Monthly Archives: November 2013

TalentCorp Career Fair

Ini Adalah Posting Berbayar

TalentCorp telah bekerjasama menganjurkan Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan (SFCF) dengan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 12 – 13 November yang lalu. Usahasama kedua pihak ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan UiTM. Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan atai lebih dikenali sebagai Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

1454997_393121477485338_1354291096_n

Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah dirasmikan oleh  YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak lebih 30 syarikat menyertai pameran SFCF UiTM , antaranya AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC.

zxc

SFCF adalah salah satu inisiatif TalentCorp  yang dapat memberi peluang kepada graduan untuk berinteraksi dengan CEO’S dan wakil-wakil HR dari majikan-majikan yang menyertai pameran . Dengan cara ini, ia dapat memberi lebih maklumat kepada graduan tentang laluan kerjaya dan kriteria permintaan majikan terlibat.

sfsd

Pameran dua hari turut menyelitkan seminar Kerjaya / Career Talks yang menjadi medan generasi muda berinteraksi dengan industri utama. Manakala ,Couch Corner Slot pula disediakan khas untuk pengunjung yang terdiri daripada pelajar untuk berinteraksi dengan wakil syarikat secara santai.

1452425_393040754160077_1219450105_n

Maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF sila layari laman

www.talentcorp.com.my atau

www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSF

Mrs. Mama Lasagna

Ni saja nak promote Lasagna yang I jual. Alhamdulillah…makin seronok buat lasagna. Cara I senang je, macam mana I masak untuk family macam tu lah I masak untuk yang dijual. Sekarang , kiterang dah perkenal kan saiz baru. Saiz Piccolo atau saiz S. Saiz Piccolo ni sesuai untuk sorang makan. Cuti sekolah macam ni kalau malas nak masak kot tak sempat boleh order yang ni. Kalau order banyak, yang lebih boleh freezekan, So nanti nak makan panaskan je dalam oven.

lasagna4Saiz S / Piccolo – 5.5×4.5×2

lasagna3

Saiz M/Metà -8x4x3

image13-400x600

Saiz L/Grande – 8x8x3

Buat masa ni, saya cuma menjual Lasagna Daging. Ada 3 lapis lasagna dalam tu. Kalau ada sesiap nak order untuk office pun boleh, untuk party pun boleh atau untuk smaller size pun. For smaller size, we still working on it. Insya’ Allah . Semoga Allah mempermudahkannya. Dari hobi kepada perniagaan

Bagi yang membaca blog ini, Anda boleh juga dapat info mengenai Mrs Mama Lasagna di page kami . Sila klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

mrsmama

Ada juga yang mesej tanya kenapa Mrs Mama, Sebenarnya nama Mrs Mama ni dapat dari Afriena. Bila kita suruh dia buat kerja, sikit-sikit Ok Mrs Mama, Alright Mrs Mama. Kat papa dia plak dia panggil Mr Papa. Itu yang dapat idea Mrs Mama tu. Takde tiru mana-mana .

A atau C ? Perlu ada kualiti

Semalam Afriena dapat markah exam English dia. Dia nampak upset sbb kali ni dia tak dapat 100 untuk English. So lepas dinner, dia kena buat pembetulan lepas tu dia datang tanya I , mana satu jawapan dia. Dia mempersoalkan kenapa jawapan dia A bukan C? I terus terfikir, jawapan A bunyi macam tergantung, Jawapan C macam tak kena dengan bubble dalam gambarajah. So I post kat FB dan banyak feedback yang membina. Masing-masing ada pendapat sendiri.

exam

 

 

1

2

34

5

6

7

Banyak pendapat masing-masing and I rasa dorang ni orang yang bekerja dalam bidang pendidikan. Bangga jugak dengan Afriena yang  boleh fikir macam ni. Pada pendapat I, jawapan A macam tak lengkap dan gambar tidak memceritakan keadaan.

I ada suarakan kepada cikgu besar pasal ni (sekolah mengamalkanpintu terbuka, boleh bincang je dgn cikgu besar) , dan cikgu akan bawa isu ini dan dapat feedback dari guru besar sekolah lain menyatakan jawapan A tidak betul. Sepatutnya jawapan C sbb dalam gambarajah takde meja.

Selain tu I bawa hal ni berbincang dalam whatsApp sekolah, saya plak dibahasakan oleh sorang parent ni, kata saya perlu kefahaman.  Haih kalau kau depan muka , ada yang kena ni. Tapi I cakap elok-elok, I bukan pertahankan jawapan anak, tapi I mempersoalkan kualiti soalan dan jawapan dari segi logik akal seorang anak berumur 8 tahun, terus diam. Emo terlebih plak dia.   So kita tunggu lah apa kata cikgu. Perbincangan macam ni bagus dan penting sebab dia mempengaruhi pemikiran anak.Bukan nak persoalkan kredibiliti cikgu tapi kualiti soalan dan jawapan yang perlu diambilkira

Sekian