Dah nak balik dah. Gambar kat atas tu rasanya diambil sehari sebelum kot. Since I period, maka Afriena kena ikut papa dia lah solat. Dorang kebanyakan waktu solat kat sini rasanya. Cuma pernah jugak masjid penuh, kena solat kat kawasan tangga. Solat kat sini dengan anak anak tak susah sebenarnya. Tak sesusah kat sini. Kalau kat sini, budak duduk satu saf ngan orang tua pun tak boleh. Disuruhnya duduk belakang .alasan budak tak boleh satu saf dengan orang tua nanti putus saf. Macam mana lah nak didik anak anak sukakan suasana masjid kalau pakcik pakcik tua dah buat gitu. Kat Makkah budak budak di layan baik. Ashraff n Rayyan asyik kena kiss je. Afriena pun sama. Balik mesti dapat sweets.itu yang tambah seronok tu.
akhirnya…hari Isnin adalah hari perpisahan kami dengan Makkah. Sedihnya. Since flight kiterang pukul 10, maka kiterang kena sampai sana 3 jam sebelum. Makkah ke Jeddah 2 jam perjalanan. Jadi pukul 3 pagi dah kena naik bas untuk ke airport. Untuk itu. Kami merancang pukul satu bag semua kena bawak turun pukul 1 sebab, pukul 1.30 kena ke masjid untuk tawaf wida.
Tau apa itu tawaf wida?
Tawaf Wida ialah tawaf yang diwajibkan bagi seseorang yang ingin meninggalkan Makkah, sebagai Tawaf Selamat Tinggal.
Jadi kami ke masjid seperti di rancang. Kheirul Ashraff n Afriena pergi tawaf sementara I tunggu kat luar. I just lambai dari luar. Jadi I cuma tunggu liar masjid depan KFC. Kejap je tak lama dalam 45 minit siap dorang. tapi sementara menunggu, buatlah apa yang patut. i riba Rayyan yang tido sambil jaga kasut, sambil pandang masjid sambil perati peminta sedekah. Kat sini banyak peminta sedekah. Peminta ke pemaksa sedekah. Macam orang somalia. Dorang suka paksa anak dorang secara kasar untuk minta sedekah. Seriau tgk macam mana sorang peminta sedekah yang tarik tangan anak kecil yg sambil meranagkak terus ke bahu untuk di dokong. Anak kecil tu nangis pun dia buat dek. Nak je aku sound ke apa. Tapi sepanjang pemerhatian, memang sindiket ni. Kalau kita berjalan sambil bimbit handbag, memang cepat je datang, tak kasi kalu dia marah. Dan jemaah sekalian sila jaga duit dan beg. Pi masjid tak payah bawak banyak duit, sbb dorang pandai copek poket. Ada insiden masa kiterang tunggu bas, ada peminta sedekah, kesian tengok muka dia. Minta sedekah ngan I, dia kata lapar tak makan, so sebab dia kata lapar tak makan, jadi saya offer dia roti dan air, dia tak nak..dia nak duit. Nampak tak agenda dia. Apa yang I nampak dia tak minta dengan orang local atau peniaga, dia minta ngan orang lusr. Time tu lah ada polis datang halau peminta sedekah. Bukan halau je siap kasi penampar. Huhuhu dia tak kira dah laki ke perempuan.
dah habis tawaf wida, kiterang balik ke hotel. Kheirul sorang je naik, while I tunggu kat bawah. Kalau dah tawaf wida, tak boleh dah nak masuk bilik tido, nak pergi shopping bagai… Ni kira dah nak balik dah. Tapi macam kiterang sejam lebih lah menunggu drebar bas datang. Bila bas dah datang, setengah jam jugak tunggu dalam bas , baru jalan sbb nak susun bag, air zam zam semua kan. Kirakan pukul 4 baru jalan. Memang solat kat airport lah jemaah semua.
Dah sampai airport, check in pastu lepak nak tunggu flight. Rasa macam lama sangat menunggu .
rasanya ni episod umrah dah habis dah kot. Next I nak share tips je.
I masa first time pegi last yr masa lambai widha tu air mata turun jgn nak ckp la hahahahaa ya rabbi sampai Gibran pun tegur. Alhmdulillah this yr dpt buat tawaf widha. Adoi lagi byk air mata rupanya haahahahaaaa
Insya Allah yat, God gave u the best for you, cuma Dia yg tau apa yg terbaik utk kita kan
Insya allah. Dia tau yang terbaik.