Monthly Archives: March 2015

Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015

Sambutlah Hari Kesihatan Mulut Sedunia dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dan pengkumur mulut nombor satu di Malaysia*, LISTERINE®, dan bersama-sama mencipta rekod di Malaysia Book of Records untuk “Acara Kumur Mulut 12 Jam dengan Paling Ramai Peserta” untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rutin pembersihan mulut harian yang lengkap! Butiran berikut:

MBR_EFlyer

 

Anda hanya perlu mendaftarkan diri dan berkumur, untuk mendapatkan sebotol LISTERINE®, baucar diskaun dan sijil khas, di samping merebut peluang untuk memenangi hamper Johnson & Johnson yang akan diberikan sepanjang hari! Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mulut! Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 akan mempamerkan informasi kesihatan mulut, aktiviti berpendidikan dan pemeriksaan gigi percuma, di samping acara berkumur sepanjang hari tersebut.

 

Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015, sila layari Facebook LISTERINE® Malaysia di Listerine Malaysiaa dan anda juga boleh mengesahkan kehadiran ke acara ini di https://www.facebook.com/events/745909945517042/.

Jumpa di sana!

Weekend Somtam Trip

Sapa suka/pernah/dah makan somtam? Selalu kat kampung my mom ada jugak buat kerabu betik, tapi kat Thailang mesti cuma somtam. Kiterang ke Samila Beach on last weekend. 2days and 1 nigh. Giler penant. Selalu je short trip. Hajat asal adalah untuk ke Koh Samui, tapi suami tak dapat cuti almaklum baru kerja seminggu so merasalah no cuti for 6 month untill confirm kan? Jadi kiterang hanya ke Samila , sebab saja nak menghantar geng-geng ke Koh Samui. Trip ke Koh Samui ni adalah idea husband, dah siap booking bayar hotel bagai sekali dapat offer kerja, so kena lah burn nasib baik ada member lain yang gantikan…. Bila tengok gambar dorang kat Koh Samui….huhuhu bestnya…. jeles lah

pantai

permandangan depan restoran Amina… cantik kan?

anw, walaupun tak ke Koh Samui, we enjoy our short trip. Sampai sana pukul 10pagi, lepak kat restoran Aminah tepi pantai, order tomyam pepagi buta makan nasi …lapar gitu. Dah lepak makan anak-anak semua bermandi pasir, baru lah ke hotel untuk check-in.

image

layan je lah Rayyan…main pasir tu…

Kiterang duduk hotel BP Samila Beach. Hotel yang best lah…sbb dekat tepi pantai…kalau makan kat coffee house tu blh nampak pantai dengan angin menderu. Lepas check in,  mandi , zuhur,pastu semua tido…then pukul 3 kot bangun kecuali Kheirul lah …dia pergi merayau lawat kawasan amik gambar tanpa gangguan. Pastu dia balik kejut semua orang bangun suruh makan ice cream. Ice cream kelapa yang sedap,…Lepas makan ice cream … barulah boleh berjalan kat luar. Tempat yang dituju adalah kedai jual seluar…sebab I terlupa bawak jeans… bawak baju je. hahahah nampak seluar harem siam… terus beli… boleh buat pakai dengan shirt… macam tak sesuai…tapi belasah je lah… Lepas tu bebudak nak swimming…haaa temankan je….

ais krim

ais krim kelapa yang sedap

Bebudak ni, orang baru feeling nak pusing-pusing… pi lah swimming dulu…lepas swimming naik bilik mandi  pastu turun balik..pi pusing =pusing tgk tempat. Jumpa kedai makan nama dia Bang Yahya. Bebudak nak makan benda -benda goreng, so beli lah then nampak somtam…so order satu. Somtam telur masin. Mak aih sedap nya som tam dia.Kedai Bang Yahya ni jual macam jenis somtam, kerabu dan goreng-goreng. Kedai tu halal lah…pastu sempoi je kecek kelate. Harga makanan dari RM1 je. Somtam dari harga RM3 je. Lepas makan kat situ pusing jalan tepi pantai, beli ais krimlagi. Makan sambil lepak tepi pantai then jumpa somtam lagi. Beli dan makan lagi. Memang malam tu makan somtam je lah. Memang lega je perut tu. hahahahah

image

jatuh cinta dengan som tam… rasa yang sedap…cukup masam, manis, tak pedas sangat rasa masin dan crunchy betik masih ada…. 

Habis pusing-pusing balik bilik, buat yang wajib dan teus tido sebab esok nak balik KL :). Sempoi je cuti

 

Pembuli kucing nak bela kucing

aboo

Ni Abu….dah 5 tahun Abu pergi duduk ngan orang lain. Apa lah cerita diakan. Semoga Abu berbahagia disamping aweks-aweks, anak-anak dan cucu-cucu kot kot dia dah ada cucu lah kan.

Actually bebudak ni mintak nak bela kucing kat rumah…. Kalau rumah apartment macam ni macam susahlah sikit… rumah dah ramai orang kalau ada kucing macam susah nak bergerak je. Tunggulah duduk rumah atas tanah. Belum lagi ada kucing dah macam-macam nama dorang nak letak kat kucing. Antara nama-nama kucing yang telah dicadangkan..Skywalker, Zotar, Orange Juice, Richard Parker,Cappucino, macam-amacm lagi… berapa ekor kucing sebenarnya dorang nak bela… Afriena cakap bela dua, 1 janatan 1 betina nanti dapat anak 3 ekor dapat sorang sekor… ye lah tu… nanti kalau kucing berak, nak mandi sapa kena buat… ?? mama jugak kan?

Insya Allah … nak bela kucing cuma risau ngan Rayyan yang suka  buli kucing. KAlau balik kampung…Rayyan memang dah terkenal dengan kegedebelan dia ngan kucing. Atuk dia mmg dah standby kasi tempat sembunyi kucing lah. Ye lah kalau kiterang balik…kucing mmg tak nak masuk rumah. Masuk curi-curi sbb nak makan, tapi nampak je Rayyan, terus dia lari.KAlau sempat makan…dia makan laju-laju bawah dapur sbb takut bebudak ni nampak dia. Pastu hari ada sekor kucing bunting…tak tau kucing sapa homeless lah tapi sbb dah kasi dia makan maka dia lepak kat situ… Dia pregnent maka dia malas lah nak berlari jadi dia redha je lah kena tekan penyek perut dia tu… I rasa boleh beranak tak cukup bulan kot kucing tu. Harap-harap anak dia selamat. Lepas hari dorang dok main kejar dia, dia lari-lari manja kais-kais nak berak. Baru nak berak dah kena kejar so sambil kena kejar, sempat berenti sesaat dia berak…adehh dah lah berak tercicir gitu…geram tau kat bebdak n kucing ni…

acaner nak bela kucing nih?????