Ini adalah posting berbayar.
Salam semua. Satu dunia dah tahu kan pasal Samsung dah lancarkan telefon pintar tercanggih terbaru terhangat di pasaran pada hari Sabtu 27 April kan. Punyalah meriah hari pelancarannya sampai adik tadika kat kampong pon tahu.
OK.. saya taknak cerita pasal speksifikasi tepon ni sebab dah heboh citer dek orang kampong semua so kali nih saya nak cerita la serba sedikit tentang telefon Samsung Galaxy S4 ni yang menarik perhatian saya.
#1. Dual Camera Photo & Recording.
Ciri pertama yang menarik perhatian saya adalah dual camera depan dan belakang… Pernahkah korang semua ambil gambar dengan mengadapkan kamera ke muka dan snap gambar sendiri.. heheh… dengan S4 kini takyah buat gitu lagi.. Cuma perlu ambil gambar macam biasa aja dan dengan dual camera ni… korang boleh selitkan gambar depan dan belakang dalam satu paparan aja…. Senang kan…
#2. Kamera 13 Megapixel…. Walauwehh…!!!!
Korang tahu tak.. kamera DSLR saya yang serba canggih nip on 12 megapixel aja… dengan Samsung Galaxy S4 ni 13Megapixel.. lagi hebat dari kamera DSLR saya… jadi lepas nih takyah dah nak bawa kamera yg bagak-bagak kehulu-kehilir untuk cari bahan blogging.. bawa S4 ni pon dah cukup. Gambarnya memang terang dan jelas setanding dengan kualiti gambar DSLR……
Gambarnya jelas dan terang hingga tulisan yg kecil cinonet tu pon dapat dilihat dengan jelas
Warna gambarnyanya menyerlah tanpa perlu buat sebarang editing pada gambar
Terang dan jelas walaupun gambar diambil in-door….
#3 Sound & Shot
#4 Air View & Air Gesture
Muahahakakakaa… ni yang paling menarik sekali.. boleh buat magik bro…. kalau korang pi kat galeri gambar dan nakmembelek gambar-gambar yang sudah dirakamkan… korang takyah sentuh pon skrin tepon tu… Cuma perlu lambai ke kanan dan ke kiri aja…. Sebijik macam cerita Starwars bro… lambai jer kekanan terus gambar berubah ke gambar yg seterusnya.. memang canggih gila….
Bukan tu aja… kalau korang surf ke internet dan nak scroll ke bawah…. Korang perlu lambai kebawah jer… takyah sentuh.. memang magik gila… peerrrrhhhh
#5 S Translator
Ni pon saya suka gaks… sbb korang record jer apa yang korang nak cakap then dengan S translator nih… tepon pintar nih akan terus translate apa yang korang rekod tu ke bahasa yang korang nak.. Sangat sesuai untuk orang yang selalu travel macam saya nih.. contohnya saya pergi ke Serbia la kan.. then nak tanya orang tempatan kat mana nak dapat restoran halal… saya perlu rekod “Boleh saya tahu dimana restoran halal yg terdekat” then dengan S translator nih… tepon tu akan jawab… “Могу ли да знам где је најближа кошер ресторан који” heheheh….
Tengok video nih kalu korang tak percaya tang S Translator nih…
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=w-DfsqoqRn4
Ok… kalau korang berminat dengan tepon pintar Samsung Galaxy S4 ni… dapatkan segera kat mana-mana kedai berdekatan.. harga tampal dia RM2199 tunaii… tapi korang carilah package yg terbaik dipasaran… hehehehe
Dan sebelum akhiri posting nih… korang kena gaks tengok satu lagi video ni…..
http://www.youtube.com/watch?v=2LHv1FPd1Ec
Ini pon menarik perhatian saya. Paling cool sekali bila kita boleh rakam suara kita sebelum atau selepas shot satu gambar dan hantarkan ke rakan kita. So bila rakan kita tengok jer gambar tu suara rakaman yang kita buat tu akan dimainkan.. Sangat sesuai untuk orang yang malas macam saya. So lepas ni.. ambil jer gambar terus rakam apa-apa yang patut berkaitan dengan gambar tu.. heheheh
mmg awesome…
tgh nak sambar satu ni.. hehehehe
Camera dia best sgt
mak aih . serius terliur . perghh