Yearly Archives: 2014

Phuket: T-Shirt Factory

Dua kali datang sini. First datang masa lepas dari island hoping. Dengan swimming suit gitu. Tapi takdelah camtu je, pakailah T-shirt, pario dan sebaginya. Ni last stop lah dgn naik bas. 1 bas 2 tingkat untuk group kiterang. Ok kat sini -shirt dia sangat murah untuk high quality range lah. Ni bukan kualiti B100 for 3 t-shirt, Yang ni Quality Euro15 punya T-shirt. Most of the T-shirt kat sini, dijual tak tulang tepi. Tau tak tulang tepi tuh? Ala takde tanda jahitan kat tepi tu. Kiterang tak beli banyak pun, Just beli T-shirt untuk sorang satu dari range harga B179-22.9 . Lepas tu I beli cawat ala pesen seluar Harem tu, Macam cawat raja siam pakai tu. Beli satu je dulu sekali macam best pakai esok tu datang lagi beli. Siap pakai buat ronda phuket lagi.

image

Keadaan luar kedai. Sebelum masuk kedai, tokey kedai akan kasi penerangan dulu sebab kedai dia self service je. Selain Tshirt ada juga dijual souvenir lain. I rasa tokey kedai ni dari Indon kot. Ke Siam? sbb dia boleh cakap melayu fasih.

image

Nama kedai tak tau plak, Sbb sign board dia tak nampak. Tapi kalau nak cari dia, kedai ni sederet /sama jalan ke/dari Phuket Premium Outlet. Dalam 3km gitu. Senang citer, kalau keluar dari PPM, tengok je belah kiri tu, memang nampak kedai ni. Selalu ada kereta atau bas berderet sbb dia memang kedai tumpuan.

image

Ni design baju dia. FYI, takleh amik gambar tapi sebab blogger kan, tokey kedai suruh promo lah hahahah

image

Baca je ayat belakang, Takde maksud apa-apa pun. Ha yang I pakai tu adalah cawat (Siamese Harem)yang beli sehari sebelum. Pastu beli lagi. Kain dia best dan sejuk. Tapi dia takde saiz untuk Afriena. Maka untuk Afriena I beli skirt labuh je. Kat Phi-phi ada jual Kids Harem, tapi mahal lah dalam B250 untuk saiz budak. Yang I pakai rega dia B250 je.

image

Dia suruh thumb up. Promo-promo

image

Yang deret ni harga dia B100 je. Design pun lawa. Tapi kids taknak yang ni, dorang nak yang kaler kaler. So we opted to Tshirt yang sulam-sulam tulis Phuket.  I plak amik yang lengan panjang. Kids takde lengan panjang.

image

Bahagian luar. Hari pertama we stopped here for 2 hours yang kononnya untuk 45mins, and hari kedua pla sejam yang kononnya sekejap. Geram wehh menunggu orang ni. Tapi kena sabar.

Renungan bersama

Sekadar berkongsi cerita menarik….

Kita ni kadang lupa kan, bila kita senang kita tak ingat yang susah. Kadang bila dah senang cukup makan masih lagi duduk menrungut takde duit. Hari tu masa balik kampung, my mum pergilah madoh (menjemput orang ke kenduri). Dia pergi malam lah a day before kenduri. Oh ya Kiterang balik kampung sebab kenduri kahwin my brother. So dia saja pergi malam sebab sebab siang sibuk. Rumah last yang dia pergi adalah rumah satu keluarga yang susah. Balik dari rumah nampak dia tak berapa nak makan, So kiterang ajak je lah makan. Masa makan dia pun ceritalah

Ceritanya bunyi macam ni…

Mak cakap dia pergi rumah XXX untuk jemput makan kenduri, jemput makan gulai je, bukan ngeley (makan je, jangan kasi duit)… Dia cakap kesian tengok wife XXX dok terbaring. Wife dia tengah mengandung, tapi sepanjang mengandung doklah keluar masuk hospital sebab dia ada ketumbuhan dalam perut. Orang kampung mana lah tau ketumbuhan macam mana. Cyst ke, fibroid ke,kanser ke tak lah diketahui. Sampai dah kurus-kurus badan. Husband plak dah sebulan lebih tak leh kerja sebab tangan kena gergaji… Nasib baik tak putus. Hidup kat kampung, kalau kerja sendiri kais pagi makan pagi, kais malam makan malam, kalau tak kais tak makan lah.. Anak-anak ada yang masih kecil lagi. Paling kecik 4 tahun kot. Tapi dalam sakit pun si suami masih lagi meniaga jual air . Tapi berapa orang sangatlah kat kampung ni nak minum kat kedai kan…. Dulu dia ada kereta buruk, pun kena jual sebab wife sakit , dia sakit. Nak makan pun kena berhutang, sampai tuan punya kedai tak nak kasi amik barang dah…

Kiterang adik-beradik yang tengah makan ni terus hilang selera nak makan, nasib baik dah tambah sepinggan tadi. I tau, family dia ni susah sikit, my mum selalu tanya, setiap kali nak balik kampung,ada tak baju-baju yang takleh pakai nak sedekah. My mum ni jenis cepat kesian kat orang. Biasalah kita manusia mana boleh tengok orang susah dengan pakaian koyak-koyak makan pun ala kadar kan… Dengar cerita sedih macam ni, malam tu jugak buat kutipan derma kilat.  Hantar beras minyak, gula, kasi duit sikit untuk bekal pergi hospital lagi. Lepas makan je my mum pi rumah dia ngan my bro naik motor je. Dia cakap menangis diorang dapat duit tak seberapa. Itu lah kisahnya. I bukan nak riak dengan apa yang kiterang buat, tapi sekadar berkongsi cerita untuk renungan bersama. Kadang kita lupa dalam seronok dok tayang kereta besar, rumah besar, makan sedap, baju mahal, handbag mahal, travel sana sini,ada orang susah yang tak dapat makan nasi berlauk ikan. Dapat makan nasi dengan telur atau dapat makan biskut gula pun dah kira cukup mewah. Dapat pakai baju lawa walau baju orang lain kasi dah kembang kempis hidung apatah lagi kalau dapat beg sekolah terpakai. Sekali sekali perlu kita pandang ke bawah, cari orang susah bukan nak aibkan mereka tapi untuk kita bersyukur dengan nikmat yang ada.Untuk buat kita tak lupa padaNya.

Kisah XXX ni tak habis kat situ, Kalau nak tau XXX ni bukan nya orang malas, tapi susah, walau dah banyak dia kais cari cacing, tapi cacing takde kat situ… maksudnya, walau dia dah banyak berusaha buat kerja itu ini, pulangan dia sikit sekadar cukup. Mungkin keadaan diri yang sakit, yelah tangan sakit macam mana nak buat kerja, bukannya ada insurans kan , jangan plak cakap tu lah tak nak beli insurans.. oi nak makan makan pun gigil tangan cari duit, insurans kau kata, Isteri sakit plak tu, Bayangkan… Masa hari kenduri tu, dia datang jugak…datang tolong potong daging rasanya. Muka dah nampak tua sangat walaup umur rasanya baru 40 lebih. Masa tu I tengah masak sarapan untuk semua yang datang buat kerja kat luar dengan adik-adik laki menolong kacau, tolong potong , tolong tengok , tolong gelak… ala kitarang jarang jumpa kan, lepak kat belakang rumah bawah pokok masak breakfast memang sangat best lah. So one of my brother cakap, kesian aku tengok anak dia makan biskut yang mak kasi semalam, ada lagi kat tangan, dia makan sikit-sikit. Aku ambil makanan kasi dia boleh?

Tengoklah macam mana orang susah … kalau susah … susah sangat kat kampung ni. Kadang rasa geram jugak dengan ketua kampung ke, tok penghulu ke, tak kira lah parti apa pun, ada dorang pernah amik kisah benda macam ni? Datang jengok orang susah ke?

Cerita ni saya kongsi sebab nak ingatkan pada diri sendiri, pada yang membaca blog ni, supaya kita tak lupa pada yag susah, supaya kita tak sentiasa merungut yang kita ni susah sebab ada lagi yang lebih susah dari kita, dan yang penting kita bersyukur dengan rezekiNYA. Ini bukan riak, bukan nak menuji diri sendiri, ini sekadar peringatan dan renungan.

Wallahualam