Yearly Archives: 2014

Child Labour

Assalamualakum… dah nak masuk minggu cuti sekolah dah kan? Anw.. nak cakap tahniah kat Pasukan badminton Malaysia, walaupun tak menang semalam tapi semangat juang yang diberikan sangat tinggi. Bangga wei… terpekik -pekik jiran tetangga kat sini. Mesti dengar yeay… takde bunyi goll plak, setiap kali dapat point. Itulah semangat jiran-jiran saya.

NI nak share gambar bebudak yang dipaksa buat kerja rumah. Paksa rela sapa suruh sepah kan. Rayyan si budak spender lah yang sepah. Hari Sabtu dia sepah dia vacuum sendiri semalam dia suruh abang dia kemas lah. Sebab dia kata penat. Dia kan banyak pusing, Bila suruh buat something ada je. Tak boleh penat nani mati, tak boleh nanti tangan cabut, tak boleh nanti darah tengok ni dah darah. Sampai auntie tokey kedai bawah pun cop dia budak banyak pusing…

image

smart tak tukang vakum nih. Ni bukan pretend, mmg dia vacum sendiri

image

sambil di arah vakum sini vakum sana oleh papanya… orang lain duduk atas sofa kang tak pasal dia vakum kiterang plak

image

Ni Ashraff kena buat. Yang si Rayyan melompat ngtan spender. Dia malas nak pakai seluar..

Ashraff dah boleh di suruh dah. Suruh cuci toilet, suruh vakum, suruh tolong masak-masak kat dapur like kacau-kacau ke. Cuma kalau masak yang melibatkan minyak panas atau air panas, tak boleh lah.  Setakat masak guna non stick pan, atau tolong kacau nasi goreng ke, mee goreng ke boleh dah, while I buat benda lain.

Afriena? mmmm suruh masukkan baju dalam washing machine pun susah. Dok bebel lah geli lah busuk lah… Baik Rayyan, datang tolong buatkan.

Recipe: Barbecue chicken

Hari -hari kalau makan nasi mesti rasa boring gak kan. KIterang lah especially. Bebudak kat rumah ni kena masak something yang dorang suka. Anything but rice. Bila time bukan masak nasi, I lah paling suka. Kurang memcuni periuk belangu, kuali, sudip dan sebagainya. Tak payah lap dapur minyak bagai. Semalam macam bias, sebelum semua keluar ke destinasi masing-masing, Dah tanya dah nak makan apa, semua jawab tak nak nasi.So fikir punya fikir, I decide masak Barbecue Chicken. Sos dia buat sendiri.

Dulu I pernah share resepi BBQ chicken dalam blog ni. Resepi tu I amik kat dalam buku masakan kanak-kanak, Sedap jugak resepi tu. Nak cuba? boleh CLICK resepi kat sini

Kali ni, I buat banyak sikit. Resepinya, olahan idea dari Chef Michael yang dalam Chef at Home dan juga pioneer woman. The only thing yang I takde was molasses. Sejenis sirap gula pekat. Tapi I ganti dengan gula melaka.

image

I buat 2 whole leg dengan 6 ketul chicken wing.

Resepi Ayam Barbeku / Chicken barbecue

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 keping gula melaka
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu cuka kurma – cuka biasa pun boleh tapi kat rumah guna cuka ni
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 suudu kecil garam
  • 1 sudu kecil paprika – yang ni tak letak sbb habis
  • 3 sudu kicap

 

Cara-cara

  • Perap ayam dengan semua bahan ni selama  2-3 jam
  • Panaskan oven lebih kurang 15 minit
  • Bakar ayam selama 40 minit pada suhu 180 C
  • Siap untuk dihidangkan dengan sidekicks

Utk ayam ni, rasa dia ada manis sikit, masam tomato, pedas sikit. Lain kali nak try letak cumin sikit. Ayam ni sesuai dengan Potato Gratin dan Stim vegie

image

This was my dinner last night. Yummy…. Potato tu nak cepat I potong gitu je. Selalu I guna mandoline, tapi sebab malas nak lsepahkan barang kat dappur, potong macam ni pun boleh. Habis licin Alhamdulillah

Mamak On Sunday

Hari Ahad, sarapan and dinner memang kat mamak. Pagi Ahad selalunya sebelum pergi kelas Taekwon-do, memang akan sarapan kat rumah. MAkan roti ke, buat cekodok ke atau cereal, ahad tu benda-benda yang biasa ada kat rumah dah abis stok. Pastu malas plak nak  masak benda lain, maka awal pagi dah keluar 3 beranak. Tujuan nya nak breakfast kat mamak sebelas gym. Dorang nak makan roti canai. Ashraff roti telur Afriena plak roti kosong. I makan tose je.  Sekali sekal makan kat mamak best jugak.

image

Ok ah jugak tose dia.  I paling suka kuah putih dia tu. Memang lawas lah perut

image

Suka lah dapat makan kat luar dgn mama je kan

image

Kena makan cepat-cepat, kang nanti nak tukar baju plak

Tengah hari balik rumah, I goreng mee je. Malam plak..hajat dihati nak makan satay, tapi gerai satay tulang tu tutup plak. So mamak je lah. Oleh kerana 3 hari tak jumpa nasi, so I makan nasi kandar. Ok not bad rasanya but, daku mau Penang mari. Bebudak makan western. Apa kelas makan western kat mamak???

image

makan cheese roll

image

Sup ni share- Rayyan n Afriena

image

Dia suruh amik gambar dia

image

Mamat cerewet makan. Komplen takde gravym Ayam hangus

Mamak lah satu hari. Sekali-sekala ok lah. Kalau selalu tengok muka mamak pun takmo.