Monthly Archives: June 2013

Kerabu Kacang Botol

CIMG0971

Dah lama tak makan kerabu. Lately, semangat nak makan sayur ni membuak-buak plak. Tengah melatih diri sendiri untuk kurangkan makan nasi, sebab saya sangat gemuk. I tak boleh diet macam orang lain.Kang bila diet, mula lah gastrik la..pening la, lagipun pemakanan seimbang penting dengan disertai dengan senaman. Kata nak kuruskan. Baru 1 minggu mula, berat baru turun 1/2 kilo . Lambat nye

OKlah, meh sini saya nak kongsikan resepi kerabu kacang botol. Teringat dulu masa muda remaja, kat belakang rumah ada pokok kacang botol. Senang sangatlah tanam dia, campak biji kacang botol, terus naik. Pastu menjalar sana-sini. Nak amik dia mulalah terkait-kait. Tapi tulah yang tu sangat segar. Sekarang mana ada kena pi beli kat supermarket lah. Mahal lak tuh

Resepi Kerabu Kacang Botol

CIMG0956

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji kacang botol
  • 1 mangkuk kecil kelapa parut – disagai
  • 1 genggam udang kering – direndam
  • 1 biji cili besar
  • 2 biji cili padi
  • 1 inci belacan – dibakar
  • 1 biji bawang besar – dihiris nipis
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa

 

Cara-cara

  • cuci kacang botol dengan bersih – saya rendam dgn garam dan cuka
  • potong kacang botol tipis
  • goreng kelapa parut hingga warna kuning muda

CIMG0957

  • tumbuk cili,1/2 genggam udang kering,belacan

CIMG0963

  • gaulkan, kacang botol, kelapa goreng .hirisan bawang dan sambal belacan hingga sebati
  • perahkan asam limau

CIMG0966

  • rasakan garam dan gula, taburkan sedikit udang kerig goreng dan gajus atau kacang

CIMG0970

  • sedia untuk dihidang.

NI sedap makan dengan nasi panas, sup ayam dan sambal belacan.

Akhir sekali..nak mintak tolong dengan you all… tolong vote saya kat sini boleh, ada lagi 2 hari tarikh tutup. Saya dah jauh ketinggal dah ni. TErima KAsih ye :)

Selamba je dia

CIMG0937

 

Ini RAyyan…saja nak tunjuk dia pakai selipar baru. Selipar jepun je pun sampai ke Pavillion dia pakai. Finally dia nak pakai selipar baru selepas I sorokkan selipar lama. itulah perangai dia, Suka pakai kasut  taknak tukar kasut lain. Sekarang kena pujuk pakai kasut jalan plak. Sekarang ni selipar jepun ni dah jadi kasut jalan, selipar swimming, selipar jamban ..segala jenis selipar dah. All in one.

Adakah anak anda sebegini perangainye?

Haleeva Sunshine, Krabi

Hotel yang kiterang duduk ni dekat dengan masjid. Boleh je dengar azan. Oleh kerana dekat dengan masjid, senang je nak cari makanan halal.Cuma makanan kat Krabi tak sesedap kat Phuket mahupun Bangkok. Tapi takpelah boleh buat alas perut. Yang best 7-11 dekat. Rayyan nampak je 7-11 ajak nak pi sana sbb nak beli milo kotak. Milo kotak dia rasa lagi creamy and milky. sebelah 7-11 pun ada gerai jual makanan halal. Sebelah hotel Haleeva ada tempat mengurut nama Daraa.

Btw, kiterang booking hotel nirasanya 2 minggu sebelum nak pi. Lepas dah meet up dengan Puan Ros n family. Now they became our travel buddy. Senang travel sama :) kan Ros. Lepas dah bincang masing-masing setuju Haleeva. Harga untuk 2 malam ialah RM175. Sbb I amik 2 bilik (sbb my sis , Ashraff n Afriena dok another room) jadi rega nya RM350. Oklah sangat jimat sbb selalu cari hotel RM200 semalam kan. Bilik dia tak sempit tak luas, bilik yang ada tingkap dari bilik yang boleh main bukak je :) dan ada free wifi. Parking kereta pun depan hotel cuma kereta kiterang ni nak keluar parking terhegeh sikit..ater kereta rendah sangat, tu pun kira nasib baik dah angkat sikit hari tu.

depan hotel

Parking keter


Ini bilik kami

nampak tu palang? haaa yang tu tingkap ke bilik air. Boleh je bukak kalau nak menonton orang mandi. Ha yang ni time my sis nak mandi, I kena angkut bebudak masuk bilik. My sis tak yakin takut kena bukak tingkap :)

toilet bersih..tu yang penting

Lobi

nak sewa motor atau basikal pun boleh

itu je citer pasal hotel ni. Bab makan saya tak masuk campur hahahah tak halal lah. Kiterang cari tempat tido je. Banyak lagi hotel murah tapi kiterang cari yang elok sikit lah untuk bebudak kan…