Kat dalam freezer ada sotong. Beli dah lebih 2 minggu kot. Tengah dok pikir nak masak apa. Rasa macam pernah nampakmember kat FB masak kari sotong tapi tak ingat sapa. So Tengah hari semalam datang angin nak masak untuk awal. So masak lah awal sikit supaya Rayyan boleh makan nasi. Masak nasi siang-siang untuk malam terus. So takdelah kelam kabut nak masak time petang tu kan.
Resepi masak kari sotong tak susah pun, I guna resepi kari ikan yang I buat je pun. Senang dan sedap kari sotong ni. Ingat balik kampung ni nak masaklah for my mum. Mesti dia dah boring masak sambal sotong, sotong rebus. Masak kari plak. Kena plak dengan sotong ada telur, menangis kooo
RAMUAN
- 7 ekor sotong saiz medium – ni dua orang makan je
- 3 tangkai daun kari
- 1 serai- tumbuk @ titik
- 1 Bunga lawang
- 1 sudu kecil Biji sawi
- 3 Bawang kecil -mayang halus
- 2 Bawang putih -mayang halus
- seinci Halia -mayang halus
- 2 sudu Cili kisar – bancuh dengan air
- 1 pkt Serbuk kari ikan + 1 sudu serbuk kari daging
- 1/3 cawan santan pekat
- 1 Asam keping
- 1 tomato
- air 1 cawan
- garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
- Tumis daun kari , biji sawi dan serai sampai naik bau
- Lepas tu masukkankan bunga lawang ,bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
- bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
- Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
- bila dah mendidih, masukkan sotong
- Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan
- Bila dah masak, masukkan tomato.Tutup Api
- Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
- siap untuk dihidangkan
So semalam 2 kali makan nasi. eee tak suka tak suka hehehe mengada-ngada kan. Makan je lah. Rayyan plak dah masak lauk sedap nak jugak nasi kicap telur. Tak muak ke Rayyan ? Oh ya masak kari sotong ni air jangan taruk banyak sebab sotong nanti keluarkan air lagi. Kang cair plak kari. Kari sedap kalau dia pekat likat gitu.
Semalam punya lunch. Nasi perang, sayur kobis+ celery, ulam timun, kari sotong, sambal tempoyak dan ikan masin. Sedap.
alahai kak, sedapnya la hai. perut ni pon tengah bunyi2.. tgk gmbr kari sotong, lagi betambah kecur je mulut :)
Sowi…hehehe akak kalau kari akak takleh tahan mesti nak makan.
ana pernah masak kari sotong ni…mmg sedap kan kak…. :)
Sedap rasa macam nak try mkn dgn nasi dagang plak
Saya pun sangat suka masak kari apa sahaja. Yang tak boleh pun saya bolehkan sebab memang suka kari. Teringat pulak kat udang galah masak kari. Hai, sedap nih…
I suka kari kalau lauk kari kuah mesti banjir