Yearly Archives: 2015

Resepi: Ipoh Kai See Hor Fun / Chicken Kway Teow Soup ( 鸡丝河粉)

Malas nye nak ngadap blog lately. Sebab minggu ni pepagi dah bz. 6.45 dok atas jalan…pergi sana- sini driving and hadap jem pepagi. Sampai rumah terus rasa malas dah nak hadap kompter. Nak mkan pun malas dah. heheheh

image

Last Friday, ada masak Kway Teow Suoup. Bebudak ni memang suka kalau masak benda-benda cam gini. Laju je makan. Nak masak menu ni pun senang je. I guna breast part, buang kulit dan rebus ayam tu. Tak nak rebus guna kaedah poach. Cara dia… panaskan air, buang kulia ayam. Bila air panas, rendam ayam sekejap, kasi buang bau atau rasa tak best tu. Pastu bilas ayam. rebus air sekali lagi, rasakan air dengan garam dan lada putih. bawang putih yang di ketuk. Bila, Air dah mendidih, masukkan ayam .Biarkan hingga sup mendidih dan boleh matikan api. Biarkan ayam dalam tu selama mungkin sampai sup sejuk lah kot. Bila sup sejuk, keluarkan ayam. Insya Allah ayam dah sejuk dah time tu, Boleh potong ayam tu. Itu kaedah poach saya, untuk resepi boleh tengok kat bawah

bahan-bahan

  • sekeping ayam bahagian dada
  • 10cawan air untuk sup
  • 10 ekor udang – buang kulit
  • sedikit taugeh
  • daun bawang
  • sebungkus koay teow
  • garam dan lada putih secukup rasa
  • bawang goreng
  • Minyak bijan

cara-cara

  • poach atau carakkan ayam seperti langkah yang diterang kat atas
  • bila ayam dah masak sejukkan dan hiris tipis
  • panaskan sup , celurkan udang sekejap
  • bila masak, angkat udang
  • celur koay teow dan tauge sekejap je, takut lembik
  • cara hidangkan, letakkan koay yeow, udang ayam dan tauge
  • curah sup panas atas hidangan tersebut
  • Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan bawang goreng
  • kalau nak pedas, racik cili padi and tabur atas koay teow tadi
  • tadaaa ..dah boleh makan

Sesuai untuk hidangan makan malam atau sarapan. Kalau rasa tak cukup lagi bahan kat atas boleh tambah bebola ikan dan poach egg.

 

 

Resepi Asam Pedas Tetel

Pernah cuba masak asam pedas tetel?? Kalau kat Melaka ni memang lah tersohor sangat. For me, I lagi prefer asam pedas ikan to asam pedas tetel. Asam pedas tetel ok lah tapi tak seterangkat asam pedas ikan. Maybe I ni bukan peminat daging kot? kan ? kan? kan?

ANW, dalam tak berapa suka masak lah jugak sebab ada daging dalam freezer. Nak masak kurma hari tu dah masak kurma dah . Kena masak benda lain lah plak. Something easy and senang. Daging yang ada kat rumah ni memang part tetel … ada urat ada lemak ada daging memang complete lah…  Mungkin I tak suka rasa dia mungkin sebab daging ni berlemak sangat kot??? ke sebab ada daun limau purut? Since ni pun intai-intai kat blog orang, so kita follow je lah. Ohhh asam pedas ikan ku… I miss you

So let’s cook

image

  • 400g tetel potong kecil
  • 2 senduk cili kisar
  • bawang merah 8 biji/bawang besar 1 biji – kisar
  • bawang putih 2 ulas -kisar
  • belacan sebesar ibu jari – kisar
  • 1 serbuk kunyit satu sudu
  • lengkuas 2 inci – ketuk
  • halia 1 inci – kisar
  • serai 2 batang – ketuk
  • air asam jawa – semangkuk kecil
  • sedikit minyak untuk menumis
  • segenggam daun kesum dan 2-3 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai dan lengkuas
  • kacau hingga garing dan masukkan serbuk kunyit
  • bila tumisan nampak garing, masukkan daging, kacau rata
  • tutupkan periuk dengan tudung periuk dan masak daging hingga empuk
  • Bila daging dah empuk, masukkan air asam jawa, daun kesum, limau purut
  • rasakan garam dan gula
  • bila dah masak..sedia dihidangkan

 

Movie Night Out : Avengers Age The Ultron

Dah lama tak tengok movie kat cinema.  Bukan satu keperluan yang harus dilakukan secara mingguan atau bulanan. Mungkin sekali sekala. Tengoklah apa movie yang menarik. Hanya orang kaya-kaya je mampu pi tengok movie setiap minggu. Hheheheh… Betul lah kalau pi satu family tengok movie, memang berhabislah RM100 lebih kan. Cuba kira kalau setiap minggu untuk setiap bulan pada setiap tahun? Nasib baiklah Ashraff dan Afriena ni bukan  jenis yang suka mintak-mintak itu ini.

image

Sebenarnya plan nak tengok movie tu memang takde pun. Selepas balik kenduri, masa duduk meratap duka lara dalam kereta menghadap jem yang tah apa-apa, I pun cek status member-member kat FB, Sambil cek status mulut dok mengomel.. apa lah semua ni dok update status tengok Avengers ni? Sekali Kheirul cakap.. Jom kita tengok wayang malam ni nak? hhhh apa lagi… yang kat belakang terus angkat kepala nak nak nak. Balik rumah suruh siapkan hoework, buat revision while I buat online beli tiket  wayang.  Senang je.. beli online tiket popcorn semua. Pukul 6.30 dah keluar rumah sbb takut jem. Sampai Mines ngam ngam maghrib. Solat dulu lepas tu melepak sekejap sambil tunggu Afriena siapkan homework khat dia. Dia kalau buat khat memang slow. Buat satu pi tanya semua orang… ok tak lawa tak??? Show pukul 8.30, Pukul 8.20 baru bertenggek kat depan tu. Pi amik tiket, amik popcorn pastu seludup chips hahahahah

image

tengok muka Rayyan tu…. nampak tak muka budak takleh duduk diam. Nasib baik masa wayang dia tak buat wayang

image

baru perasan semua pakai hijau rupanya

image

tengok Rayyan tuh

image

see see seee

Kembang kempis hidung anak-anak dapat tengok movie. rasanya dah lama kot tak tengok wayang. 2-3 tahun kot. Dah dapat seat masing-masing makan popcorn tengok movie. Susunan kena betul. Papa-Rayyan-Mama-Afriena-Ashraff. Memula Ashraff nak duduk sebelah I, pastu I cakap… Ashraff boy, kena jaga Afriena…hehehe.Rayyan tergelak-gelak tengok Mega Ironman belasah Hulk. actually ramai gak orang bawak anak tengok wayang. Mostly bebudak excited lah… cuma kalau budak yang kecik tu..ada sikit mengganggu lah. Berlari sana-sini, mak bapak buat dek jer… hish geram je Rayyan tengok… dia kan takleh tengok orang lari sana-sini.. sbb dia macam nak join jugak. Tapi lagi 30 min ke 40 min nak habis Rayyan tido. Kena lah ngangkut dia balik lepas movie sbb tak bawak stroller.Apa-apa pun memang best. Next movie yang dorang tunggu alah Star Wars..jeng jeng jeng jeng.