Mungkin ramai yang tidak tahu tentang pengembaraan sebuah keluarga dengan sebuah Motohome dari UK ke Malaysia. Sangat mengujakan hati kami suami isteri setiap kali membaca status update di facebook mereka. Saya rasa bermula dari hari pertama mereka mereka memulakan perjalanan, kami sudah mula mengikuti perkembangan mereka. Terasa seperti kami berada bersama mereka. Bukan calang-calang orang yang boleh merentas benua dengan memandu sebuah 1998 Mercedes Sprinter motorhome bersama anak-anak . En Jamal Ismail, Puan Sofinee dan 4 orang anak mereka Sabeera, 17, Sumrah, 13, Syameem, 15, and Seif, 10. Seronoknya.
Seronok bila baca travelogue mereka di facebook. Mereka mengembara lebih cari 39 negara, dan setiap negara yang dikunjungi ada cerita yang berbeza. Bila baca tentang Eropah, nampak segalamnya berjalan lancar, dari tempat berhenti makanan dan sebagainya. Tapi bila memasuki Asia, banyak cerita. Bagaimana kisah yang jika kami sendiri yang mengalaminya, mungkin agak menakutkan seperti disamun di Iran. Namun kisah perjalanan mereka makin menarik bila mereka memasuki China. Saya dan suami, dah lama berhasrat untuk ke Xian, China kerana ingin melihat kehidupan muslim di sana, bagaimana rasa terujanya melihat bermacam-macam makanan yang dijual (street food). Semoga angan-angan kami akan menjadi kenyataan.
Kisah perjalanan mereka masih lagi diteruskan, dan kini mereka di Thailand. Bestnya!. Seperti kami yang dah biasa memandu ke Thailand, cuma paling jauh ke Phuket je tapi setiap tempat yang kami lalui, kami menikmati sebaiknya. Banyak masjid yang ditemui, memang tidak seperti yang apa yang di war warkan di dalam media . Ramai muslim yang kami jumpa dan ramai antara mereka berusaha untuk berbahasa melayu.
Untuk team By Road To Malaysia, kisah perjalanan anda banyak memberi kami inspirasi. Kami memang ada merancang untuk mengembara secara Road trip. Antaranya, Menunggang motosikal pusing Eropah, Motorhome di NZ dan Insya’ Allah, satu lagi cita-cita yang sangat tinggi, iaitu memandu ke Mekah. Menunggang Motosikal pusing Eropah kononnya akan dibuat bila dah pencen nanti, berdua sahaja tanpa anak, Road Trip ke NZ, memang kena kumpul duit sebab nak pergi satu family bukan senang kan, Tunggulah Rayyan besar sikit, supaya dia pun akan ingat sampai besar nanti. Ashraff dan Afriena, nampak macam suka dengan aktiviti luar macam berkhemah. Mereka dah pernah berkhemah sekali semasa berumur lebih /kurang setahun macam tu. Ashraff memang dah berangan untuk memancing, bbq dan tidur dalam khemah. Dan memandu ke Mekah pula, perlu perancangan yang teliti. Entah dapat, entah tidak, hanya Allah yang akan tentukan. Projek Mekah ni memerlukan, masa yang panjang, kos tinggi dan kekuatan fizikal dan emosi yang kuat. Dan yang penting niat kena betul.
Seperti kami sekeluarga anak-beranak, kalau melancong, kami lebih suka pantai, makan-makan, jalan-jalan. Sangat mudah . Dalam kamus kami, kalau melancong untuk membeli belah tu takde. Shopping can be done online!. Most important thing, enjoy the journey, meet local people, eat local food and write about it, and don’t forget to make sure our kids have fun too.Thus, we must at least find them a good theme park or beaches. Teringat masa kami ke Hong Kong, bila terjumpa dengan muslim tempatan, Punyalah dia teruja melayan kami, bawak kami tunjukkan jalan ke tempat makanan halal, Begitu juga semasa di Vietnam . Semasa di Amsterdam plak, masa nak beli souvenir, ada sorang lelaki tanya, Are you muslim, ? Yes I am… terus dia Assalmualaikum, come come I give you discount :)
Apa-apa pun saya sekeluarga mendoakan By Road To Malaysia, selamat sampai ke destinasi. Jangan lupa menikmati makanan yang enak-enak di Thailand. Sebolehnya, kami ingin menyambut anda sekeluarga di sempadan, tapi apakan daya, suami saya dah habis cuti tahunan.
Buat semua kengakawan, anda semua boleh mengikuti perkembangan By Road To Malaysia dengan “LIKE” facebook mereka. Sila click gambar di bawah. By Road To Malaysia, dijangka akan tiba di Sempadan Bukit Kayu Hitam pada 14 Dec,2013 pukul 11.30 pagi. So Anda semua yang berkesempatan dan ingin bertemu mereka boleh lah sambut kepulangan mereka di sana.
By Road To Malaysia, Semoga selamat sampai dan sentiasa dilindungi Allah.
Rasanya ada masuk Buletin Utama kan? Bagusnya, ada kenangan terindah untuk anak2 bila dewasa nanti kan :)
ada masuk dalam tv few time. itulah kenangan terindah kan…best je
Oh, memang tak pernah terbaca pulak tapi macam pernah dengar. Not so sure sebenarnya. Bestkan kalau dapat kebebasan sebegini, buat apa yang kita ingin buat. Memang dapat memasang impian sahajalah tak tahu mampu terjadi ataupun tidak :)
itu lah…susah nak dapat kebesan macam ni selalunya mesti dikongkong masalah duit dan masa