Nasi Lemak Warung Bunian

Hari Jumaat lepas, Kheirul amik cuti sbb nak habiskan cuti. Jadi boleh lah nak manja-manja ajak pergi breakfast. Since  kena hantar bebudak sekolah, so kiterang carilah tempat makan kat area situ. Maka dapat idea nak makan kat Nasi Lemak Bunian. Famouslah dalam blog dok cite makan situ sedap. Harus try ni.

Nasib baib dekat jugak, guna Waze cari tempat, sbb papago takleh harap. Hetchu papago, u memang tak leh harap, I miss garmin. So sampailah kat tempat makan. Bila sampai, barulah paham kenapa orang panggil kedai bunian. Hahahah macam horrot tempat dia sbb dalam kawasan kampung, macam dalam hutan plak.  Ramai nya umat makan kat situ, nampak muka macam orang kerja gomen. Tapi masa tu dah pukul 8.30 and dah nak pukul 9 pun masih ramai datang makan.

image

tengah pujuk mama dia duduk sebelah dia

Apa yang sedap kat situ? Dah dia kata nasi lemak bunian, nasi lemak lah yang sedap. So kiterang makan nasi lemak , while Rayyan makan roti canai. Kheirul kata nasi lemak dia sedap, tapi bagi I biasa je, sebab bagi I tak berapa sedap lagi. I suka nasi lemak macam kat Klebang tu, Nasi lemak Bunian ni, Nasi lemak telur bungkus. Nasi lemak duduk dalam teluar dadar macam nasi goreng pattaya. Sambal dia not bad sedap, boleh lah. Tapi bagi I la kan, bukan sebab I boleh masak, tapi sebagai penggemar nasi lemak, I suka sambal pekat, pedas sikit, tak manis sangat, masam sikit, kena dengan nasi lemak yang lemak cukup garam baru sedap. Tapi bagi Kheirul dia suka, sbb dia kata sedap sampai dua pinggan dia makan.Lagi pun dalam nasi lemak tu ada ikan masin, tu yang penambah rasa tu. Makan plak dalam susana kampung :) . Oh ya JJCM TV3 pernah sampai sini tau.

image

Nasi lemak yang unik

Tapi roti canai dia sedap. Lembut bau wangi marjerin and uolls tau tak yang Rayyan makan dua keping? Habis yang 1st piece, dia mintak nak lagi. Siap cicah dal lagi. Roti dia lembut sangat, memang sedap kalau rate 1- 10 I kasi 9.5 nak compare kedai mamak memang jauh sedap kat sini. Patutlah sikecik ni mintak tambah.

image

Roti canai yang lembut

Kiterang makan cepat-cepat, sebab Rayyan sambil makan, sambil pekik takut “tostito” aka nyamuk padahal bukan nyamuk…binatang terbang tu adalah lalat.Banyak gila lalat kat situ, sampai ada sekor lalat accident mati dalam air suam I. Nasib baik tak sempat minum. Roti canai dia sedap macam nak bungkus je,hahaha . Ok lah makan situ murah pun murah cuma, susah untuk masuk parking bagi kereta yang rapat ke jalan, terhegeh-hegeh nak jalan  and banyak lalat lah. Kedai bersih tapi kawasan situ kot.

image

Makan dah pun kenyang, jom kita selesaikan urusan lain plak !

Alamat :

WARUNG BUNIAN, KAJANG
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB 43000
KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
0173812246 KAK LANG

Hajat dihati nak pergi melawat anak kawan kat HDU ward masa Jumaat Prayer, tapi tak kesampaian,, we were rushing here and there and susah nak bawak budak kalau ke HDU. Mana boleh masuk budak kan. anw, Alfatihah untuk allahyarhamah . Anak kecil meninggal pagi esok nya. Dia ada brain tumor. Semoga ahli keluarga tabah. Bidadari syurga

2 thoughts on “Nasi Lemak Warung Bunian

  1. mummydearie

    Uniknya nasi lemak bunian ni. Macamanalah agaknya boleh dapat nama sebegitu. Tapi nak breakfast kat Kajang macam jauh pulak dari rumah I..

    Alfatihah untuk anak your friend tu. Aduhai tak sampai hati ni bila dengar budak-budak dah kena brain tumor. Sedihnya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.