Hah amik…punya panjang tajuk dia. Minggu lepas sangatlah tidak produktif. Kenapa ye? Berakhir dengan hari ahad yang produktif sbb Ahad ada grading. So dah tukar belt dah. Nervous gak lah nak buat pattern depan orang buat terlupa step ke apa. Lupa bukan sebab lupa faktor umur tau, lupa sbb bila ramai orang dok tumpu kita sorang tengah-tengah kelas tu. Mesti buat yang terbaik. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sparring pun ok. Kena lawan ngan budak darjah 6. Mesti uoll kata ala budak darjah 6 pun nak kecoh… hahaha budak darjah 6 ni, kaki besi, badan plak sama besar ngan I. Dia plak sparr jenis tak reti kontrol power main hentam plak. I plak nak belasah kuat-kuat anak orang. Budak darjah 6 je kot… maka bersabarlah. Tapi masa dia sepak rusuk kuat tu,,,, nak gak aku libas muka dia sekali lagi…hahaha sabar …budak. Cuma I sound je, kontrol sikit…grading je bukan lawan betul. Lebam lah gak rusuk sehari dua. Lepas tu period pain plak. hari Isnin. I kalau period pain memanglah tak nak buat benda lain. Memang kena baring je lah sbb kalau period pain mesti rasa nak demam, pening, loya semua ada. Nasib baik Rayyan ada di sisi. kejap-kejap pegang kepala…mama demam? Hari isnin jugak lah Kheirul demam, so dia MC, tapi MC pun bukan ada kat rumah. Hari Selasa masih lagi memendam rasa senggugut ni. Nasib baik MIL ada. hehehe dia masak. Time period ni kalau suruh I makan memanglah tak berapa jalan sbb tak lalu.
Dah ok sikit period, I bawak Rayyan pergi tengok tadika dia. Hehehehe saja nak test dia suka tak tadika. Nak masuk 5 tahun ni kenalah masuk tadika. At least biarlah dia pandai bergaul. Jangan pandai main komputer, ipad dan toys e. Kena pandai bergaul. Nampak gaya dia ok tapi tak taulah . Balik dari tadika Rayyan plak demam. Berjangkit dengan papa dia lah ni. Lepas tu amik Ashraff n Afriena dari sekolah, Ashraff plak demam and mulut dia ada bintik-bintik. Hari tu ada parents budak kelas Ashraff cakap ada anak dorang kena HFMD, so kena bawak Ashraff pi klinik keesokkannya. Dah Ashraff demam, Rayyan dema, papanya demam, Afriena plak kena demam. Hari Khamis tu kira semua MC. MAkan pun bubur nasi je. I plak jumaat nye plak kena demam, maka satu family demam. Whole weekend dok rumah. Layan demam sakit badan, sakit tekak. Dugaan akhir tahun ni.
So duduk diam kat rumah, tido baring lepak,itu je lah yang kiterang buat. Boring jugak habis tu nak buat cam mana kan. Ingat nak buat gathering adik-beradik ajak makan since my uncle from Spore datang, tapi tak dapatlah…. Takkan demam-demam nak ajak orang datang rumah… kang berjangkit plak. So dendiam je. As of today…Alhamdulillah recovering tapi Afriena belum baik demam. Semalam badan dia badan…I kasi lap satu badan. Pukul 2 pagi I bangun pi check… makin panas badan dia, bawak dia pi toilet basahkan kepala, muka badan…lap badan lepas tu letak towel basah kat kepala, kasi makan ubat suruh tido. Tadi subuh dia bangun nampak ok sikit, tapi tak kasi dia pi sekolah takut panas balik suruh dia tido je. Haiii makin kurus anak pempuan sorang ni.
Time time dah habis demam ni lah naru mengidam nak makan itu ini…..Masa demam hari tu, I cuba avoid dari makan ubat klinik. I try makan orange, minum air barli, minum air lemon, mandi, tido dan makan sup panas…. Alhamdulillah recover walaupun lambat sikit. Cuma ada sekali tu jeminum solubles and telan ubat selsema budak hahahaha… punyalah tak suka makan ubat.
So this week…kembali bertenaga …Insya Allah. Nak kemas rumah…