Dah lama rasanya I tak pergi event –event yang formal and glamour nih. And finally semalam jemputan untuk ke satu event. Majlis Perlancaran BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu yang diadakan di Hotel Millenium, KL.
Lawakan kad jemputan dia. And the mask too
Berdebar jugak kan sebab takde kawan. Sampai je terus ke toilet touch up dulu. Masa keluar toilet sempat plak terserempak dengan sorang pelakun ni. Ala yang yang berlakon dalam Vanilla Coklat tu. Sapa lagi kalau bukan Izara Aishah tu. Cun giler dia siap senyum lagi kat I lagi. Nampak berseri je dia. Apa lah rahsia dia kan. Dahlah badan tu langsing gila. Masuk je event, macam biasa kena daftar pastu I pun mingle around la. Sorang pun I tak kenal sampailah berkenalan dengan Sabrina. Blogger jugak. Everything and everyone looks glamour dan tema semalam adalah mengenai rama-rama, lambang keanggunan wanita. Memang ramai lah model – model yang lawa dan kacak. Heheheheh cuci mata. Siap amik gambar lagi.
Haih slim je dorang ni kan
Suka dengan topeng ni. Banyak lagi topeng-topeng yang menarik.
Akhirnya masa yang ditunggu, I dah dapat tempat duduk depan sekali dekat dengan stage jugaklah. Bestnya tak payah bangun amik gambar hahahah. Macam biasa, emcee akan perkenalkan diri , cerita serba sedikit pasal event..tapi yang menariknya, I dapat tengok tayangan iklan terbaru Izara bersama BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu . Hahahah you all tak dapat tengok lagi I dah dapat tengok tau. Siap dengan “the making of” tu.
Lepas tu ada product launching.
Alamak!!! Ada Altimet dan Adeep lah. Minat lagu dorang . Masa Altimet dan Adeep nyanyi lagu cantik tiba-tiba keboomm.. Izara keluar.wow semua bersorak…
Dia keluar tiba-tiba je…
Cantikkan dia… Rupanya rahsia kecantikan dia ni hasil dari dia minum ni BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu! Patutlah kulit Izara jelas kelihatan kian cantik menawan baru-baru ni. Rahsia kejelitaan Izara Aishah akhirnya terbongkar!
Masa ni Izara tengah berkongsi cerita mengenai BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu.Semua blogger kat sebelah dok cakap, haih lawa nye Izara ni.
Izara dan cinta misterinya..
Dia cakap dia suka sangat rasa BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. I rasa semua orang terpukau dengan kejelitaan Izara.
Kalau you all nak tahu, Izara ni dah jadi Duta Innershine tau
Memang pun rasa dia sangat sedap. Semalam masa event tu, Setiap orang dapat rasa satu botol untuk diminum. Rasa dia manis, dengan rasa buah prune dan tekstur dia sangat licin. Lagi sedap dari Prun Plus! Itu pendapat I la kan. BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu ini adalah formulasi baru dari BRAND’S® InnerShine. Tiga ramuan utamanya adalah Camu-camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi vitamin C semula jadi yang optimumuntuk menyihatkanbadan dan menyerikan kulit dengan meningkatkankelancaran penghadaman damn proses detoksifikasi, Ini menjadikan ia minuman kecantikan yang terbaik.
So lepas dah habis ambil gambar Izara yang comel -loteh itu, kami semua dihidangkan dengan hidangan yang lazat.
Yummy
Sambil-sambil tu ada persembahan tarian Latin. I rasa meja I lah yang paling bising layan tarian latin tu. Lepas Altimet buat persembahan lagi sekali.
Best sangat event semalam, siap dapat door gift lagi.
Setiap cenderahati mengandungi 3 botol BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu dan rantai rama-rama ekslusif yang cantik menawan. Memang padan dengan tema malam ni (rama-rama).
Rantai tu Afriena dah berkenan jadi dia terus pakai J dan 3 botol BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu tu , I dah simpan dalam peti sejuk sebab, minum masa sejuk adalah sangat sedap. Nanti nak beli lagi lagi lah. Harga pun berpatutan RM30.50 untuk 6 botol (42ml) dan RM57.90 untuk 12 botol. Nak lah jugak kulit nampak berseri macam Izara.
Untuk maklumat lanjut mengenai BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu, boleh lah layari laman web di www.innershine.com.my.
Akhir sekali, terima kasih diatas jemputan ke majlis pelancarancan BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu yang sangat glamour dan kelas tu. Sekarang saya dah jatuh cinta dengan BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. Malam ni nak mimpi diri secantik Izara jugak lah.
Hi semua… lamanya tak update blog. Tension nye tengok blog tak berupdate. Bukan malas tau, tak sempat. Sampai dari Krabi malam tu, siang dah kena unpack barang. Pasu bila bebudak tak sekolah, semua gadget dorang pakai. I tak suka berblog guna notebook. KEcik sangat. Dah malam tu plak kena pergi event. Pagi esok tu plak kena menjaga anak-anak, ajar homework, masak, cuci baju yang banyak tu…tu pun kira nasib baik hantar dobi separuh. JAdinya masa untuk mengadap blog takde. Nak curi masa pun takde .
Oklah meh nak citer pasal Krabi, disebabkan ini kali kedua ke Krabi, tak payah lah cerita pasal tempat makan. Makanan kat Krabi tak baper sedap. 3 hari kat Krabi rasanya macam hari-hari I makan pulut. Nasib baik tak angin badan. Most of their masakan macam terlebih gula atau terlebih MSG. I memang takleh terlebih MSG ..mulalah rasa loya. Jadi the best is makan pulut ayam je lah. Kali ni ke Krabi, I ada geng untuk mengurut. My sister and my new travelling buddy. Sama kepala, sampaikan anak-anak pun boleh join sama.
So lepas island hoping, malam tu lepas makan, gila badan sakit-sakit sebab kiterang snorkeling tengah-tengah laut sambil mengharapkan takde jerung..hahahha.. kiterang pi cari rumah urut. Dalam banyak-banyak dah jumpa satu yang dekat dengan hotel and dorang ni dah berapa kali dok tanya nak urut ke tak nak. Pagi lalu tanya, petang lalu tanya. Cuma yang kelakar masa ada ladyboy yang tanya kiterang cam seram. Tapi malam tu lalu lagi sekali, dorang nak kasi diskaun. ha harus ke sana.. told them lepas makan ye.
Nilah rumah urut tu…Dara Massage. Tapi yang mngurut bukan nya anak dara ok. Banyak yang dah berumur .
Seperti yang dijanjikan kiterang sampai. Memula dorang cakap Thai full body massage is TB240 diskaun singgit je kau.. tapi sbb I nak yang oil body massage.. so tung tang tung tang bargain kiterang dapat TB280. Harga sebenar Thai full body massage (TB250) Oil Massage (TB300). Ha kat siam ni kalau boleh bargain giler-giler sbb kalau tak bargain memang takkan dapat. I buat malam so takut dah lambat ingat nak amik body scrub. heheheh takpe next trip.
Dia punya massage sedap giler. Memang selam ni I dok urut lepas beranak tu memang tak berapa sedap. Selalu makcik urut, urut gitu-gitu je dah lah mahal. Yang urut I ni nama dia Noai. Baik je dia. Umur baru 41 tapi dah ada anak 2 . Yang sulong umur 21 tahun. Disebabkan I ni dah beranak..and baru keguguran so dia urut jugak kat perut and sengkak rahim sekali. Sedap gila. Hilang segala lenguh kaki, lenguh belakang, sakit lutut. Dia punya kruk krak bunyi tu.For me memang murah lah mengurut kat situ. Dorang mengurut pun dalam bilik yang dicover dengan langsir. Siap ada lagu slow, bau minyak urut yang wangi.TB280 untuk sejam. Balik bilik tengok semua dah tido.
So kalau you al nak ke Krabi, jangan lupa cari tempat ni. Dia kat sebelah hotel Haleeva mengadap ke 7-11. Best best best… nak pi lagi kalau boleh.