Dua minggu ni memang dok celebrate birthday je. Macam biasa takdelah sambutan yang pelik pelik. Takdelah main tabur tabur gandum, baling baling telur. hahah itu mengarut, membazir namanya Bebudak biasanya suka lah dengan birthday ni. As for Ashraff n Afriena, dorang request nak bawak party pack untuk kawan-kawan dorang. Ok jugak instead of cake kasi packed gift. Ada cupcake/muffin, jelly and other titbits. No sweets. Jimat masa bebudak, Tak payah guna masa belajar dorang. Dorang cerita, amasing-masing excited lah nak dapat party packed. Semua cepat-cepat siapkan homework.
Well semalam birthday I, Dah 36 tahun dah. Alhamdulillah. Semoga I sentiasa sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dirahmati Allah dan istiqomah. Ameen… . mmmm Bulan depan ada grading Taekwondo…berdebar plak. Hehehe berdebar takut lupa step. Selalu buat tak lupa tapi bila depan ramai orang terus lupa. Haaa begitulah konsep dia. Oh ye last week I ada buat lada solok.
You all pernah makan atau mungkin cuba masak lada solok? I ingat susah nak buat dia, rupanya senang. Setelah bertanya kepada MIL dan my mom. Jadi jugak lada solok. Lada tu my sis, beli kat Kelantan. Biasalah lada ampung tu selalunya kat kelantan je jual. Lada tu dia ada satu bau dan rasa yang sedap, berbanding cili yang jual kat kedai.