Monthly Archives: July 2013

Resepi Tepung Pelita

Semalam first time buat tepung pelita. Tepung pelita versi moden sebab tak pakai sampan daun pisang, I pakai gelas. Mana nak cari daun pisang kat area sini, kena pi supermarket kalu. Nak buat tepung pelita ni senang je rupanya. Amik basic masak kuih lompat tikam je. Sebab hari sebelum tu buat kuih lompat tikam. Untuk resepi Tepung Pelita ni, saya sertakan gambar langkah-langkah memasaknya. Resepi ni saya tak kukus pun

1

Resepi Tepung Pelita

Lapisan hijau

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air –  bila bancuh air dengan tepung beras, adunan dia akan cair dan tak melekat di tangan
  • 1 cawan air dari 5 helai daun pandan yang ditumbuk dan dicampur dgn sedikit kapur (sikit je-hujung jari kapur tu je)
  • gula secukupnya untuk lapisan bawah – saya guna 1 sudu untuk satu gelas
  • 1 cawan air untuk dididihkan


Lapisan Atas

  • 2 sudu besar  penuh tepung beras
  • 1 kotak santan KARA campur dengan + 3 cawan air
  • 1 sk garam



Cara-cara

Lapisan hijau

10

didihkan secawan air dalam kuali

11

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

7

 

tuangkan adunan dalam kuali dan kacau dengan api yang slow. api takleh kuat nanti tepung cepat pekat dan mentah

 

7

kacau sampai pekat dan likat. Kalau rasa perlu tambah air tambah lah. Saya tambah lagi 3 cawan sbb nak dia masak betul-betul

6
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. nampak tak berkilat ni? Saya masak sampai dia meletup-letup. ha tu tanda dia dah masak

boleh tengok video ni, boleh nampak dia berkilat dan meletup. Sorrylah video ni bergerak-gerak sbb satu pgg phone, satu kacau kuih.

8

bila dah masak boleh tuang ke dalam gelas yang dah siap diisi dengan gula. Saya isi dalam loyang senang letak air panas dalam tu nak suruh gula cair.

Lapisan Putih

4

Masukkan santan, air, garam dan tepung beras ke dalam periuk kecik.Kacau sebati sampai santan menggelegak dan pekat -kaedah dia sama je dgn masak lapisan hjau. sampai meletup-letup

3

tuang kedalam gelas yang dah tersedia dengan lapisan hijau. Kalau nak kukus pun boleh tapi kalau taknak cukup sekadar tuang air panas dalam loyang dan on api bawah kasi gula cair. Itu cara orang yang malas macam saya .bwahahaha

sejukkan dan hidangkan

 

Azam Raya Bersama Watsons

Ini Adalah Posting Berbayar.

w2

Meriah sungguh Sawanila.com semenjak dua menjak nih sebab sekali lagi mendapat jemputan untuk event lagi. Alhamdulillah, pada 4 hb Julai lepas kami dapat jemputan untuk acara pelancaran kempen Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir di Al-Amar Restoran, Pavillion KL. (Special thankz to Al-Amar… Lebanese Cuisine are superb!!!)

w1

Maklumlah sekarang ni kan dah Bulan Ramadhan dan akan berhari raya tidak lama lagi jadi Watsons tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi suasana raya yang akan datang dengan melancarkan kempen Azam Raya bersama Faizal Tahir. Kempen ini bermula dari 18 Julai 2013 dan akan berakhir pada 2hb September 2013 dan Faizal Tahir sebagai Duta Watsons akan menggubahkan sebuah lagu raya hasil daripada azam-azam yang dihantar dari laman Facebook Watsons Malaysia sepanjang kempen ini berlangsung…

Nak tahu caranya bagaimana…. Senang aja…. korang perlu Like kat Facebook Watsons Malaysia…  Dan tulis aja apa-apa azam korang kat sana.. contohnya: “Azam Raya saya kali ini adalah untuk Khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan..” itu aja.. senang kan…

Hah!… nak tahu hadiahnya apa…???? eeemmm… Kepada pemenang yang bertuah, Watsons akan sponser rumah terbuka raya kepada  pemenang itu sendiri yakni sponser katering makan minum semua sekali la… hehehehhe best kan… Satu lagi kepada pelanggan Watsons yang berbelanja RM30 dan keatas akan dapat tiket rumah terbuka bersama Watsons dan Faizal Tahir di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 6 September akan datang…..

So apa korang tunggu lagi.. pi cepat karang Azam-Azam Raya korang dan jangan lupa untuk menyertai kempen ini di http://www.facebook.com/watsonsmalaysia

 

Fried Wantan

wantan

 

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 25 keping kulit wantan
  • 1 sudu daun bawang yang dicincang halus
  • 1 sudu daun sup yang dicincang halus
  • 2 sudu kecil carrot yang dicincang halus
  • garam dan serbuk lada putih secukup rasa – sbb takleh nak rasa I letak 1/2 sudu setiap satu

Cara-cara

  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat atau buat bunjut bunjut pun boleh
  • goreng  wantan sehingga garing