Alhamdulillah… dah start sekolah budak berdua hari ni. Nasib baik senang kejut bangun tidur. Semalam pukul 10 , saya dah suruh tidur. Saja petang tu bawak jalan kasi penat. Cuma yang lambat tidur, Rayyan la. Bila cakap kat dia, Rayyan pergi tidur, esok nak pergi school, dia jawab..
Tak nak scoooll (read:school), tak best.
Hah macam tu lah jawapan dia. Ada je jawapan dia. Pastu bila saya suruh pergi pee before bedtime, dia cakap tak nak pi.
Pastu Saya cakap..
Ok tak nak shee shee takpe, nanti kalau shee shee on my bed, mama cut bird.
Tak nak cut bird,terus cabut seluar pi toilet. Tau takut.
Ashraff n Afriena nampak smart plak dengan uniform baru. Baju kelabu dan seluar hitam. Dapat beli 3 pasang je. Sebab sekolah kena tempah dulu. Ok lah tu. Cukup la tu sebab , hari Riadah, boleh pakai baju sukan je. Dan Ashraff hari Jumaat plak, pakai jubah putih.
Ok…saya nak kongsi kisah masakan orang malas. Kalau hari cuti je mesti malas nak masak nasi, lagipun budak-budak ni cakap nasi boring. Amboi….. Jadi saya buat roasted chicken, mashed potato dan steam vegie. Masak yang simple dan tak payah lap mintak kat dapur. hehehe. Tak payah cuci kuali yang penting.
Simple lunch. Tapi sedap. And this is the best way to get my kids to eat all the vegie. Memang dorang makan sayur macam tu. Resepi dia ada kat sini. Sila click.: Resepi Ayam Bakar
Pastukan….look at him. Orang dah pergi sekolah dia belum bangun. Acaner nak ke sekolah macam ni. Takut nanti time nak pergi toilet dia nak balik rumah. Semalam sakit, perut pun ajak balik rumah, tapi sebab dah tak tahan sangat, dia ajak pergi toilet. Nasib baik toilet bersih. Kalau kotor mesti dia tahan tak nak masuk. Memang cerewet, lantai kotor,tak nak pijak. Baju kotor tak boleh pakai. Adehhhh. Nampak kain hitam putih. Itu kain pario saya, tapi dia nak buat selimut.
risau ngan rayyan kt umah tu..next year dh darjah 1..camne la toilet skolah..pre school skang toilet bersih..dia oklaa…kalo toilet kotor..aduii..ntahla camne nt
heheheh…Beri..Anak akak semua jenis tak blh masuk toilet kotor. So setiap kali habsis sekolah..cepat-cepat semua sampai rumah gi toilet. Tapi sekarang dah pindah sekolah, ok lah sbb toilet dorang bersih.