Monthly Archives: June 2013

Blogging pun ada tatacara!

Tak lama lagi..insya’ allah dah nak masuk 5 tahun kiterang blogging dengan menggunakan nama sawanila.com.Dah macam-macam benda yang dilalui. Benda manis, pahit, masin. Dengan blogging lah I kenal ramai orang. Tak kira lah orang tu blog dia famous ke tak. Dengan blogging jugak kiterang dapat ke Hong Kong. Alhamdulillah. Bukan setakat Hong Kong, dapat cash prize untuk food review, dapat masuk blogger masterchef dan macam-macam lagi. Alhamdulillah rezeki.

Sponsor post pun dah menjadi sumber pendapatan I sebagai suri rumah.Siapa sangka blogger longkang yang orang cakap dulu dah dapat peluang buat sponsored post? Bukan setakat sponsor post, dapat invitation untuk majalah masakan, dapat private invitation buat review. Alhamdulillah..yang penting kita kena sentiasa besyukur.

2-3 minggu lepas ada pergi event, duduk semeja dengan blogger-blogger terkenal… masing-masing punya blog ada cerita tersendiri. Suka berkenalan dengan blogger terkenal walaupun dorang muda. Selamba je I tanya nama masing-masing hahaha.. sampai yang dok sebelah cakap..haik akak tak kenal ke Shea Rasol, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Yana Yassin and so on?I dengan selamba cakap.. hehehe mana lah akak kenal dik. Akak masuk blog pasal parenting, blog masak memasak, blog shopping, blog hal rumah tangga je. Blog single tak sempat lah. Mungkin bukan dalam range akak kot. Tapi bagus blogger blogger muda ni, tak sombong, tegur semua orang. I rasa itulah event yang I pergi setelah sekian lama menyepi. Sebab nak pi event pun I memilih. Tak nak tempat yang tak sesuai dengan penampilan, tak sesuai dengan waktu. Cerewet kan.

Anyway, I ada nak meluahkan perasaan sebagai blogger lama lah pasal blogger baru ni. Janganlah dok tulis cerita pasal artis bogel, cerita berbaur fitnah lepas tu  berapa kali nak post kat wall FB group untuk blogging purpose  wei… Janganlah main copy and paste je. I tau ramai nak tegur tapi malas nak layan. Tapi kalau dah menyemak kat wall orang lain sbb I join few FB group untuk blogging , sekali masuk FB 5-6 tujuh kali dok tengok tajuk posting artis bogel naik menyampah plak.Cari identiti sendiri la. Blogging pun kena ada maruah kena ada batasan. Macam kita bercakap dan bercerita..perlu sampaikan mesej yang betul bukan buat headline citer pasal artis meninggal tapi bawah-bawah tu cakap oh bukan dia yang meninggal adik dia. Cuba pikir perasaan orang lain sikit. Blogging pun biarlah ada tatacara dia.

Sekian dari saya yang ikhlas nak menegur dan bukan nak membebel.

Old Puer Tea

tea

Pertama sekali kena cakap terima kasih kat my SIL sebab belikan souvenir yang mahal dari Beijing, China. Puer Tea. Mahal gak tu. Sebab sekotak kecik harga dalam RM100 lebih.  Kalau harga kat sini, sekotak kecil 250g dah RM168. Merasa gak minum teh mahal. Tapi rasanya ada lagi yang mahal. I pernah dengar , orang minum tea dekat beribu. haihtak tahu lah apa rasa dia. Dah seminggu kiterang minum Puer Tea. Seminggu jugak lah tetiap pagi masuk toilet rasa macam waterfall . hahahaha

khasiat

 

  • membantu menurunkan adar kolestrol
  • membantu mnyenangkan pencernaan
  • membantu memcahkan lemak, jadi sapa nak turun berat badan bolehlah minum ni.
  • mengandungi vitamin C yang tinggi
  • membantu menurunkan tekanan darah tinggi
  • boleh mebuang toksin dalam badan

Patutlah, proses pencernaan berjalan lancar. Memang takleh tunggu. Rasa sakit perut kena terus check in. Nank buat pun senang. Dia ada gelas special untuk tahu air cukup panas ke tak. Selalu I buat teh ni, I guna air panas lah..agak-agak baru mendidih tu tunggu kejap then isi dalam cawan yang khas.. I ada amik video masa buat tea hari tuh. Semua jakun ok.

Ada guideline dia.

CIMG0976

 

Untuk buat Puer Tea, refer pada nombor dua. Yang pee-pee boy tu, sebenar adalah cara untuk menentukan air cukup panas ke tak untuk buat tea. I tak guna lagi. Ada satu patung budak kecik bogel. Bila rendam dalam air sejuk, pastu jirus air panas atas kepala dia, then nanti akan terpancut keluar air. Rasa macam kejam plak. I simpan je.

Ok sekian ye untuk pembelajarn hari ini.