Yearly Archives: 2014

Tips Umrah Dengan Anak Kecil

Dah sampai episod terakhir cerita umrah keluarga kami. Tapi kenangan ni takkan lenyap dari ingatan. Insya’ Allah. Ashraff pun selalu tanya bila nak pergi lagi. Best katanya. Oklah, meh kita tengok tips umrah dengan anak-anak kecil. Takdelah kecil mana Ashraff and Afriena tapi Rayyan consider kecil yang jenis takleh duduk diam.

Tips seperti di bawah

Sebelum pergi

persediaan ilmu

Terangkan pada anak-anak tentang umrah. Anak -anak kadang tak ambil port pun. Jadi buat satu salinan atau bukak je youtube tunjuk orang pergi tawaf dan saie supaya mereka faham. Bab niat semua tu, boleh diajar masa kat sana. Mungkin sejam sebelum. Kena terangkan rukun dan syarat wajib. Dorang pun ada hak untuk ilmu kan.  Seperti solat jenazah, solat sunat boleh diajar semasa disana jugak. Ajar dan praktis. Kalau dorang tak nak buat jangan lah paksa. Tentang bacaan tawaf, boleh diajar zikir mudah seperti Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahaillallah,Allahu Akbar atau baca Asma ul Husna. Jangan susahkan mereka. Kita pun boleh baca sama dan berdoalah.(macam ustazah plak) sekadar berkongsi, kalau salah tolong tunjukkan.

Gadjet

Ikut keselesaaan masing-masing. Kalau you all nak bawak gadget untuk anak main ke , ikut suka tapi kiterang tak bawak ipad. Kiterang cuma bawak beberapa buah buku je sebab kami berpendapat tablet tu semua tak patut dibawa. Bila tak bawa takdelah bebudak ni fikir nak main je kan. Nanti hilang fokus plak kan.  Hasil tak bawak tablet? ok je bebudak ni. Dorang cari game lain lah. Dorang main card yang Emirates kasi, baca buku sikit-sikit, main gurau-gurau pastu ikutlah daya imaginasi diorang.

ni game dalam bilik. Lepas penat main, makan dan tidur

ni game dalam bilik. Lepas penat main, makan dan tidur

keperluan peribadi

Ni sapa yang perempuan bawalah pad, panty liner dari tanahair terchenta ye sebab kat sana, barang -barang ini adalah mahal. Lepas tu tak banyak choices.  Tisu dan wet sipes digalakkan bawak. Senang untuk guna especially dengan anak kecil dan untuk diri sendiri. Sapa pakai contact lense bawak solution secukupnya. Anak yang pakai disposable diapers, bawak secukupnya. Sebab mahal. Kiterang tak bawak tapi sbb Rayyan kena cirit birit, takut apa jadi dalam bas masa ziarah kan. jadi bersedialah

Ubat-ubatan

Bawak ubat yang mencukupi. Kalau perlu doktor, sila jumpa doktor untuk ubat. Macam kiterang, Bawak ubat yang doktor bekalkan. Ubat demam, ubat batuk, ubat asthma. Ubat sakit perut pun bawak sebab senang sangat anak-anak nak kena muntah dan berak. Bukan kat sana takde tapi sebotol ubat batuk sangat mahal. Dalam harga 40 Rial dan harga sentiasa berubah. Ubat mata pun bawaklah sebab berhabuk kat sana. Jadi senang bawak.

Baju Sejuk

Ni kena bawak sebab time subuh sangat sejuk kalau kat Mekah. Tapi kat Madinah lagi sejuk.Masa kiterang pergi, masa tu akhir musim sejuk. Kadang time zuhur pun bebudak pakai baju sejuk. Subuh lagi lah tak payah cerita lah.

 

Dalam perjalanan

flight yang selesa

Pilih flight yang selesa. Kami melalui tempahan 3 pakej. Yang pakej 1, Ni sapa nak pergi umrah boleh tanya sapa agent dia, memang tak  rekomen. Masa kat Madinah jumpa few jemaah dari agent tersebut yang bercerita ketidakpuasan hati kat kiterang . Janji lain jadi lain. Masa kiterang kat Malaysia lagi, dorang dok main tarik tali and last sekali katanya naik Air Asia. Tak nak lah naik Air Asir dengan bebudak untuk perjalanan yang lama. Paling lama boleh tahan 4 jam je tu pun tengok time lah. So we have to cancel. Amik Saudi Air tapi agent ada problem and last sekali Emirates. Bukan sebab berlagak macam bagus ke apa…keep it aside.Kena pilih flight yang betul adalah sbb bebudak akan cepat bosan kalau duduk je dan kiterang tak bawak gadjet. Lepas tu 7 jam perjalanan mesti 2 kali makan. 1 meal dalam Air Asia tak cukup , maka kena cari yang menyediakan makanan. Lepas kiterang tak nak banyak komplen lah nanti.

haa kasi duduk diam macam ni. Ni dah kenyang. Kids Food dalam flight sangat sedap dan diorang dapat toys banyak

haa kasi duduk diam macam ni. Ni dah kenyang. Kids Food dalam flight sangat sedap

Semasa di sana

dalam masjid

Jangan risau kalau you all fikir anak-anak akan mengamuk ke, lari sana-sini dalam masjid ke apa. Sebab diorang akan jadi anak yang baik sangat dalam masjid kecuali anak arab lah. I tengok dorang panjat sana-sini..haih pening kepala. Kalau dorang ngantuk suruh je dorang tidur, tapi macam Ashraff dan Afriena takde masalah.

kan senang macam ni.

kan senang macam ni.

Cuba makanan tempatan

Macam bebudak ni, nasi adalah bukan makanan ruji. Jadi kena lah ajar makan makanan orang arab. Since dorang tak suka nasi, kiterang kasi makan roti. Nasib baik dorang suka. Jus kat sini pekat dan sedap cuma manis untuk kiterang hehehe.

Semasa Ziarah

selalu ziarah naik bas kan. Bebudak mesti excited. Biarkan dapat seat sendiri dan jangan lupa bawak makan kegemaran seperti potato chips, yogurt, roti atau biskut.

Cuaca yang sejuk

Ini masalah untuk yang sensitif. Macam I, darah hidung adalah normal. Pergi tempat sejuk je, hari kedua hidung berdarah. Kawan yang duduk Qatar ajar, kalau macam tu kena kasi minum laban. Saya cuba laban supaya dalam badan kita sejuk. Alhamdulillah menjadi. Laban tu macam yogurt tapi lebih pekat.Rasa dia sedap lah. 100%  full fat. Susu apa tak tau tapi I takde plak kena lactose intolerance macam biasa.

Itu je kot tips dia. Lupa plak tetiba.  Cuma kat sana sangat ajaib sebab anak-anak jadi dengar kata, senang suruh tidur, senang suruh bangun tidur dan duduk diam dalam masjid. Alhamdulillah. Sentiasalah berdoa untuk dipermudahkan urusan kita di Tanah Suci ye. Harap tips ini akan membantu anda semua yang akan berpergian ke Tanah Suci bersama anak-anak. Dan diharap anda semua tidak salah faham dengan entri -entri saya sebelum ini. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan kegembiraaan. Jangan pula ada yang fikir kami ini ingin menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Entr-entri lepas diharapkan dapat mewujudkan rasa ingin kesana . Semoga kita semua dijemput Allah (lagi). Insya Allah

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka

Tawaf Wida

kaabah

dah nak balik dah….

Dah nak balik dah. Gambar kat atas tu rasanya diambil sehari sebelum kot. Since I period, maka Afriena kena ikut papa dia lah solat. Dorang kebanyakan waktu solat kat sini rasanya. Cuma pernah jugak masjid penuh, kena solat kat kawasan tangga. Solat kat sini dengan anak anak tak susah sebenarnya. Tak sesusah kat sini. Kalau kat sini, budak duduk satu saf ngan orang tua pun tak boleh. Disuruhnya duduk belakang .alasan budak tak boleh satu saf dengan orang tua nanti putus saf. Macam mana lah nak didik anak anak sukakan suasana masjid kalau pakcik pakcik tua dah buat gitu. Kat Makkah budak budak di layan baik. Ashraff n Rayyan asyik kena kiss je. Afriena pun sama. Balik mesti dapat sweets.itu yang tambah seronok tu.

akhirnya…hari Isnin adalah hari perpisahan kami dengan Makkah. Sedihnya. Since flight kiterang pukul 10, maka kiterang kena sampai sana 3 jam sebelum. Makkah ke Jeddah 2 jam perjalanan. Jadi pukul 3 pagi dah kena naik bas untuk ke airport. Untuk itu. Kami merancang pukul satu bag semua kena bawak turun pukul 1 sebab, pukul 1.30 kena ke masjid untuk tawaf wida.

Tau apa itu tawaf wida?

Tawaf Wida ialah tawaf yang diwajibkan bagi seseorang yang ingin meninggalkan Makkah, sebagai Tawaf Selamat Tinggal.

Jadi kami ke masjid seperti di rancang. Kheirul Ashraff n Afriena pergi tawaf sementara I tunggu kat luar. I just lambai dari luar. Jadi I cuma tunggu liar masjid depan KFC. Kejap je tak lama dalam 45 minit siap dorang. tapi sementara menunggu, buatlah apa yang patut. i riba Rayyan yang tido sambil jaga kasut, sambil pandang masjid sambil perati peminta sedekah. Kat sini banyak peminta sedekah. Peminta ke pemaksa sedekah. Macam orang somalia. Dorang suka paksa anak dorang secara kasar untuk minta sedekah. Seriau tgk macam mana sorang peminta sedekah yang tarik tangan anak kecil yg sambil meranagkak terus ke bahu untuk di dokong. Anak kecil tu nangis pun dia buat dek. Nak je aku sound ke apa. Tapi sepanjang pemerhatian, memang sindiket ni. Kalau kita berjalan sambil bimbit handbag, memang cepat je datang, tak kasi kalu dia marah. Dan jemaah sekalian sila jaga duit dan beg. Pi masjid tak payah bawak banyak duit, sbb dorang pandai copek poket.  Ada insiden masa kiterang tunggu bas, ada peminta sedekah, kesian tengok muka dia. Minta sedekah ngan I, dia kata lapar tak makan, so sebab dia kata lapar tak makan, jadi saya offer dia roti dan air, dia tak nak..dia nak duit. Nampak tak agenda dia. Apa yang I nampak dia tak minta dengan orang local atau peniaga, dia minta ngan orang lusr. Time tu lah ada polis datang halau peminta sedekah. Bukan halau je siap kasi penampar. Huhuhu dia tak kira dah laki ke perempuan.

dah habis tawaf wida, kiterang balik ke hotel. Kheirul sorang je naik, while I tunggu kat bawah. Kalau dah tawaf wida, tak boleh dah nak masuk bilik tido, nak pergi shopping bagai… Ni kira dah nak balik dah. Tapi macam kiterang sejam lebih lah menunggu drebar bas datang. Bila bas dah datang, setengah jam jugak tunggu dalam bas , baru jalan sbb nak susun bag, air zam zam semua kan. Kirakan pukul 4 baru jalan. Memang solat kat airport lah jemaah semua.

Dah sampai airport, check in pastu lepak nak tunggu flight. Rasa macam lama sangat menunggu .

rasanya ni episod umrah dah habis dah kot. Next I nak share tips je.

Chicken Pox Menyerang lagi

Chicken Pox Menyerang lagi…………… hahah ayat mesti mau memikat hati punya. Kali ni Rayyan dan Afriena plak kena chicken pox. Kena serentak pulak tu. Dorang kan rapat . Mana Afriena situ Rayyan. Lepak main ipad sama, lepak atas katil sama, gaduh pun sama-sama. Jadinya bila dedua kena chicken pox, senanglah nak menjaga sekali gus kan. Ashraff je belum kena.

ni baru sikit kena. Sekarang sudah penuh

ni baru sikit kena. Sekarang sudah penuh. Gambar dan eksperesi muka kena dramatik

Rayyan punya chicken pox besar-besar dan gebu-gebu. Sapa tengok mesti geram nak picit. Tapi dia tak kasi sentuh sebab dia kata nanti ada darah. Dia kuranglah merengek cuma masa kena dalam mulut tu je. Dia mintak ais letak dalam mulut. Chicken pox chicken pox jugak, tapi makan tetap makan.Time nak sapu ubat punsenang lah. Yang kelakar nya…kejap-kejap pergi depan cermin cek ada yang baru naik tak. Kalau ada yang baru mesti datang tunjuk cakap kat mama… mama ni tengok chicken pox. hehehehe. Memang enuh satu badan.

Afriena plak, naik banyak kat kepala . Hari ni baru naik kat muka. Tapi dia punya versi halus-halus. Tersengih-sengih lah dia dapat MC 5 hari. Nasib baik minggu ni sekolah dia sekolah 2 hari je. Jadi takdelah rugi mana pun.  Macam biasalah bila MC duduk rumah, makan je lah kerja nya. Lepas tu main-main ngan Rayyan, buat revision sikit, lepas tu gaduh lepas tu makan.

Dorang berdua ni, senang makan ubat. Mandi pun I guna mandian yang I guna hari tu. Bila mandi I spray lepas kasi tunggu 5 minits. Bagus solution ni. Kurang menggaru. Dah mandi sapu ubat yang doktor kasi. Yang si Rayyan ni plak..being a cheeky boy dah habis satu badan letak ubat, dia suruh buat smiley face kat birdy dia. Adehhh satu hal plak mama dia nak buat art kat situ.

Moga-moga cepat lah sembuh chicken pox ni. Kasian plak tengok dorang . Yang Afriena plak, dia dok risau muka dia ada parut. Nak guna krim apa ye untuk hilang parut chicken pox?