Yearly Archives: 2015

Inspirasi

Seperti yang dijanjikan,  I nak bercerita pasal inspirasi. Setiap orang ada inspirasi masing-masing. Kalau yang tak tau apa maksud inspirasi, cari je dalam kamus dewan hehhehe. Tahun ni I ada target. Target untuk dapat black belt. Dulu dari suka suka nak exercise luangkan lebih masa dengan Ashraff dan Afriena, sekarang dah ada ramai kawan , Dah join club ,organize national event dan insyallah, tahun ni international event plak.  Dah jadi satu komitmen plak. Dulu selalu rasa down je…ye lah duduk rumah tak jumpa orang, takde lepak ngan kawan-kawan, now, every Sunday, haaa amik boleh je hentam kicking pad sepuas hati, boleh keluar peluh.

Nak tau sapa yang  banyak beri semangat dan inspirasi, suami saya lah…. 1-1-2015, KHeirul amik grading untuk 6th dan. I pergi tengok lah kasi support, amik feel macam mana rasa grading tuh. Tengok macam mana dia buat breaking.

heheheh… papa jangan marah ye letak video ni.  Ashraff and Afriena suka sangat tengok video ni. Pastu dorang ada lontarkan satu soalan,

Mama boleh ke pecahkan papan ni nanti masa grading?

Next grading ada breaking. Seriau gak. Insya Alllah boleh kalau betul teknik dia kot.  Mesti kena cuba. Ashraff ngan Afriena memang, sentiasa underestimate mama dorang. Nak bukak stroller  agak-agak slow, mama boleh ke buka, papa buat senang je.

Kalau nak parking kereta, susah nak parking ni, boleh ke buat ni…

Dorang ni memang…. selalu gitu. Bukan tak reti bukak stroller, lambat sikit, sebab tak nak pegang tayar stroller, takut kotor

Bukan tak reti nak parking, kena berhati-hati sbb parking kereta panjang sikit leceh. Dia ingat main sekali masuk je ke. Mesti nak kasi cun parking tak nak senget-senget. Dorang ni memang.

image

bergambar selepas grading ..

So … apa inspirasi you all?

 

3 of them

mmm hari ni…happy sangat bila hantar Rayyan ke tadika.  Hari ni pukul 6.30 dia dah bangun. Nangun je, peluk mama dan cakap nak mandi. Aikk awalnya nak mandi. Rayyan shee shee katil ke? Tak basah…dia jawab. Ok…so I bawak dia pergi mandi, pakai kan baju sekolah. mmm bagus takde bantahan tentang baju sekolah. Kadang-kadang datang angin dia, baju sekolah dia bukak lepas tu dia sembunyikan. Dia ingat mama dia tak tau mana dia sorok baju? So lepas mandi, dia pi amik ipad, masuk bilik dia, baring… ok gak tu…bila abgn dan kak dah pergi sekolah dia pun keluar. Cakap nak makan. Tanya nak cereal ke, nak roti? Nak roti… Roti plak kena tanya nak roti ngan cheese ke, butter ke? kaya ke? NUtella habis so jangan tanya. Nak roti cheese ngan butter. Kasi siap, dia nak naik stroller… Ok kita tolak dia pi sekolah.

image

Last week kena asthma… Pandai dia, cakap nak pergi jumpa doktor. Sakit . Dapat neb terus pegang sendiri. Dia kata best.

 

Sampai sekolah bukak selipar sendiri, sususn sendiri amik beg, kiss mama dan terus naik atas ngan cikgu dia. Wahhh bagus nya. Cikgu pun cakap…wah good boy lah dia hari ni? Kawan-kawan dia pun muka pelik…kenapa agaknya budak ni tak nagis hari ni kan? Mungkin dah dapat biasakan diri kot.

Ashraff and Afriena plak, bangun pagi senang je… masing -asing tak berapa sihat. Afriena kena eczema, Ashraff kena ulser kat mulut, kena jupa doktor lah nampaknya. Lepas mandi , solat, dorang breakfast. Lepas tu keluar rumah. Alhamdulillah senang urusan hari. So now bila sengsorang dok kat rumah ni, rasa boring jugak. Semalam dah vacumm rumah dah takkan nak vacuum lagi, sapu je lah… Mungkin kena cuci toilet kot tapi nampak toilet macam bersih… Nak buat apa tah.. Mungkin cari idea nak masak untuk dinner kot.

Nak masak aperrr malam ni????

 

Esok nak citer pasa sumber inspirasi plak..Insya Allah