Monthly Archives: September 2013

Kisah burger yang berkait dengan harga minyak

Tak habis lagi cerita pasal minyak naik posen ni. Baru naik 20 posen tapi harga barang lain naik berposen-posen. Agaknya orang yang menaikkan kan harga ni semua main pakai tibai je. NI mesti tak belajar OR – Operational Research. Dorang main taram je kot letak harga sbb dorang pikir, mahal ke murah ke, orang akan beli.  Kesiankan rakyat marhaen macam kita. Tapi kita kena bersyukur sbb kita masih boleh makan tak macam orang yang memang sedia susah. Miskin bandar yang paling parah. Kebanyakan yang miskin bandar ni, memang tak kan  mampu untuk beli itu dan ini. Bila dah tak mampu macam ni banyak perkara yang melibatkan akhlak. Yelah bila dah stress terus marah-marah. Bukan ke berkaitan dengan akhlak? Bila runtuhnya akhlak terus ke akidah plak. Hish takutnya. Itulah daripada kita dok pening kepala pikir pasal Adi Putra punya skandal, baik kita pikir pasal akhlak kita, pikir pasal anak-anak kita, pikir pasal orang lain yang susah macam mana kita boleh bantu. Rupanya ramai lagi orang yang homeless kat KL yang takde kerja untuk tampung kehidupan. Seriously, I tak nampak apa yang membantu sangat dengan kemasukan warga asing. Kasi je lah kerja kat orang tempatan. Bila cakap macam tu, dorang kata..orang kita memilih kerja. Memang memilih kerja..sebab apa? sebab orang yang menawarkan kerja tak menyediakan insurans, takde kwsp , takde kebajikan yang disediakan.

Jauhlah plak I membebel..tapi itulah hakikat kehidupan. Minyak naik 20 posen ni, cara hidup pun kena berubah. Dulu mampu untuk makan kat luar tempat yang mahal seminggu sekali. Sekarang ni, sebulan sekali pun belum mampu. Makanya, kena lah masak sendiri. Kalau masak sendiri, hidangan unlimited. Ahad lepas, kiterang buat burger untuk dinner. Selalu kalau makan kat luar, Harga satu set burger kat Chilis adalah RM23 paling murah, Kalau kat burger bakar dalam RM10 takde sidekics  n kalau burger ramly kat gerai RM2.50 paling murah. Jadi dengan modal daging (RM10), Roti (RM5), Salad (RM3)  Cheese, mayonis, sauce semua dah tersedia kat rumah dan tambahan french fries RM4.50 sepeket, onion ring potong sendiri kat rumah, rasanya dah banyak jimat. Bukan setakat jimat, tapi menyihatkan.

burger

Beef burger : Roti burger – mayonis sikit, salad, daging burger, keju, mushroom dan roti burger balik. Lepas tu sidekicks dia adalah onion ring dan french fries. All home made. Rayyan cakap Mc Donald. hehehe this is lot better than Mc Donald. Tak payah nak risau gemuk.

untuk resepi homemade burger, boleh refer disini

http://sawanila.com/v10/2012/06/resepi-burger-membakar/

 

Saturday Breakfast

Tajuk nak bunyi mat salleh je kan. heheheh Sabtu lepas la ni, kiterang keluar pi breakfast. Dah lama tak sarapan kat luar. Selalu breakfast kat rumah je. Buat 2 – 3 macam hidangan dah boleh kenyang sampai ke petang. Tapi Sabtu lepas kena breakfast kat luar sebab nak service kereta. Service kereta sekali service dah 600 . Dulu zaman I pakai kelisa, sekali service paling mahal baru 200. Hahaha ada ke patut banding kereta Kelisa dangan kereta sekarang. Macam tu lah …kita takleh nak banding harga minyak kita dengan Singapore. Banding harga minyak tapi tak plak bandingkan gaji nye (siap darabkan dgn currency sekarang) dan juga harga sebotol Nutella. Apa melalut ni…heheh sebenarnya kita rindu nak ke SIngapore. Rindu nak shopping kat sana.  Tapi Kheirul cakap kalau setakat nak pi makan tulang merah boleh lah. Shopping no no no. Shopping  online je ok.

ok ok lah….kita cerita pasal sarapan. Kiterang sarapan kat restoran berhampiran tempat service kereta. Afriena lah apa ke mimpi dia nak makan nasi lemak. Punyalah lama menungggu orang kedai nak masak nasi lemak.

image

Muka menunggu untuk makan. Ashraff makan popiah je. minum air barli suam. Rayyan muka macam tu sbb dia nak duduk dengan mama dia tapi I malas riba sebab dia berat.

image

Lempeng kelapa tu untuk Rayyan. Sedap je lempeng kelapa tu. Nanti kalau terjumpa kelapa parut naklah buat. cicah sambal ikan bilis. Kat restoran ni, sambal dia..manis. Semua sambal rasa manis. Kuat makan gula dorang ni. Air dia pun manis. Kheirul cakap..mungkin bagi dorang tak manis, tapi bagi lidah kiterang tersangat manis sbb kiterang jarang makan atau minum manis. Tapikan sambal tumis kalau manis sangat memang tak sedap. Sambal kalau nak sedap kena rasa masamnya sikit, pedas sikit dan manis sikit. preferably guna gula perang atau gula melaka.

I makan lontong. Kuah lodeh dia ok not bad tapi lontong dia keras and sambal dia manis. Rindu nak makan breakfast kat Santai, Taman Tun . Ha bawah tu nasi lemak Afriena. dia tak makan pun sambal tu. Dia rasa sikit je. Yang dia makan nasi lemak, ikan bilis , telur dan hotdog sikit. Kheirul nya makanan tak yah tunjuk sbb dia pun makan nasi lemak. Lepas makan balik ke bengkel tunggu kereta siap. Nasib baik bengkel tu ada TV, ada aircond dan yang penting ada wifi.

So apa you all breakfast Sabtu lepas?