Monthly Archives: September 2015

Warong Bang Yahya Songkhla Terbaikzzz

Rayyan tengok gambar ni… Mama..sedap ni nasi goreng seafood. Rayyan makan banyak. Memang  pun.. banyak betul dia makan. Sebelum sampai kedai makan lagi dia cakap,Rayyan nak makan banyak , Rayyan lapar nih. Rayyan nak makan nasi goreng…

IMG_0427Kedai ni pernah datang masa last visit. Makan somtam yang sedap giler. Kali ni datang nak makan nasi plak. Best kan kedai makan tepi laut. Tak payah bukak kipas pun. Sejuk je.. nyaman je.
IMG_0426

Ni tempat duduk dia. Nampak tak Rayyan tu, tak berbaju since dari Malaysia. Masa cop passport pun tak berbaju. Officer tengok pun geleng kepala sambil senyum je.Naik atas dangau tu, lompat-lompat. Adoiii takutnya kot kot runtuh dangau buluh…Lompat-lompat nak tengok menu. Nak nasi goreng! Nak nasi goreng!… pandai baca sampai nasi je..goreng tak reti. Pastu tunjuk gambar. Ni nasi goreng apa mama? Nasi goreng seafood… Nak ke? nak nak… Dia tulis bahasa melayu ala kelate… Size nasi goreng yang kiterang pilih Size Bajar. Agak je lah size bajar tu besar, sebab tengok harga paling mahal lepas tu nak paling banyak. Hahahaha… lapar giler

IMG_0428

Selain tu order gak tomyam… Dah kata pergi Siam, mestilah  nak makan tomyam. Yang kelakarnya, order dia suruh tulis sendiri. Kiterang tulis tomyam campur. Jenuhlah dia dok baca menu dia lama-lama teliti satu-satu sbb tak tahu apa benda. 5 minit gak lah…pastu Kheirul pi tanya dia ..tomyam takde ke, ada ada..pastu dia angkat pot tomyam, tomyam ni ke? ha ha ye… campur. Dah kata campur, memang semua bintang ada dalam tu. Udang, sotong,ikan dan ayam. Semua ada. Rasa dia pedas dan masam. Kalau dia letak gula barang sesudu kecil rasanya, mesti lagi WOWWW..UPMHH Tomyam dia ada rasa daun basil. Sedap dan unik. Tak macam biasa yang kiterang makan. Tapi habis licin. Ashraff and Afriena boleh makan hirup macam makan sup. Itulah dorang kalau dapat tomyam. mama dorang plak jarang masak tomyam sebab kalau masak tomyam rasa tak sama macam kat Siam.

IMG_0429

Ni kalau pi makan Bang Yahya ni, jangan lupa order Somtam. Somtam telur masin.  BEGINI sedap dia. Masam, pedas , manis, rangup, liat,  semua ada. Cukup rasa. Kalau makan kat rtempat lain memang tak sesedap ni. Kena kat tekak kiterang lah. Sos Ikan tak banyak sangat, asam limau yang berpada, Pedas yang kick, manis manja-manja, Betik yang rangup , Telur masin yang masin tak seberapa dan Buah gajus yang lemak-lemak manis. Bayangkan rasa dia. Ni kalau suruh makan ratah je pun I boleh makan 2-3 pinggan. Berair hidung makan somtam kooo

IMG_0430Order Ayam bakar separuh ekor. Ayam ni dia bakar atas arang. Nampak sedap je kan. Rasa dia sedap. Ayam dia rasa macam ayam kampung je, tak macam rasa ayam kat KL. Ayam bakar kulit dia rangup. Licin Ashraff makan. Rayyan tak makan benda lain dah… dah dia kata nak makan nasi goreng, memang dia amkan nasi goreng je.

IMG_0431 You all jangan salah paham. Pinggan besar depan I tu bukan nasi goreng I u know. Tu sebab takde tempat nak letak nasi. I punya pinggan belum isi nasi lagi. NI tengah sebuk nak test lauk-pauk. Biasalah mak-mak… mesti kena test rasa baru kasi anak makan. Kot terlebih pedas ke, masam ke.IMG_0432Nasi goreng dia sedap. Tak pedas sebab mmg request tak pedas,  Guna plak beras wangi. Habis licin tu nasi sepinggan bajar. errr… Bajar maksud dia apa eh? BEsar ke? pernah dengar orang kelate cakap bajar.

IMG_0433Telur dadar dia, biasa je lah… telur dadar macam I buat je. Mesti ada ni kalau makan kat luar. kot kot anak-anak tak nak makan lauk lain. Telur dadar boleh back up. Makan dalam keadaan lapar dengan suasan nyaman bertiupan angin sepoi sepoi bahasa memang sedapa. Menyelerakan.

Sejam jugak makan kat situ sebab saj lepak-lepak layan bunyi laut. Ramai orang makan situ tapi servis cepat. Pelayan kat situ memang bercakap kelate so takde hal la… kiterang macam balik kelate je lah. Tapi yang best kat sini dorang sangat warm and friendly. Sangat meraikan pelanggan. Berbeza dari kat KL atau tempat lain. Rasa macam pi makan rumah sedara mara. ha gitu feeling dia. Caj makan kat sini boleh lah rega berpatutan. Dalam BT600++. Campur ngan air botol beberapa botol.

Not bad la kan. Makan pun puas hati..Alhamdulillah. Ni kalau ke Songkla harus repeat. Insya Allah

Belajar beli sayur

Jerebu datang lagi. HAri ni tak sekolah lagi sekali. Semua tak pi sekolah. Tambah lagi semua demam kat rumah. Yang teruk I lah . Mungkin sbb badan  penat buat kerja non stop since last few days ada buat kenduri kahwin , travel , kena hujan and balik KL kena jerebu plak. Dah lama tak kena demam…haaa ni baru kena demam sikit pun dah lembik je.

image

Ni cerita masa cuti Hari Malaysia. Bawak bebudak pi pasar. Masuk pasar mulut dok mengomel, busuknya pasar, dirty nya… hahahah dah nama pasar. Tapi rasanya pasar borong je kot yang busuk kotor macam ni. Pasar Taman Tun tak plak. kalau poi psar tani or pasar malam takde plak bau busuk yang melampau. Pi pasar pi cari siput sedut untuk masak cili padi. Pastu rezeki my siblings sbb dorang datang singgah, merasalah makan lemak cili padi siput sedut yang pedas. Beli 2 kg, RM16. Kalau makan kat luar, semangkuk kecil dah RM12… tak cukup makan. Sempat jadi tukang sedut untuk Rayyan je. Anak-anak plak suka makan siput sedut. Selain beli siput sedut, beli jugak ikan sikit. Ikan dah jadi macam lauk orang kaya. Semua ikan mahal. Melampau-lampau mahal ikan kat pasar.

image

Sebab pasar tu bau busuk, lepas tu kiterang nampak tikus mati dalam longkang, so bebudak tak nak jalan kawasan ikan, maka I bawak dorang pi kawasana sayur. I suruh dorang pilih sayur kat situ. Suruh amik sayur yang dorang suka. Ada satu gerai melayu yang jual sayur, kalau gerai yang orang myanmar jaga mmg taknak pi sebab kotor. I perasan kalau penduduk tempatan tak kira melayu, India atau cina yang jagha kedai sendiri mesti kedai dorang bersih. Kalau kasi myanmar/ indon/ vietnam jaga… memang kotor… BEbudak amik sayur fav dorang. Ashraff amik kangkung 2 ikat, Afriena plak amik sayur brokoli, carrot and baby corn. Pastu suruh dorang amik serai dan kunyit. Bising lah dok tanya kunyit mana satu… apada kunyit pun takde kenal ke??? Deyyy!!

LEpas ke pasar balik rumah setlle kan siput then terus masak. Siput masak lemak cili padi, daging goreng kunyit, kangkung belacan pastu ada tambahan lauk rendang ayam yang my sis bawak. Best sekali sekala lepak adik beradik. YAng sepupu-sepupu pun suka lah lepak sama-sama lepas tu gaduh… biasalah tu

PLAY-DOH: Membina Komuniti Ceria

Jerebu kuat plak hari ni…. Hari selasa hari tu kan sekolah tutup, Jadi budak-budak spent time dalam rumah. Boring muka dorang. Nak pergi swimming tak boleh , nak main badminton pun tak boleh. Suruh main board game  semua tak nak sebab kalau main tak pernah menang asyik Rayyan je menang. MAin lah game apa pun Rayyan yang menang. Kalau kita di ambang kemenangan, Dia cakap…main tipu… aiyoooo

image

Since tak boleh main kat luar maka, main PLAY-DOH lah dalam rumah. Bagus PLAY-DOH ni sebab anak-anak berimaginasi . Berkarya dengan PLAY-DOH. Setiap yang di hasilkan adalah dari hati masing- masing.

image

Main PLAY-DOH dengan masih berbaju tidur. Takpe asalkan jangan gaduh je. OK mari kita tengok kreaviti masing-masing.

image

Hasil seni Rayyan… Katanya ini adalah burger. Kaler purple tu daging, kuning tu cheese. Jangan gelak tapi… mostly apa yang dia buat dengan PLAY-DOH adalah makanan.

image

Makan burger….

UNTUK MAKLUMAN

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.   

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.  

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!  

Takde Idea? Boleh tengok hasil rekaan Ashraff yang  patriotik. Ashraff ni lebih kepada straight forward. See ! Setiap hasil PLAY_DOH, boleh tau apa karakter setiap anak-anak.. betul tak?

image

Satu Malaysia dengan sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan.

Afriena plak dia suka bermain warna. Mari tengok apa yang dia buat.

image

Buah-buahan tempatan. Dia kata nak buat durian tapi katanyasusah nak buat duri. Pandai dia buat kan. Actually Afriena ni daya imaginasi dia lain sikit. Dia suka dengan warna. Kalau kat rumah takde kerja, dia duduk diam, dia ambil kertas kosong dan pensil warna, maka akan terjadilah sesuatu. Macam lukisan rumah ke, gambar princess ke… Thats her. I suka tengok buah tembikai dia dengan buah pisang.

image

Yang ni pun , Afriena yang buat….Haihhh bila tengok pelangi rasa nak makan kek pelangi plak hehehehe

image

Dan akhir sekali …ini adalah hasil rekaan Rayyan… It’s all about food. Dari yang warna hijau, katanya itu pizza,  yang kecik kuning tu pun pizza,  pastu burger, donut, yang warna hitam tu dia buat oreo. Dan yang lain tak dapat nak tafsir.Yang Oreo tu, dia campur warna, tu yang jadi macam kelabu. Itu yang best pasal PLAY-DOH, warna boleh campur-campur untuk hasilkan warna baru dengan guna tangan je.

Ok lah… pada sesapa yang berminat dan ingin tahu  maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.

#playdohmonth2015