Video Kes Buli, 3 lawan 1

Dari semalam lah… heboh pasal budak sekolah, katanya Ketua Tingkatan kena belasah dalam kelas dengan 3 budak budak kelas.  Panas siott tengok. Penyebaran video tersebut harapnya dapatlah pihak polis dan pihak sekolah membuat penyisatan. Kesian tengok budak yang kena belasah, tapi dia pandai, dia cover bahagian sensitif, cover kepala. Pastu malaun 3 orang tu, banyak tengok belasah beg je. Semalam sembang ngan Kheirul, dia cakap buat penat je, pukul macam tu.

Bagus budak ni sabar je, tapi janganlah takut dek, lawan balik kalau tak nanti orang akan buli awak sokmo sokmo. Tak dapat pukul ketiga-tiga tarik sorang pastu bantai.Budak mangkuk 3 orang tu bukan nye berani, penakut semua tuh. Kalau lawan man to man, sure kecut .I tunjuk video tu kat Ashraff dan Afriena,cakap kat dorang, kalau ada orang buat macam ni kat sekolah, lawan balik jangan senyap pastu cakap kat mama dan papa. Tapi harap-harap kat sekolah dorang takdelah perangai macam ni.

Apa masalah budak bertiga ni? Salah mak bapak kah? salah cara pendidikan di sekolah kah? atau salah memilih kawan kah? Atau faktor  media? Mungkin semua faktor terlibat. Mungkin kurang kasih sayang kat rumah, semua mak bapak kerja atau mungkin mak bapak suka membebel, takde menerapkan displin kat rumah atau mungkin suasana  rumah sangat membuosankan? Kat sekolah pula, mungkin sistem pendidikan kurang berkesan kepada anak-anak kita? Kurang menerapkan budaya yang baik? Kurang menerapkan sifat saling menhormati? Atau fator kawan? Dapat kawan gangster je rasa macam bagus kot. Tapi apa pun saya banyak nampak macam banyak bermula dari rumah. Memanglah susah nak didik anak lebih-lebih lagi semasa remaja. Dorang ni kena banyak difahami isi hati dan perlu diberi guidelines yang betul. Itu pendapat saya je lah..saya bukan ada pengalaman anak remaja pun lagi . Mak bapak kena kawal anak -anak, dengan sapa dorang berkawan mana dorang pergi yang penting solatkah mereka? Lepas tu filem-filem  ganster tak payah lah nak tayang sangat. macam dah takde idea, takde guidelines. Asal bukak tv, mesti ada cerita  pasal ganster lah..takde penerapan nilai positif. Budak-budak umur macam ni senang terpengaruh.  Kat rumah kiterang memang jarang on TV malam-malam kecuali homework siap sebelum 9.30 , itu pun lepas revision dan reading. Cerita yang dapat tengok channel DXD. Ashraff dan Afriena memang tak tengok cerita melayu, pastu kalau ada cerita yang gaduh-gaduh memang tak kasi tengok. Hari tu nak tengok cerita Juvana pun tengok time dorang tido.

Pikir ni semua risau plak sebab anak-anak dah mula nak meningkat remaja kan… Semoga sentiasa dipermudahkan.

Haa bagi yang tak tengok lagi video, click kat SINI.

Ada satu blog buat khas pasal info dorang. Budak penang nih. Diharap pihak polis, Jabatan Pendidikan, Pihak Sekolah  dan ibu bapa supaya amik tindakan secepat mungkin. Kesian budak tu. Kang gangguan emosi plak.

Sekian

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.