Monthly Archives: August 2015

Cara belajar yang tak bosan

I ni bukanlah bijak pandai belajar sampai PHD, I cuma diploma yang extend satu sem…heheheh ayat gitu. Since anak-anak semua dah sekolah, I tengok cara belajar sangat boring . homework! homework! homework!. Bosankan kalau gitukan. So sekarang ni, alang-alang bari lepas UPP 2 kat sekolah Ashraff and Afriena, so kiterang open table lah kat rumah. Open table main carrom lah.  Kasi hilang stress.  Habis buat homework je open table.

Main carrom takde stress, tapi I lah stress sebab ada je gaduh dorang. Kalau yang tu kalah, kata yang ni main tipu lah…sakit tangan lah… gitu plak kekdahnya. Tapi untuk Rayyan kalau main carrom… I buat deal ngan dia. Sekali jentik, sekali tulis homework dia. Rayyan ni jenis yang sangat malas menulis, tapi dia senang ingat apa yang cikgu ajar. So bila buat macam ni dia jadi lupa malas dia sebab bila dah main carrom, dia jadi senang buat homework. Lepas jentik terus tulis, sampai lah habis homework dia. Itu cara mengalihkan ketidaksukaan buat homework tanpa sedar.

image

main carrom… memang dia menang lah

Kekadang main dam haji tak pun main ular dengan tangga. Main Ular dan tangga especially memang bagus untuk budak-budak. NI time belajar mengira. Dari kena kira ngan tangan, Rayyan dah boleh main congak-congak. Tapi kalau main games ni, dia je lah menang. Kalau dam haji tu pandai pulak dia buat strategies. Afriena tak suka main these games… dia kasi buat masak-masak k dia suka lah. Selalu bila boys main games dia tengok TV je sambil buat muka sendu sedan sbb tak de orang nak spend masa ngan dia.

image

tgk dia nak makan orang punya buah hish

image

ni dah nak tidur baru dia teringat homework dia. Hen pien hen shu Cara mengeja ok

 

Exam UPKK 2015 – Ashraff

Tahun ni Ashraff akan amik exam UPKK. Haih nervous hati mama dia, nak nak bila tengok anak bujang rileks jer. Walaupun ipad dan komputer sudah dipantau, tapi sbb kat rumah ni TV pun ada internet, rasa macam mencabar plak. Dorang lagi advance cari movie, game dalam TV. Papa lepas tournament ni, sila disconnect semua. Slama cikgu cakap sekolah dia cakap exam UPKK adalah pada 5 Oct 2015-8 Oct 2015. Smalam masa amik dari sekolah, cakap kat dia…rilek je. Rasa macam tak da apa-apa plak… Cuti sekolah di kena hadapa lah nampaknya. Bila tanya sedara mara, semua kata senang je… Harap begitulah….

Apa-apa jadual exam belum dapat  lagi. Kena tunggu pihak sekolah update.  SO sekarang ni baru lepas UPP 2 kat sekolah so kiranya minggu ni restlah. Lagipun end of this month dorang ada tournament. Kasi dorang chill lepak kat rumah, main carom sampai gaduh, makan dan gelak. Masuk bulan 9 study balik.

Selalu anak nak exam, mak yang stress….

Update please!!!!!!!

Sejuknya hari ni… macam duduk obersi pulak. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, udara sejuk lepas tu keseorangan di rumah. Rasa macam nak masuk bilik ambil bantal and zzzzzz. Tapi itu hanyalah angan -angan yang tak dapat dipenuhi. Banyak kerja nak buat. Walau rasa sangat boring dengan buat kerja yang sama setiap  hari, kena buat jugak. MInggu ni tak pergi jogging lagi, Selalu, selang sehari pergi jogging kat bawah, cuma minggu ni pergi swimming petang je. Itupun kena makesure cuaca takde hujan. Sebabnya bebudak exam kan, so kenalah bawak dorang swimming kasi hilang stress.  Rayyan pun dah berapa kali dah tanya, mama nak swimming tak? Swimming pool dan anak-anak mana mungkin dapat dipisahkan. Suka dorang kat swimming pool tu.

Tak ketahuan nak update apa, tapi banyak cerita nak dikongsi. Bulan ni bulan busy husband, setiap malam tidur lewat selagi tak habis kerja Taekwondo dia. Hujung bulan ni ada Tournament Taekwondo anjuran STANICC, yang macam tahun lepas tu, tapi kali ni nampak macam best jer… Mungkin kali ni Afriena cakap  nak masuk tournament kot. Yerr Afriena yang kurus cekeding tu, takutnya tengok dia sparring. Dia dah lah kurus…kecik plak tuh. Adehhhh Tapi dia nak mauk jugak. I siap cakap… ok nak masuk boleh tapi dengan syarat, kalah ke, sakit ke jangan nangis. Ashraff macam biasalah… budak laki apa dorang tau kan. Sebenarnya kalah menang tak penting, yang penting cari pengalaman, bina keyakinan diri, belajar sabar dan ada semangat untuk bersukan tu je. Tapikan dah  3 bulan tak pergi Training, kiterang just pergi training kat Fuqaha je, Yang kelas pagi tak pergi lagi. Sebabnya, Bulan puasa masa bulan 6 dan 7… Tgh bulan 7, raya then bulan 8 plak , balik sebab atuk meninggal dan ada event Dugro lepas tu Ashraff demam sampai kena pergi amik blood test sebab doktor suspect denggi… Insya Allah minggu ni nak pergi itupun kalau takde halangan apa apa lah

blood

Dah lama tak pergi training ni kang kaki keras plak. Nanti banyak pattern lupa. hahahah…peluh pun kurang keluar nanti. Insya Allah…

Oklah nak sidai aju plak. Hari ni Rayyan terkencing atas tilam plak…nasib baik sikit je. Semalam lailah…dia merajuk dalam bilik air, masa merajuk dengar dia cuci swimming suit dia, Bila I masuk check tanya kena, dia cakap swimming suit dia kotor sebab dia kentut…ekkkkk