Yearly Archives: 2014

IOI Mall Putrajaya

Finally ada shopping mall lat area rumah. Kira dekatlah dari nak pergi ke  MId Valley ke, Pavillion ke…Sebab kat IOI Mall ni ada banyak kedai yang selalu masuk. Last Weekend lah kiterang pergi. Hajat asala nak cari kipas je, sebab kipas bilik rosak so, mesti mau cari jugak. KIterang keluar rumah pun dah nak pukul 11. First pergi kedai martial arts beli belt untuk kiterang lah. Kan dah tukar belt. heheheh lepas tu terus ke IOI Mall. Sampai je, terus cari parking, then cari makan dulu. Banyak jugak kedai kat bawah tu. cari punya cari kedai nak makan apa, we proceed to  Seoul Garden. Last makan kat Seoul Garden adalah 8 tahun dulu kot masa my birthday. Tapi makan sekejap je sebab masa tu Ashraff n Afriena kecik lagi. Asyik nak melalak je kerja dorang…huuhuhu stress betul.

image

tunggu Afriena dalam toilet. sampai je nak cari toilet…hehehehe. Rayyan tengah merajuk ngan papa dia

image

bebudak suka lah makan gini …sbb boleh masak

NI baru lepas kena cubit...muah muah...habis tu nak mengamuk kan? dia belum tengok mama dia mengamuk...baik dia senyap dan makan

NI baru lepas kena cubit…muah muah…habis tu nak mengamuk kan? dia belum tengok mama dia mengamuk…baik dia senyap dan makan. Cayang bucuk mama…cian dia

image

Geng kuat makan… Ashraff memang kuat makan. sama laju dengan papa dia.

Bebudak n mak bapak budak suka lah makan steambot gini. Tapi kat sini ada bbq…tu yang lagi dorang suka sebab boleh masak. berapa kali ulang alik amik makanan. Afriena tak habis habis makan sayur je. Yang ashraff jap jap ayam, jpastu noodle pastu seaweed. I rasa dia kot pemakan seaweed terbanyak. I suka pickle  kimchi dia. Orang lain tak suka. I lah yang dok mengadap pickle ulang alik amik. Rayyan plak suka dengan  kimbap.. tapi dia suka telur je. Nasinya mama yang kena makan. Pastu yang lain-lain tu I hentam ayam je lah dia marinate sedap. Udang bla bla. Kheirul dia meat lover. So segala jenis protein lah dia makan. Sejam setengah duduk dalam tu. Lepas tu baru lah mencari surau.

Hah masuk surau…punyalah ramai orang. Memang kena beratur nak amik wuduk. Tu belum masuk toilet lagi tu. Terjumpa geng wasap dalam surau. Lepas hilang dah tak jumpa sebab terlampau ramai orang. LEpas tu masuk Tesco tapi keluar balik sbb ramai orang sesangat. Banyak buang masa dalam tu sebab Kheirul asyik hilang je. MEmang geram je. Ada je kedai dia pi masuk. Dah lah tepon tak dapat. Tolong lah jgn hilang-hilang macam tu buang masa menunggu banyak . Afriena lah dia kan mak inang… Masuk toilet berejam. Lepas tu nak pakai kasut pun berejam… tu yang papa dia asyik hilang kot boring tunggu.  Pastu Afriena tanya..mama salah Afriena ke lambat hahaha sbb papa hilang? hahahah

test kerusi ke test perut

test kerusi ke test perut

ni sorang lagi

ni sorang lagi

Masuk tesco tapi keluar balik sbb rimas, lepas tu masuk furniture shop…macam IKEA lah tapi I rasa kedai ni mahal sikit. Lepas naik Parkson balik beli kipas. Dapat kipas terus balik tapi sebenar nye kitarang mmuyar itik kejap sbb tak ingat parking kat mana…. letih…

So kalau orang tanya, nak pergi lagi tak? Jawapan I…yes nak pergi lagi sbb dekat ngan rumah dan banyak kedai menarik..

Dah bulan December

Cepat betul masa berlalu. Dah bulan 12 dah.  BUkan depan bulan Januari tahun 2014. Tahun depan Ashrafff darjah 5, Afriena darjah 4 and Rayyan masuk tadika.  Macam manalah gayanya dia pergi sekolah nanti. Nak bangun pagi pun susah. Macam hari ni, dia terbasahkan katil dia aka kencing atas katil, so dia bangun pagi. Bangun mandi, breakfast lepas tu tidur balik. Oh ya wajah blog dah berubah. Tukar jadi simple.Suka tak?

Lagi seminggu lebih Ashraff and Afriena cuti sekolah. Sekarang ni sekolah pun lebih kepada kelas Alquran lah. Lepas hari last, ada majlis ihtifal. Lepas tu bermulah lah hari busy jaga  3 orang anak kat rumah. masak, kemas, masak kemas. Tapi cuti ni nak train dorang, cuci pinggan mangkuk. Biar dorang panadai buat kerja rumah sendiri.

Azam tahun 2015? Tahlah…. nak kena istiqomah jelah dengan apa yang dilakukan, lepas tu nak turunkan lagi 3kg dan maintain berat .Nak turun pun susah apa lagi nak maintai berat. Kena berusha dengan lebih gigih lah nampaknya.

Ni Rayyan…. masa dia umur beberapa hari. Rasanya umur 3 hari kot. Sekarang dah besar, Cakap banyak. Ada je idea dia.  Kalau dia nak tidur , dia ajak masuk bilik, KAlau tak masuk dia tanya, mama apasal tak nak masuk bilik? Kata nak masuk bilik. Lepas tu bila tidur, tengah-tengah malam, dia jalan masuk bilik I. Tanpa disedari, tidur kat tengah-tengah kiterang, ikut suka dia nak landing atas siapa. Pastu paling tak bernasib baik, macam 2 hari lepas dia terkencing atas tilam kiterang. Heeeee geram tau, sebab dia ridur peluk mama dia, sampaikan mama dia pun sama kena air kencing.

Minggu yang sangat tidak produktif

Hah amik…punya panjang tajuk dia. Minggu lepas sangatlah tidak produktif. Kenapa ye? Berakhir dengan hari ahad yang produktif sbb Ahad ada grading. So dah tukar belt dah. Nervous gak lah nak buat pattern depan orang buat terlupa step ke apa. Lupa bukan sebab lupa faktor umur tau, lupa sbb bila ramai orang dok tumpu kita sorang tengah-tengah kelas tu. Mesti buat yang terbaik. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sparring pun ok. Kena lawan ngan budak darjah 6. Mesti uoll kata ala budak darjah 6 pun nak kecoh… hahaha budak darjah 6 ni, kaki besi, badan plak sama besar ngan I. Dia plak sparr jenis tak reti kontrol power main hentam plak. I plak nak belasah kuat-kuat anak orang. Budak darjah 6 je kot… maka bersabarlah. Tapi masa dia sepak rusuk kuat tu,,,, nak gak aku libas muka dia sekali lagi…hahaha sabar …budak. Cuma I sound je, kontrol sikit…grading je bukan lawan betul. Lebam lah gak rusuk sehari dua. Lepas tu period pain plak. hari Isnin. I kalau period pain memanglah tak nak buat benda lain. Memang kena baring je lah sbb kalau period pain mesti rasa nak demam, pening, loya semua ada. Nasib baik Rayyan ada di sisi. kejap-kejap pegang kepala…mama demam? Hari isnin jugak lah Kheirul demam, so dia MC, tapi MC pun bukan ada kat rumah. Hari Selasa masih lagi memendam rasa senggugut ni. Nasib baik MIL ada. hehehe dia masak.  Time period ni kalau suruh I makan memanglah tak berapa jalan sbb tak lalu.

Dah ok sikit period, I bawak Rayyan pergi tengok tadika dia. Hehehehe saja nak test dia suka tak tadika. Nak masuk 5 tahun ni kenalah masuk tadika.  At least biarlah dia pandai bergaul. Jangan pandai main komputer, ipad dan toys e. Kena pandai bergaul. Nampak gaya dia ok tapi tak taulah . Balik dari tadika Rayyan plak demam. Berjangkit dengan papa dia lah ni. Lepas tu amik Ashraff n Afriena dari sekolah, Ashraff plak demam and mulut dia ada bintik-bintik. Hari tu ada parents budak kelas Ashraff cakap ada anak dorang kena HFMD, so kena bawak Ashraff pi klinik keesokkannya.  Dah Ashraff demam, Rayyan dema, papanya demam, Afriena plak kena demam. Hari Khamis tu kira semua MC. MAkan pun bubur nasi je. I plak jumaat nye plak kena demam, maka satu family demam. Whole weekend dok rumah. Layan demam sakit badan, sakit tekak. Dugaan akhir tahun ni.

So duduk diam kat rumah, tido baring lepak,itu je lah yang kiterang buat. Boring jugak habis tu nak buat cam mana kan. Ingat nak buat gathering adik-beradik ajak makan since my uncle from Spore datang, tapi tak dapatlah…. Takkan demam-demam nak ajak orang datang rumah… kang berjangkit plak. So dendiam je. As of today…Alhamdulillah recovering tapi Afriena belum baik demam. Semalam badan dia badan…I kasi lap satu badan. Pukul 2 pagi I bangun pi check… makin panas badan dia, bawak dia pi toilet basahkan kepala, muka badan…lap badan lepas tu letak towel basah kat kepala, kasi makan ubat suruh tido. Tadi subuh dia bangun nampak ok sikit, tapi tak kasi dia pi sekolah takut panas balik suruh dia tido je. Haiii makin kurus anak pempuan sorang ni.

Time time dah habis demam ni lah naru mengidam nak makan itu ini…..Masa demam hari tu, I cuba avoid dari makan ubat klinik.  I try makan orange, minum air barli, minum air lemon, mandi, tido dan makan sup panas…. Alhamdulillah recover walaupun lambat sikit. Cuma ada sekali tu jeminum solubles and telan ubat selsema budak hahahaha… punyalah tak suka makan ubat.

So this week…kembali bertenaga …Insya Allah. Nak kemas rumah…