Madinah Yang Sejuk

Assalamualaikum….. Sebab, kiterang terkandas di imegeresen selama 3jam dan lagi 2 jam uruskan itu ini, maka lambatlah kami sampai di Madinah. Ingatkan dapatlah solat subuh di Madinah, tapi kiterang lambat sampai. solat subuh kat tengah jalan je. Berhenti kat RnR dan solat kat situ. A sweet reminder, kalau rasa nak terkencing, tahan lah dulu ye, kencing hotel je, sebab toilet kat hentian dia….memang loya kalau tengok. Nasib baik Rayyan tak kencing dalam seluar. semua tahan. Mulalah I nak buat syarahan kenapa toulet kotor. Hahahaha….. Actually , orang terlampau ramai, maybe tak sempat nak bersihkan . .

Alhamdulillah pukul 8 kiterang sampai Madinah. Suasana yang best, sibuk dengan orang, hiruk pikuk bunyi hon,dan sangat sejuk. Masa kiterang pergi dah hujung musim sejuk.Sejuk dan kering. Dari depan hotel, boleh nampak bumbung payung masjid. Subhanallah… Perasaan masa jejak bumi Madinah, rasa dia lain sangat. Perasaan yang sangat lain tak boleh nak bayangkan. Perasaan yang lagi hebat dari pergi Disneyland. Budak – budak pun suka. Hotel ke masjid cuma 5 minit itupun kalau jalan slow, kalau laju 3 minit dah sampai. Oh nama hotel tu Fayroz Season Hotel.

View dari hotel. Kalau lari 2 minit dah sampai kot.

Sampai je….. kena tunggu nak check in, so sementara, pi makan pagi dulu. Ada nasi lemak . Dah settle semua , baru dapat bilik . Dah dapat bilik, baru lah mandi sebab Ashraff n Kheirul nak pi solat Jumaat. I tak follow lagi sebab nak kena settlekan Rayyan dulu. Dah settle Rayyan, asar baru dapat ke sana. Memang sesak dengan orang.Kalaulah masjid kat sini macam ni suasana dia…kan best. Lepas solat asar, macam biasa ada solat jenazah. First time buat solat jenazah, macam kekok je, tapi sebab dah baca n belajar boleh lah buat. Kat sini solat jenazah ada setiap waktu. Sampaikan Afriena n Ashraff dah ingat macam mana nak buat. Lepas solat fardu , sempatlah untuk berdoa sbb kat sini, tok imam tak baca doa. Abis solat jenazah, terus balik.

Rayyan dalam masjid. Dah berapa banyak orang cium dia

Keluar masjid jer…boleh dengar. Khomsa rial, asyara rial…. Tau apa? Orang menjual. Menarik tapi jaga-jaga dengan harta benda, sebab ramai orang. Memang happening lah tempat menjual tu. Boleh tengok orang lambung lambung, baling barang jualan, ada jual mainan…. Yang best yang menjual ni blh cakap melayu and boleh cam orang Malaysia. Mungkin sebab orang malaysia suka pakai telekung sembahyang kot sbb pernah sekali I pakai serba hitam, takde plak panggil, siti nurhaliza , sharifah aini…hahahaha. Tu panggilan untuk Malaysia… kadang Siti Rahmah.

lepas subuh…sangat sejuk kena pakai jaket lah

see muka happy je kan

Duduk sana 4 hari, memang tak cukup macam tak nak balik je nak duduk situ. Selama 4 hari duduk situ, sempat pergi ziarah . Nanti kita citer kat next post. Lepas tu sempat jugak Kheirul bawak Ashraff pergi ke tempat budak hafaz Quran. Sesiapa pun boleh masuk belajar situ. Untuk kids la. Tapi macam kiterang tak sempat lah, kalau tak dapat timba ilmu kat situ. Itupun student siam yang citer.

Masjid Nabawi hanya terdapat dua kubah, satu kubah hijau bersaiz besar teletak diatas (menandakan) Makam Nabi SAW. Dan satu lagi kubah berwarna perak terletak di bahagian atas mihrab (tempat sujud imam) sekarang.

Selama 4 hari situ, sempat jugak solat di Raudhah, dpt rasa solat di tempat yang berbeza, solat kat luar, solat kat dalam, solat bawah payung, Afriena suka lah sangat.

I’m gonna miss the view. Ni masa Zuhur. Panas terik tapi sejuk

Haaa lagi satu nak masuk masjid Nabawi takleh bawak phone, nanti mak guard cek, tp alhamdulillah…. I selalu lepas. I letak dalm poket seluar. Memang kiterang satu family ni, sempat pusing satu masjid lah…sebab bukan selalu datangkan. Kalau hari bawak stroller, kiterang solat kat luar je. Ha yang tu time solat maghrib n isyak. Best tau…. Sejuk, boleh nak langit yang sangat clear yang tak macam kat sini selalu jerebu.Ohhh sangat rindukan suasana masjid dan air zam zam yang sedap.

masuk masjid cari air zam zam…. refreshing. Rasa dia sangat sedap

ok lah got to go…. Esok kite citer lagi. Errrr… Harap you all tak salah anggap bila I citer pasal umrah ye. ni bukan nak menunjuk ke apa, ni sekadar berkongsi pengalaman. Semoga kita semua akan dijemputNya untuk kesana (lagi).Kita kena pasang niat, berangan dan berusaha , berdoa dan tawakkal. Insya’ Allah… Teringat plak masa hari last kat Madinah, ada sorang perempuan tua yang solat sebelah I. Dia peluk I and kiss pipi…. agaknya dia teringat anak dia kot.

6 thoughts on “Madinah Yang Sejuk

  1. atty

    alhamdulillah , rasa nak menangis tiap kali baca pasal umrah. pasal bumi mekah madinah ..

    kty smpi skrg still suka baca pengalaman org pergi umrah dan haji smbil timba ilmu .

    Reply
    1. Yatie Post author

      Thank you so much kak atty for all ur tips. Itulah…sampai sekarang masih teringat dan terbayang …semalam mi pi duduk kat masjid nabawi minum air zam zam….

      Reply
  2. ~ana~

    alhamdulillah kak…rezeki akak dan family dpt pegi buat umrah…

    cite la lagi kak, dpt jd panduan utk saya….

    teringin jugak nak pegi ni…

    :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.