , kita telah menjimatkan 50% duit makan tadi, dan juga jimat duit petrol dan juga tol. Betul tak.

So macam biasa lah lepas habis ajar budak homework, tido kejap, lepas Asar Kherul keluar pi cari ketam nipah. Dia pi cari kat NSK Kuchai Lama. Beli 3 ekor. Bawak balik, budak tiga orang ni terpekik-pekik dok tengok ketam hidup. Setengah jam jugak Kheirul kerjakan ketam tu. Kasi mandi, kasi berus, kasi bersih tapi takde lah kasi syampu bagai.

Dah settle semua, baru I take over. I mmg jenis tak suka orang ramai kat dapur. Kirakan kalau I masuk dapur orang lain kena duduk je, jangan nyebuk. So jangan pelik kalau, ada orang lain masak kat dapur, I tak tolong, I tak suka ramai-ramai kat dapur.

Kejap je masak ketam. Buat Chilli Crab pastu makan dengan mantau. Beli 3 peket mantau, habis licin.

image

Alhamdulillah

Demam dan semua demam

Lama tak update rasanya. . demam… actually semua demam. Demam bermula masa cuti CNY. Mula dengan Rayyan. Badan panas, kejap sejuk, kejap panas pastu menggigil. BAwak pi klinik. Sebab baru sehari dua demam, so kena tunggu lg dua hari baru buat blood test. Sekarang ni kalau demam je, cukup 4 hari demam kalau tak kebah, kena buat blood test.Sempat bersembang ngan doktor masa tunggu result darah Afriena, Doktor cakap denggi sekarang ni dah pelik. Selalu yang maut pasal denggi dorang bukan demam lama, dorang demam 2-3 hari pastu collapse then meninggal. Tu yang dia kata 3-4 hari demam , kalau suhu tinggi pi amik darah.. Teringat masa  denggi hari tu, masa buat blood test, platlet ok je, tapi darah merah kurang. Doktor suruh pi hospital cek darah merah takut thalassaemia, pergi-pergi, puan confirm kena denggi.heheheh

Actually lepas Rayyan demam, esok tu I plak demam. PErgi rumah SIL, I takde pun tolong kat dapur masak, Duduk kat living hall, baring 5 beranak, sebab semua rasa badan panas. Tapi I tak pergi pun klinik, I minum air banyak. Esp air kelapa. Minum air kelapa 3 hari berturut … alhamdulillah demam kebah. TInggal batuk je. Ubat batuk yang hospital bagi ada 6 botol lagi. Minum yang tu je. Nasib baik sembuh batuk. Lepas I demam, Afriena plak demam. Hari Rabu n Khamis dia tak pi sekolah pun sebab demam. KIterang makan pun makan apa yang ada kat dapur je. Takde masak bagai. Tak larat. tengok makanan pun rasa nak muntah. Afriena demam  5 hari gak, tu yang siap kena mik darah tu. Lepas Afriena demam, Ashraff plak demam. Dalam seminggu tu berapa kali tah pi klinik.Terjelepuk je dorang kat hall. Nasib baik Ashraff ni demam ejap je. Ahad tu dah boleh pergi Taekwondo. Esok tu Kheirul plak demam. Panas badan. Senin pagi lagi dah menunggu depan klinik. Dengan BP tinggi. MC lah dia.

Memang cukup satu family lah demam. Memang 2 minggu ulang-alik ke klinik. Makan pun tak berapa. Insya Allah kalau semua dah baik demam kenalah masak sedap sikit.  Semoga semua cepat sembuh ye