Monthly Archives: July 2014

Roasted Chicken untuk berbuka

Kat rumah ni, juadah berbuka puasa mesti tukar tukar. Kalau hari ni makan nasi esok kena makan sandwich, tak pun pasta, atau masak western . Janji bukan nasi hari-hari sebab bebudak ni kalau makan nasi rasa kesian je sbb dorang tak berapa lalu. Cuba kalau berbuka makan pastake, sandwich ke, burger ke? laju je dorang tau. Begitulah anak-anak saya yang tak suka makan nasi. Jumaat lepas , I masak roasted chicken.  MAsakan paling senang lah… senang sebab tak payah cuci kuali, lap dapur semua kan. FYI, I tak suka masak goreng-goreng sbb nanti terpercik walaupun dah tutup.. Lagi suka masak boiling, kukus atau bakar.  Resepi masak roasted chicken ni senang je…

Bahan-bahan

  • 4 ketul whole leg of chicken
  • parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
  • jus lemon dari 1/2 biji lemon
  • 8 ulas bawang putih – dicelur sekejap
  • 2 sudu kecil Rosemary
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • 3 sudu mentega

Cara-cara

  • campurkan kulit lemon dgn mentega, rosemary , garam dan lada hitam – gaul rata seperti paste
  • sapu pada ayam
  • bakar bersama bawang putih celur untuk 45 minit pada suhu 180 atau sehingga masak
  • sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran.

Kali ni saya buat sos cendawan mc cormick tapi tumis  lagi dengan bawang. So dia karamel sikit sikit. Makan dengan mashed potato dan sayur yang dikukus dan bawang putih panggang. Sedap bawang putih panggan tu rasa macam butter je.

image

Haaaa letak butter macam ni lah

image

Dah siap masak. Jus Ayam tu jangan buang sebab nanti boleh jirus atas ayam masa nak makan

image

Inilah juadah berbuka puasa kiterang. Senang kan. Makan macam ni pun dah kenyang.

Jaga-jaga…pistol

Ye jaga-jaga ada pistol. Rayyan lah ni kemaruk ngan pistol. I tau nanti ada yang berbisik cakap apa lah belikan pistol untuk anak. Actually… itu adalah pistol kedua Rayyan. minat sangat ngan pistol, binocular dan berda-benda berkaitan. Dulu masa Ashraff kecik takde pun belikan pistol  cuma Rayyan je dapat merasa. Ni semua sebab masa baik kampung, sepupu-sepupu dia main pistol, pastu dia meleleh leleh air liur nak jugak pistol. Maka kena beli lah satu. Tapi masa nak balik KL, dia tertinggal pistol kat kampung. Termenung dia dok senut pistol pistol hiyam (read:hilang). Dah kena beli another one. Beli kat kedai mainan kat PJ masa beli kasut sekolah Ashraff. Dapat pistol ..mana pergi dok lah kepit. tido pun ngan pistol. Dia bukan tembak orang pun dia pegang n kadang-kadang tembak target board dia.

jaga-jaga Cik Salmah…

Layan kan je lah…. Dah lah tidur tumpang katil orang. Dia ada mood tidur katil sendiri ada mood nak tidur ngan mama. Kalau time nak tidur ngan mama macam macam lah alasan dia kasi. Nyamuk lah, panaslah, gatal lah..

Haa sekarang bulan puasa ni, siang makan macam tak ingat. Punya lah banyak. Bila dah petang, dia cakap puasa. Pastu bila azan dia yang sibuk sibuk standby pegang cawan nak minum air. Bila tanya Rayyan puasa ke? Yes Baby kuasa… hahaha minum air kalahkan orang puasa, Kat rumah ni, azan je, bukak puasa minum air makan kurma terus solat. So while we solat dia dah dok kat kerusi makan dulu. Habis solat kiterang makan, dia still makan, orang habis makan, dia masih lagi makan.  Nanti dah kenyang baru dia cakap kenyang sambil tunjuk perut. Lepas tarawikh dia makan lagi, normally I potong buah untuk semua orang makan. Orang lain mampu makan sepotong dua je sebab perut penuh, tapi dia tak, sebiji epal atau orange dia boleh habiskan. Kalau makan orange, sambil makan sambil cakap masam tapi habis.

BTW, Ashraff n Afriena masih puasa penuh. Senang kejut masa sahur.  Bila bukak puasa apa yang dorang kejarkan minum air lah. Memang haus lah kot sebab kalau pi sekolah mesti 2 botol air dorang minum kat sekolah.Sebab kat sekolah selalu air free flow kan. Tu yang bila bukak puasa, banyak minum air. Anak-anak you all puasa macam mana? Eh eh eh you all dah shoppiing raya ke?

Popiah Ala Vietnam

Hari tu ada buat popiah. Satu popiah goreng untuk budak-budak, satu lagi popiah ala vietnam untuk kiterang.  Senang je buat nya. Bagus ni makan benda ni healthy. Banyak sayur mayur. Sayur semua mentah, cuma ayam je di grill (tapi I airfried je ).  Sayur yang I letak ialah, sengkuang, carrot, daun ketumbar dan alfalfa. Lepas tu isi ayam di airfried. tu je. Senang kan?

DSC_7201

Ini rupa yang dah siap. Bila siap gulung letak dalam fridge kasi sejuk. Actually tak kisah sayur apa yang you all nak letak, janji boleh telan. Semua sayur tu cuci bersih, lepas potong nipis .

DSC_7191

I guna vietnam rice paper. sepeket RM3  lebih je.Sebelum isi sayur dan ayam, kena basahkan rice paper tu dulu. lepas tu, bila dah basah, letak atas pinggan. terus isi inti. Dalam masa dok isi inti tu rice paper akan lembut.

DSC_7193

Dah letak inti, boleh lah gulung macam biasa. Popiah ala vietnam ni, bagus untuk sapa nak diet. Bukak puasa makan ni je pun kenyang. Menyelerakan sebagai pembuka selera. Cicah plak dengan sos thai manis..pehhhh memang kena lah.