Tak habis lagi cerita pasal minyak naik posen ni. Baru naik 20 posen tapi harga barang lain naik berposen-posen. Agaknya orang yang menaikkan kan harga ni semua main pakai tibai je. NI mesti tak belajar OR – Operational Research. Dorang main taram je kot letak harga sbb dorang pikir, mahal ke murah ke, orang akan beli. Kesiankan rakyat marhaen macam kita. Tapi kita kena bersyukur sbb kita masih boleh makan tak macam orang yang memang sedia susah. Miskin bandar yang paling parah. Kebanyakan yang miskin bandar ni, memang tak kan mampu untuk beli itu dan ini. Bila dah tak mampu macam ni banyak perkara yang melibatkan akhlak. Yelah bila dah stress terus marah-marah. Bukan ke berkaitan dengan akhlak? Bila runtuhnya akhlak terus ke akidah plak. Hish takutnya. Itulah daripada kita dok pening kepala pikir pasal Adi Putra punya skandal, baik kita pikir pasal akhlak kita, pikir pasal anak-anak kita, pikir pasal orang lain yang susah macam mana kita boleh bantu. Rupanya ramai lagi orang yang homeless kat KL yang takde kerja untuk tampung kehidupan. Seriously, I tak nampak apa yang membantu sangat dengan kemasukan warga asing. Kasi je lah kerja kat orang tempatan. Bila cakap macam tu, dorang kata..orang kita memilih kerja. Memang memilih kerja..sebab apa? sebab orang yang menawarkan kerja tak menyediakan insurans, takde kwsp , takde kebajikan yang disediakan.
Jauhlah plak I membebel..tapi itulah hakikat kehidupan. Minyak naik 20 posen ni, cara hidup pun kena berubah. Dulu mampu untuk makan kat luar tempat yang mahal seminggu sekali. Sekarang ni, sebulan sekali pun belum mampu. Makanya, kena lah masak sendiri. Kalau masak sendiri, hidangan unlimited. Ahad lepas, kiterang buat burger untuk dinner. Selalu kalau makan kat luar, Harga satu set burger kat Chilis adalah RM23 paling murah, Kalau kat burger bakar dalam RM10 takde sidekics n kalau burger ramly kat gerai RM2.50 paling murah. Jadi dengan modal daging (RM10), Roti (RM5), Salad (RM3) Cheese, mayonis, sauce semua dah tersedia kat rumah dan tambahan french fries RM4.50 sepeket, onion ring potong sendiri kat rumah, rasanya dah banyak jimat. Bukan setakat jimat, tapi menyihatkan.
Beef burger : Roti burger – mayonis sikit, salad, daging burger, keju, mushroom dan roti burger balik. Lepas tu sidekicks dia adalah onion ring dan french fries. All home made. Rayyan cakap Mc Donald. hehehe this is lot better than Mc Donald. Tak payah nak risau gemuk.
untuk resepi homemade burger, boleh refer disini
http://sawanila.com/v10/2012/06/resepi-burger-membakar/
masak sendiri lg syok. bole kawal minyak, n kalori. ngee
thanks for recipe :)
Sama sama sharing is caring
masak sendiri la best! air tangan ibu.. hehehe..
Betul tu
waaa…macam sedap pulak tgk burger ni..nak kena cari daging burger ni…
Buat sendiri senang
betul tu kak, kesian kan rakyat marhaen mcm kita ni, tersepit…kwn i cakap, 2 hari lepas minyak naik 20sen, gas pun naik 50sen…adoi la….
Gas naik gak ke AGAKNYA GAS TU BERAT SANGAT…MAKAN MINYAK…SEMUA LA NAIK