Monthly Archives: August 2013

Resepi Nasi Kabsah

Dah habis raya ni, mulalah rasa tak nak makan macam biasa. nak itu lah nak inilah. Last week dah tau nak masak apa. Bebudak ni kalau nasi putih mulalah makan sikit je. So I google lah pikir nak masak apa. Nasi ayam dah selalu.  Beriani confirm ada masa raya, makanan omputih? malasnya nak masak. Acik nak makan nasi. Sekali google kat blog orang arab jumpa, resepi nasi kabsah. apo lai… jomlah kito masak.

I amik resepi dia kat sini

Kabseh Chicken (Kabseh bi Djej) Recipe

nengok bahan semua ada. alang-alang nak perabihkan ayam tu, buat la macam ni.

Resepi dia I copy je kat sini

The Hummus blog: The home of hummus dips and traditional Middle Eastern food invites you to try Kabseh Chicken (Kabseh bi Djej) recipe. Enjoy the Middle Eastern cuisine and learn how to make Kabseh Chicken (Kabseh bi Djej). 

Ingredients:

1 2/12 – 3 pound chicken, cut into eight pieces
1/4 cup vegetable oil
2 medium onions, sliced
1 (12 ounce) can tomato puree
2 medium tomatoes, chopped
4 cloves garlic, crushed
2 medium carrots, grated
Grated rind of one orange
4 cloves
4 cardamom pods
3 sticks cinnamon
Salt and pepper to taste
1 pound long grain rice
1/4 cup raisins
1/4 cup sliced almonds

Preparation:

Sautee onion in oil until it begins to brown. Add chicken pieces, tomato puree, chopped tomatoes and garlic and stir for about five minutes over low heat. Stir in three cups hot water, grated carrot, orange rind, spices, salt and pepper to taste. Cook over medium heat, covered, about 20-25 minutes, until chicken is done.

Remove chicken. Set aside to keep warm. Stir rice into the liquid in the pan, and cook, covered over low heat for about 35 – 40 minutes, or until liquid is absorbed.

Put rice on a serving platter with chicken pieces arranged around the circumference. Toss raisins and almonds over all. 

Thank you Hummus for sharing the recipe. It’s delicious and full of spices

Walaupun I tiru recipe dia namun, I masih rajin untuk snap gambar

image

Antara bahan yang diperlukan. Yang sikit secoet tu adalah orange zest

image

Ayam setengah ekor. Kiterang sekarang masak, ayam kena 1/2 ekor dah. Semua kuat makan

image

Benda penting – tomato paste sikit

image

Panaskan minyak, tumis bawang then masukkan ayam. Pastu refer jelah kat resepi di atas

image

Bila ayam dah brown, masukkan semua bahan-bahan pastu masaklah ayam sampai dia masak. Jangan lupa suaikan rasa. Kot terlebih masam kena balancekan dengan sedikit gula. Bila ayam dah masak, kuah dia jangan di buang. Guna untuk masak nasi. Masak nasi macam biasa. Ayam plak, boleh dimakan terus tak pun dibakar. Sebab I rajin, I bakar ayam tu plak.

image

Inilah rupa dia bila dah masak. Kalau pakai basmathi lagi sedap. I pakai Beras wangi je. Rasa dia macam nasi tomato pun ada tapi rasa rempah dia yang sedap. Most likely nasi tomato Mandy kot hahahaha.. Entahlah I tak pernah makan Nasi Kabsah kat kedai lagi. I try masak sendiri je dulu. Nasi ni boleh hidang dengan yogurt tapi sbb kiterang ni tekak melayu, I buat je sup ayam.

image

Sup Ayam…sempoi…

 

Simple breakfast for us

breakie2

Mencuba untuk buat breakfast yang mengenyangkan semua orang. Ni breakfast hari Ahad. Mihun goreng kasi pedas sikit campur kucai, ketupat dakap,hotdog dan telur beserta roti. Air buat teh je.

breakie1

Ni semalam punya. Masing-masing ada permintaan masing -masing. NAsib baik sempoi masak pakai satu pan je. Air milo plak. Makan macam ni kenyang sampai lunch gak.

Cerita Raya Ketiga

Raya kedua malam tu, pukul sepuluh kiterang dah gerak balik KL. Nak kena beraya kat KL plak. MIL beraya kat KL. Tolak pukul 10, Pukul11 Rayyan dah cakap nak tido. So tidokan dia kat seat belakang. Dia seat VIP, dok sorang belakang. Siap bawak bantal selimut 3 beradik ni kalau travel.  Sambil tidokan dia, I pun tertido kat belakang. Best dok belakang. Tak sesejuk depan. Dah lah kat belakang tu macam ala-ala ada tilam tapi sebenarnya takde tilam pun. Pastu bila Kheirul panggil pi depan baru tersedar dari tido. Jeles lah tu.Ashraff dan Afriena pun dah tido. berselimut bagai. So I cuma baringkan seat, make sure seat belt pakai letak bantal and selimut. Pastu off TV. Dorang tengok citer Despicable Me yang entah ke berapa kali. Tu kira nasib baik Rayyan tak cakap nak tengok citer Rio tak pun Smurf. Yang dia minat scene, kucing kena baling la. Memang suka sangat siksa kucingkan.hehehe begitulah ragam anak-anak kalau road trip. Kenalah kita pandai sesuaikan. Make sure dorang tak bosan. Sbb bila bebudak bosan, memula masing-masing nak cari gaduh. Masa trip ke Phuket and Krabi macam tu lah kiterang buat. Kena berlatih ye anak-anak supaya senang nak roadtrip jejauh.

Anyway… selepas 6 jam dalam kereta, pukul 4 pagi dah sampai. Sampai je terus zzzzzz sampai 6.30 untuk Subuh then sambung balik sampailah I dengar bebudak bising kat luar tengah kira duit Raya. Yes including Rayyan sibuk dengan tabung angrybird. Pepagi tak tahu nak masak apa, so I kasi dorang makan kuih raya je hahahaha…. Penat masak bagai kat dapur belum habis lagi. So lepas bangun tidur, zuhur kiterang beraya ke rumah SIL. Ada sate. Selain sate ada kuih raya. My SIL memang rajin melayan bebudak  …. suka lah dorang kan.. Lagi dorang suka bila dapat duit Raya. Banyak gak total duit Raya dorang, nanti nak kena pi Tabung Haji plak. macam biasalah every after Raya. Tak pun transfer online je.

image

Baru nak gerak. Semua nak dok tengah. habis belakang sapa mau duduk?

image

Tak paham kenapa senyum macam masa amik gambar.

image

Suruh Ashraff amik gambar… tak lawa lah Ashraff

admin-ajax

Asyik jelah dengan phone. Perangai anak bongsu kot

ray3

Ni pun perangai anak bongsu gak kot…takleh dok diam

Begitulah cerita raya kami. Sampai Raya ketiga je…. sebab raya ke-4 dah ke IKEA bawak MIL. Dia nak cari pisau sbb dia berkenan dengan pisau yang I pakai kat dapur. ohh raya ni belum lagi pekena rendang. Insya’ Allah nak masak this weekend. Bila dah ada rendang kenalah ada nasi impit pastu kena buat kuah kacang untuk bebudak plak. Ke tak payah buat je sup ayam makan macam soto??? malaslah nak goreng kacang. Tanya bebudak lah dulu nak kuah kacang ke tak.

Selamat Hari Raya you all