Sneak in, Sneak out

Rayyan tak lama lagi nak masuk 5 tahun. Dia ni kategori berani mencuba dan sangat poyo. Ayat-ayat yang diluahkan dia sangat annoying tapi cute . Kalau kita tak bercakap dengan dia pun dia boleh sibuk beri idea.

Contoh 1

I dok bersembang ngan Kheirul… dia kat sebelah..

Bang panaskan hari ni?  Belum sempat Kheirul jawab dia dah kasi ada..panas ke mama? mandi lah

contoh 2

Adehhh berpeluh-peluh dah sapu rumah ni, dia cepat je keluarkan statement… peluh ke mama…bukak lah baju

contoh

Kalau dalam bilik air…

Rayyan jangan main sabun nanti gatal badan… dia jawab mana ada main sabun n, ni tengah syampu…tak main mama…. mandi je

Dia ni penuh ngan idea dan penuh dengan curiosity dia. Kena sabar je lah. Aktiviti sneak in dalam  bilik kiterang masih lagi berlaku. Dia kan malam-malam bangun pergi toilet sendiri kan. Pergi toilet lepas tu lupa jalan pulang ke bilik…ada je menempek kat tengah tengah lepas tu tolak semua orang sbb dia nak tempat luas atas katil. Bayangkan lah…I dah lah tak leh tidur tempat sempit nanti sakit belakang…. pastu kaki tangan dia suka suki je debik atas muka orang. Itu kalau sempat dia cari port tido… ada lagi best, dia main je landing atas Kheirul, takpun tido berdiri tapi kepala separuh atas katil. Ada jugak insiden masuk bilik lupa nak kencing, dia terus landing sebelah I, pastu terkencing. Haaaaa itu sangat marah lah sbb nak mencuci tu makan kerja tu. Ada pernah sekali tu, dia bangun pi toilet, gi buang air, lepas tu terus landing dan tanpa dia sedar dia tidur tanpa pakai seluar. Pagi tu I sedar, awat budak ni tido merengkok kebogelan? adehhh rayyan suka suki je kan

Ashraff and Afriena gak senang. Tido bilik sendiri tak kacau orang. Selagi tak kejut bangun pagi selagi tu tak bangun tidur.

baju tarak...bola pakai seatbelt

baju tarak…bola pakai seatbelt

Suka hati Rayyan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.