Pengaruh TV Punya Pasal

TV betul-betul memainkan peranan penting sekarang. Lebih-lebih lagi pasal iklan. Nak nak iklan makanan. Peminta dia ? Rayyan lah. Bila keluar je iklan Oreo..mama ..ogheo..baby nak ogheo. Time tu jugak lah nak oreo. iklan susu nakan susu…Tapi iklan yang betul menambat hati dia adalah iklan McD. Dari dia duduk sampai dia akan bangun. Dok tengok je iklan tu.Rayyan rayyan..kalau pasal makan dia lah hero. makan je lah dia. Ni kalau masuk tadika jangan kena charge double pasal makan banyak dah la.

Semalam I tak masak sebab kiterang kena ke kedai Scholl sebab last Saturday ada beli kasut kat sana, so Selasa lepas masuk dalam Maybank2u masa nak bayar credit card, nampak dorang charge 2 kali. Ish ini tak boleh jadi! boleh mendatangkan kemarahan kalau dibiarkan!. Jadi terus lah I call bank tanya apa patut buat bla bla bla..Tapi sebelum tu kena mengadu dengan suami dulu sbb dia mesti tau procedure kan. Dah lepas mengadu kat bank, malam tu suami balik dia cakap..kalau nak cepat dapat refund call merchant. So I call kedai tu then esoknya (semalam lah) pergi kedai. Kita takde gaduh pun

…sebab ni semua boleh check. Kalau beli kat kedai pakai kredit kad, then kedai akan buat closing sebelum tutup kedai, sebab besoknye kena hantar claim kat bank. Jadi masa check dia akan tau, ada bayar lebih dari stok. Ha itu yang tau dan belajar masa kerja kat kedai Levi’s dulu. First job selepas habis belajar. So semalam dah settle kena amik masa seminggu untuk refund. Ye puan-puan, tuan-tuan semua kalau bayar pakai kredit kad, memang selalu kena check ye kat staement.

Lepas settle kat kedai, kenalah cari makan. Budak bertiga dah bising nak makan. Kiterang sampai depan Pizza Papa John konon nak makan situ tapi Rayyan tak nak masuk. Dia cakap tak nak pizza (bahasa Rayyan :ak nak iza ).. Dia tak pizza sbb dia nak Mc Donald. adeii memang akan skip makanlah mak pak kalau pi Mc D.  Nak tak nak keluar parking kiterang ke Mc D Taman Equine. Pi situ happy je muka dia.

8muka excited nak makan Mc D.yeay Rayyan tak pakai nappy pun keluar, dia tak nak nappy

Kheirul nak pi order tanya dia bebuda nak makan apa… Ashraff and Afriena nak makan Double Cheese.. Rayyan nak makan apa

Mama : Rayyan nak makan apa?

Rayyan : ek o nald (read: Mc Donald)

Mama :Ye lah kita kat Mc Donald la ni.  Rayyan nak Cheese Burger tak

Rayyan : ak nak cheese, ak nak ege , nak ek o nald (tak nak cheese, tak nak burger, nak Mc Donald)

7

Muka macam nak nangis sbb dia tak nak burger dia nak Mc Donald

Kalau ikut hati nak je I guling guling atas lantai Mc D demi menggelakkan Rayyan hahaha…. dia ni paham ke tak apa dia Mc D. So I pi kat Kheirul yang dok beratur, kiterang gelak senyap-senyap then decide beli Happy Meal untuk dia.

45

Abang n Kakak makan Double Cheeseburger. alahai nipisnya burger. Kalau kat singapore Mc Double dia lagi tebal and harga pun $2 je.

Kesian nya anak kecil ku ini .. nak Mc D. Dah sampai meal punyalah happy dia. Rupanya ek o nald dia tu adalah kentang goreng. Dia makan sebekas dia sorang sampai habis. Muka happy giler. Burger je tak makan kena simpan panaskan makan sat lagi.

3

Tengok…. macam cari harta karun. Marah dia kat papa dia makan fries sbb dia ingat papa dia amik dia punya. Siap bawak balik kotak tu…heheheh.

6

Ini yang saya makan. Banana and Walnut Muffin. Sedap la moist tapi kalau buat sendiri rasanya lagi sedap sbb saya boleh kurangkan kurang gula. Yang ni manis. Bila lah nak baking lagi ni. eh ehe jap, ada lagi saya makan, sedikit fries dan 1/2 ayam goreng share dgn Kheirul dan kulitnya telah di pow oleh anak-anak.

Best gak dinner sekali sekala time weekdays. nasib baik kerja sekolah dah siap kan.

3 thoughts on “Pengaruh TV Punya Pasal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.