Resepi Sup Cendawan

 

Ini adalah cendawan Korea. Jarang kat rumah ni dapat makan mushroom sebab si suami alergik dengan mushroom. Cendawan korea ni, pelik sikit sbb dia ketul-ketul besar. Tapi rasa dia sedap. Lagi sedap dari cendawan tiram. Tapi takleh la lawan cendawan pbusut dan cendawan sisir. Dulu kat kampung, selalu la dapat makan cendawan sisir masak lemak cili api . Kecik-kecik dulu selalu cari kat batang getah lepas musim hujan. Cendawan busut (kulat pusu) plak akan tumbuh kat kawasan busut. Selalu masa kecik-kecik, kalau kulat busut tumbuh maknanye nak banjir. Entah betul ke tak. Selalu kat  rumah , mak masak kulat busut dengan cara tumis iar campur dengan pucuk manis dan pucuk miding. Kena pulak dengan ikan masin goreng ke, Makan dengan nasi panas time hari-hari hujan…pehhhh.Tapi awas jangan main kutip je cendawan sebab banyak cendawan beracun. Cendawan beracun boleh buat kita pening, muntah, mabuk-mabuk dan paling takut membawa maut. Sila tanya orang tua.

Ni resepi plak , resepi untuk anak bandar la.Ni cendawan korea, hari tu test sedap manis rasa macam ayam

INGREDIENT

  • 1 mangkuk cendawan korea
  • 1 keping dada ayam -hiris nipis
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun bawang untuk tabur hias
  • 1 sb minyak untuk menumis

METHOD

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan lada hitam hingga naik bau
  • masukkan ayam,kacau hingga masak
  • tambah sikit air (jgn banyak sbb cendawan akan keluarkan air)
  • bila mendidih, masukkan cendawan
  • rasakan dengan garam, bila mendidih tutup api
  • tabur daun bawang , sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin goreng

Note: Masak dengan ikan bilis lagi sedap. cara: tumis dgn ikan bilis. Dah siap tabur plak dengan ikan bilis goreng

 

 

6 thoughts on “Resepi Sup Cendawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.