Sebenarnya, sebelum ke SOngkla kami berlima pergi ke SUngai Klah. Oleh kerana kiterang nak balik Kelate, rasa malas nak lalu grik atau simpang pulai, maka dengan rasa semangat kiterang pilih ke SOngkla lepas tu lalu Pattani dan Narathiwatt lepas tu masuk ke Golok dan Rantau Panjang then balik ke Mache’. Hahahaha punya banyak pusing dah… Lalu Narathiwatt dan Pattani, memang banyak check point. Tapi everything went smoothly. Alhamdulillah. Tak semestinya perlu naik kapal terobang untuk lihat negara orang, drive pun boleh infact…sangat menyeronokkan. Kalau lalu Pattani, sepanjang jalan pntai dia sangat menarik. Tapi kiterang tak singgah sebab nak sampai rumah before Asar sebab esok ada akad nikahdan bersanding my brother. Mesti kena rest cukup cukup.
Merasa lah jugak makan nasi bamboo. Kelab kereta yang organised. Ni menarik ni. Asal makan mesti pergi. heheheh sampai sana pukul 11 lebih. terus amik seat makan. Kena makan dulu sebab nak ke Siam plak kan.
Yang spesel makan kat sini adalah Nasi dia , dia kukus dalam buluh. macam lemang. Bila sampai nasi kat meja..mmmm wangi bau dia. memang meikat selera. Tang lauk plak, ada ayam bakar. Sedap ayam tu, pekena dengan sos pencicah dia. Boleh tahan makan.. Ada jugak Patin Tempoyak. Tapi tak kaw.. mungkin yang makan ni orang pahang dan pecinta patin tempoyak pahang atau mungkin patin dia bukan dari Sungai Pahang?
Tapi not bad lah…cuma selalu kalau makan tempoyak Patin Pahang, mesti licin kuah kena hirup tapi yang ni tak licin. Tak hirup pun kuah. Ke sebab Rayyan tak nak duduk situ lama…. Dia tak nak duduk atas kerusi makan nak beriba… Cuba bayangkan budak 5 tahun makan nak beriba? Alasan sebab ada lalt dan panas. Stress gak makan macam tu. Susah sorang City Boy ni. Takut lalat, takut semut, tak suka panas, leceh betul… Dah tu tepi ladang kelapa sawit???ish geram… berapi je kepala masa tu. Rayyan memang tak suka makan tempat panas-panas, sebab kulit dia sensitif…kejap je naik gatal gatal… Tu yang kekadang bukan kekadang sebenarnya selalu lah jugak tak berbaju..Kadang eluar rumah pergi mana-mana baju dia dia campak kat dalam kereta tak nak pakai baju. Tidur malam pun macam tu jugak. Tapi time cuci baju, baju dia jugak yang paling banyak
Oh ya kat sini nak makan kena layan diri. Sebenarnya ada banyak lauk lagi. Tapi Kheirul amik lauk yang dia berkenan je. I memang tak gerak pi manalah duduk kat meja je. TEmpat makan ni dekat ngan Hotspring. Should try not bad jugak makan sini.
Sekian